Gugur Janin Diharuskan Atas Alasan Berikut



Pengguguran janin atau aborsi telah lama dibincangkan di kalangan ulama. Dalam kitab fikah klasik ia dibincangkan dalam bab ‘jenayah’ kerana kesan perbuatan boleh melibatkan soal pembunuhan bayi dan sebagainya. Pengguguran (al-ijhadh) bermaksud menggugurkan janin yang masih belum sempurna penciptaannya sebelum tiba tempoh lahirnya.

Maksud pengguguran tentu sekali tidak menyamai tindakan pencegahan hamil melalui berbagai cara yang ada, dulu dan sekarang. Langkah seperti itu tidak disebut sebagai “pengguguran”. Tetapi sebaliknya istilah yang digunakan ialah Azl yang merupakan cara yang popular pada zaman dahulu bagi tujuan berkenaan. Azl, iaitu mengeluarkan mani di luar faraj semasa persetubuhan.

Imam al-Ghazali (Wafat 505H) menjelaskan: “Menggugurkan janin dan menanam bayi hidup-hidup (al-wad) merupakan satu jenayah ke atas makhluk yang wujud. Terdapat beberapa tahap kewujudan, pertamanya ketika benih lelaki memasuki rahim wanita, lalu bercampur antara benih lelaki dan perempuan serta ia bersedia untuk menerima kehidupan, yang dinamakan nutfah (zigot).  

Menggugurkan nutfah merupakan satu jenayah. Jika nutfah itu berubah menjadi alaqah (epigenesis) dan mudghah (somit), maka jenayah menggugurkannya menjadi semakin berat. Seterusnya jika telah sempurna bentuk tubuh badannya dan telah ditiupkan roh, maka jenayah menggugurkannya menjadi lebih berat.  

Jenayah paling berat apabila bayi yang telah lahir hidup dibunuh." (al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad, Ihya ulum al-din, Kaherah: al-Matbaah al-Uthmaniyah, 1352H, jil. 2, hlm. 47)

Rasulullah menyebut mengenai tahap kejadian manusia. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap orang daripada kalian dicipta di dalam perut rahim ibunya selama 40 hari dalam bentuk titisan air mani (nutfah), kemudian dia menjadi segumpal darah (alaqah) selama 40 hari juga, lalu menjadi seketul daging (mudghah), juga selama tempoh yang sama. Kemudian Allah menghantar malaikat supaya meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan empat perintah, iaitu supaya menuliskan rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sama ada dia akan sengsara ataupun bahagia" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wahbah al-Zuhaili berkata, “Pendapat yang lebih tepat (rajih) menurut saya ialah dilarang menggugurkan kandungan seawal usia kandungan kerana ia sudah dianggap bermulanya sebuah kehidupan dan bermulanya perkembangan janin. Melainkan jika terdapat darurat seperti penyakit yang merbahaya, kanser atau adanya keuzuran seperti terputus susu ibu kesan daripada mengandung, sedangkan ibu itu sedang menyusukan bayinya serta dalam masa yang sama, bapa bayi itu tidak mampu membayar upah ibu susu dan dikhuatiri situasi tersebut menjejaskan keselamatan bayi.

Imam Qadi Khan memberikan contoh keuzuran yang membolehkan seseorang wanita menggugurkan kandungannya, “Seorang wanita yang sedang menyusukan anaknya, kemudian dia mengandung, lalu terhenti susunya serta dalam masa yang sama, bapa kanak-kanak itu tidak mampu membayar upah ibu susu dan dikhuatiri situasi tersebut menjejaskan keselamatan kanak-kanak itu.  

Para ulama berpendapat, “Wanita itu dibenarkan untuk menggugurkan kandungannya selagi ia masih berupa nutfah, alaqah, atau mudghah yang masih belum memiliki anggota badan. Mereka menjelaskan tempoh kandungan itu masih belum melebihi 120 hari.  

Mereka membenarkan untuk digugurkan segumpal darah tersebut, kerana ia masih belum dianggap seorang manusia. Ia dibenarkan untuk menjaga nyawa seorang manusia (iaitu kanak-kanak yang sedang menyusu tersebut)." (Qadi Khan, al-Fatawa al-Khaniyah, dlm. al-Fatawa al-Hindiyah, Misr: al-Matba’ah al-Amiriyah, 1310H, jil. 3, hlm. 410)

Hujah pendapat ini ialah kandungan yang masih belum ditiupkan roh masih belum dianggap sebagai seorang manusia. Oleh itu, menggugurkan kandungan yang masih berada pada peringkat nutfah, alaqah dan mudghah yang belum berusia 120 hari iaitu sebelum janin itu bernyawa, tidak dianggap sebagai membunuh seorang manusia, namun jika dilakukan tanpa sebarang keuzuran yang diiktiraf oleh syarak, wanita yang menggugurkan kandungannya itu berdosa.  

Disyaratkan perlu wujud keuzuran kerana walaupun janin itu masih belum bernyawa, tetapi ia sudah berada di dalam rahim ibunya dan sudah bermula proses kehidupan. (al-Zuhaili, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, cet. ke-3, Dimashq: Dar al-Fikr, 1989, jil. 3, hlm. 557)

Namun, menurut majoriti para pakar perundangan Islam, jika dalam keadaan darurat, maka pengguguran janin yang sudah bernyawa adalah dibenarkan. Contoh keadaan darurat ialah bagi menyelamatkan nyawa ibu. Imam al-Syarbini al-Khatib, menjelaskan, “Jika seorang wanita mengandung terpaksa makan ubat sehingga menyebabkan kandungannya gugur, maka al-Zarkasyi berkata, “Wanita itu tidak bersalah." (al-Khatib, Muhammad al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, Lubnan: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, t.th., jil. 4, hlm. 103.)

Mahmud Syaltut, mantan Syeikh al-Azhar menjelaskan, “Jika disahkan melalui kaedah yang berautoriti, keberadaan janin yang sudah bernyawa di dalam rahim boleh membahayakan nyawa ibu, maka syariat Islam menurut kaedah umumnya menyuruh kita mengambil kemudaratan yang lebih ringan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar, maka dibenarkan janin itu digugurkan." (Zaidan, Abd al-Karim, al-Mufassal fi ahkam al-marah wa al-bayt al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyah, cet. ke-2, Beirut, hlm. 126-127).

Fatwa berkaitan pengguguran janin yang ada di Malaysia. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Tentang pengguguran kerana terdapat ancaman terhadap nyawa ibu, muzakarah tersebut memutuskan seperti berikut: (Muzakarah kali ke-90)

Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga empat puluh hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.  Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harussekiranya janin itu cacat dan berpenyakit dan boleh membahayakan nyawa ibu.

Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiup roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa atas sebab kecacatan yang teruk.

Selain itu muzakarah tersebut juga juga memutuskan hal-hal berikut: (Muzakarah kali ke-90):-

Rogol: Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh keatas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Zina: Menggugurkan kandungan zina adalah haram dalam semua keadaan kecuali mengekalkan kandungan akan memudaratkan nyawa ibu.

Orang Kurang Upaya (OKU): OKU (ujian akal di bawah paras 80) harus menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari. Haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih daripada 120 kecuali jika memudaratkan nyawa ibu.

Apa yang jelas daripada fatwa-fatwa yang diberikan, keharusan pengguguran kandungan dalam usia lebih daripada 120 bergantung sepenuhnya kepada soal ancaman terhadap keselamatan nyawa ibu.

Semuanya ini berasaskan kepada teori maslahah dan mafsadah di atas. Adapun pengguguran pada peringkat sebelum itu maka ianya boleh dilakukan atas sebab-sebab lain juga, kerana kewujudan kandungan berkenaan belum mencapai tahap yang diberikan perlindungan sepenuhnya oleh Syarak.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/rdj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Dua Produk Gugur Janin Dalam Talian Diharamkan Kkm

Awas Dua Produk Gugur Janin Dalam Talian Diharamkan Kkm

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 367 hits
Kes menggugurkan janin secara sengaja merupakan isu serius yang kini telah menjadi barah dalam komuniti masyarakat terutamanya di Malaysia Perbuatan ini dirancakkan lagi dengan terdapatnya kebebasan pihak pihak tidak bertanggungjawab menjua...
Atas Alasan Tertentu Zahid Af2 Kini Bergelar Duda

Atas Alasan Tertentu Zahid Af2 Kini Bergelar Duda

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 277 hits
Pemenang rancangan realiti nyayian Akademi Fantasia Musim Ke 2 Ahmad Zahid Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Zahid AF2 telahpun mengesahkan penceraiannya dengan isterinya Zahid yang terkenal sebagai pengacara dan penyampai radio mended...
Rupanya Kembar 2 Minggu Lepas Gugur Ibu Nyaris Maut Janin Tersekat Di Tiub Kanan

Rupanya Kembar 2 Minggu Lepas Gugur Ibu Nyaris Maut Janin Tersekat Di Tiub Kanan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 656 hits
Kandungan yang disangka hanya satu rupanya dua Namun kedua duanya pergi dengan cara berlainan Perkongsian tentang keguguran dan kehamilan ektopik boleh dijadikan pengajaran Jika sebelum ni aku dikhabarkan mengandung 1 2 minggu di peringkat ...
Alasan Mencengangkan Bill Gates Bakal Ternak Ayam Jika Jatuh Miskin

Alasan Mencengangkan Bill Gates Bakal Ternak Ayam Jika Jatuh Miskin

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 147 hits
Kalau Anda hanya menghasilkan USD 2 setiap hari apa yang harus Anda lakukan untuk meningkatkan kualitas hidup Bagi saya saya akan beternak ayam ujar sang miliuner
5 Olahraga Ini Aman Dilakukan Saat Hamil Muda Nggak Ada Alasan Mager Mentang Mentang Berbadan Dua

5 Olahraga Ini Aman Dilakukan Saat Hamil Muda Nggak Ada Alasan Mager Mentang Mentang Berbadan Dua

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 246 hits
Sebelum ada yang ngegas Lah gimana aku emang nggak boleh sama dokter banyak gerak baca dulu isi artikelnya ya
Sakit Hati Ditilang Alasan Pelemparan Molotov Di Satlantas Magelang

Sakit Hati Ditilang Alasan Pelemparan Molotov Di Satlantas Magelang

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 195 hits
Polisi berhasil meringkus dua tersangka pelemparan bom molotov di Kantor Satlantas Polres Magelang dan rumah dinas Ketua DPRD Kota Magelang para tersangka melakukan aksi itu karena sakit hati karena ditilang Sedangkan ke rumdin Ketua DPRD k...
Indra Bambang Utoyo Ungkap Alasan Maju Jadi Calon Ketum Golkar

Indra Bambang Utoyo Ungkap Alasan Maju Jadi Calon Ketum Golkar

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 144 hits
Indikator kegagalan Airlangga kata Indra terlihat dari merosotnya suara Golkar di Pemilu 2019 hingga kader kader yang terjerat kasus korupsi
Alasan Eyka Farhana Tak Jadi Buat Pembedahan Perut

Alasan Eyka Farhana Tak Jadi Buat Pembedahan Perut

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 702 hits
Seperti mana yang diketahui aktres jelita sebelum ini pernah mendapat rawatan di hospital kerana mengalami sakit dalam perut Eyka yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama terbaru terpaksa menangguhkan pembedahan yang disar...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids