Awas Dua Produk Gugur Janin Dalam Talian Diharamkan Kkm


Kes menggugurkan janin secara sengaja merupakan isu serius yang kini telah menjadi barah dalam komuniti masyarakat terutamanya di Malaysia. Perbuatan ini dirancakkan lagi dengan terdapatnya kebebasan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menjual dan mengedar pil-pil untuk gugur janin.
Terpalit dengan isu berkenaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi peringatan terhadap orang awam mengenai produk gugur janin yang diharamkan di Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu penjualan produk Misoprostol dan Mifepristone dalam talian yang digunakan untuk tujuan menggugurkan janin. Sememangnya kedua-dua produk tersebut merupakan produk tidak berdaftar dan tidak dibenarkan untuk dijual di pasaran Malaysia. Sejak tahun 2016, 16 serbuan yang mensasarkan produk-produk ini telah dilaksanakan dengan 28 bilangan rampasan bernilai RM97,578. Serbuan ini telah dilaksanakan susulan aktiviti risikan forensik siber yang rumit dan rapi, mengikut prosedur dan undang-undang sediada.
Bagi mengelakkan aktiviti penjualan dapat dikesan oleh pihak berkuasa, modus operandi yang digunakan bagi penjualan produk ini adalah menggunakan medium internet, aplikasi komunikasi internet dan platform e-dagang. Memandangkan aktiviti penjualan ini semakin serius, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah meningkatkan kerjasama dengan  pengendali platform e-dagang yang berpusat di Malaysia serta media sosial dalam mengambil tindakan menyenarai hitam penjual yang menjual produk ini di platform mereka. Bagi penjual yang menjual dalam ‘webpage’ peribadi, domainmereka akan disenaraikan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan sekatan. Dari tahun 2016 hingga kini, sebanyak 225 laman sesawang telah dipantau dan diprofil dan daripada jumlah tersebut, 98 laman web telah dihantar kepada SKMM, Facebook, Twitter dan YouTube untuk tindakan penutupan.
Sumber pembekalan produk farmaseutikal yang tidak berdaftar disyaki diperolehi secara haram di dalam negara dan melalui pembelian secara dalam talian dan penyeludupan dari negara luar. Penghantaran pil Misoprostol kepada pembeli adalah menggunakan perkhidmatan pos dan kurier. Penjual menggunakan identiti palsu dan alamat tempat penjualan palsu. Oleh itu, kerjasama rapat dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), CyberSecurity, Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diperlukan dalam usaha mengekang kewujudan laman sesawang dan sosial yang dikesan melanggar akta-akta yang dikuatkuasakan. KKM turut menyertai jaringan operasi antarabangsa seperti Interpol dan agensi kesihatan luar negara dalam usaha membanteras aktiviti sedemikian.
Penjualan produk-produk yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952. Individu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati sewaktu membeli produk kesihatan yang dijual secara dalam talian, tidak mudah terpedaya dengan iklan dan maklumat yang disiarkan serta memastikan produk-produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan. Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.gov.my.
Orang ramai juga dimohon untuk menyalurkan maklumat mengenai penjualan pil gugur ini dan mengemukakan sebarang aduan berkaitan produk kesihatan dan iklan yang meragukan boleh disalurkan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my. ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk seperti ini di pasaran.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Pihak KKM juga menggesa orang ramai untuk berkerjasama bagi membanteras gejala ini. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diharapkan dapat menghubungi pihak yang terlibat.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/16/awas-dua-produk-gugur-janin-dalam-talian-diharamkan-kkm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Kembar 2 Minggu Lepas Gugur Ibu Nyaris Maut Janin Tersekat Di Tiub Kanan

Rupanya Kembar 2 Minggu Lepas Gugur Ibu Nyaris Maut Janin Tersekat Di Tiub Kanan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 656 hits
Kandungan yang disangka hanya satu rupanya dua Namun kedua duanya pergi dengan cara berlainan Perkongsian tentang keguguran dan kehamilan ektopik boleh dijadikan pengajaran Jika sebelum ni aku dikhabarkan mengandung 1 2 minggu di peringkat ...
Logo Pelangi Mungkin Akan Kembali Pada Produk Keluaran Apple Tahun Ini

Logo Pelangi Mungkin Akan Kembali Pada Produk Keluaran Apple Tahun Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 304 hits
Apple nampaknya ingin membawa kembali sebuah nostalgia lama mereka iaitu penggunaan logo dengan warna pelangi Menurut sumber tertutup daripada MacRumors Apple mungkin akan membawa logo ini pada sejumlah produk keluaran mereka pada tahun ini...
Diserbu Produk China Industri Semen Ri Terancam Bangkrut

Diserbu Produk China Industri Semen Ri Terancam Bangkrut

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 121 hits
Kebijakan sepihak yang dilakukan produsen semen asal China berdampak langsung terhadap penjualan hingga produksi semen dalam negeri yang menurun
Farhat Laboratoires Perkenalkan Rangkaian Produk Bagi Membantu Menangani Masalah Kulit Wajah

Farhat Laboratoires Perkenalkan Rangkaian Produk Bagi Membantu Menangani Masalah Kulit Wajah

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 410 hits
Memiliki kulit wajah yang sempurna berseri cerah dan bebas dari jeragat jerawat ataupun berminyak adalah idaman setiap individu tak kira perempuan ataupun lelaki Wajah tanpa sebarang masalah mampu memberikan keyakinan tinggi pada diri seseo...
Produk Roti Gardenia Dijual Dengan Harga 3 Kali Ganda Di Sabah Dan Sarawak Anda Kena Tahu Sebabnya

Produk Roti Gardenia Dijual Dengan Harga 3 Kali Ganda Di Sabah Dan Sarawak Anda Kena Tahu Sebabnya

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 2181 hits
Roti kegemaran rakyat Malaysia sudah semestinya roti Gardenia Ia menjadi makanan pengalas perut ketika lapar atau menjadi makanan segera di waktu pagi ketika kita begitu sibuk untuk menikmati sarapan yang lengkap Juga ketika sedang pokai ro...
Dokter Gigi Tertipu Belanja Online Produk Perlengkapan Bayi

Dokter Gigi Tertipu Belanja Online Produk Perlengkapan Bayi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 242 hits
Siti Yoni Hukmini yang berprofesi sebagai dokter gigi menjadi korban belanja online di media sosial Instagram Perempuan yang tengah hamil delapan bulan ini berbelanja perlengkapan bayi di Instagram raini shoopp Namun dia justru mengalami ke...
Kembalikan Keremajaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Dari Farhat Laboratoires

Kembalikan Keremajaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Dari Farhat Laboratoires

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Julai 2019 Produk kosmetik dan rangkaian penjagaan kulit sering menjadi tumpuan individu yang inginkan wajah yang lebih sempurna berseri cerah dan bebas daripada jeragat kesan jerawat ataupun berminyak Ia bukan sahaja penting d...
Fair Fit Produk Cik Epal Dan Jofliam Berada Di Karnival 5s Library Upm Serdang

Fair Fit Produk Cik Epal Dan Jofliam Berada Di Karnival 5s Library Upm Serdang

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 589 hits
FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Berita baik untuk warga Serdang Bangi Kajang dan kawasan berhampiran Korang boleh dapatkan produk FairFit di KARNIVAL...
Jual Produk Telekomunikasi Di Indonesia Zain Wajib Kantongi Izin Dari Regulator

Jual Produk Telekomunikasi Di Indonesia Zain Wajib Kantongi Izin Dari Regulator

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 159 hits
Operator Zain menjual layanan telekomunikasinya di Indonesia secara langsung Caranya dengan menjual
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids