Guardian Memperkenalkan Kotak Bertuah Yang Diilhamkan Dari Korea Untuk Singles Day 11 11


Hi Korang,
Korang rasa bertuah? 
Guardian Malaysia akan memperkenalkan Kotak Bertuah (Lucky Boxes) yang diilhamkankan dari Korea buat pertama kalinya ke seluruh negara pada 11 November bagi meraikan sambutan Singles Day. Ia juga sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut dan badan, Botaneco Garden Camellia and Rice Oils yang terbaru. 

Apakah Lucky Box? 
Kotak Bertuah (Lucky Box) ini sangat popular di Korea, Jepun dan China di mana pelanggan harus membayar sejumlah wang untuk menerima nilai yang melebihi dua atau tiga kali ganda dalam bentuk produk daripada satu peruncit, semuanya dibungkus kemas di dalam sebuah kotak. Para pelanggan sememangnya menanti-nanti pelancaran Lucky Box ini kerana mereka mahukan lebih nilai dan kejutan! 

Guardian Lucky Boxes boleh didapati di semua cawangan Guardian pada harga RM50, dengan menawarkan nilai RM100 serta nilai maksimum RM150 yang terdiri daripada produk kesihatan dan kecantikan bersaiz penuh. 

Singles Day, pada 11 November menjadi hari membeli-belah secara offline dan dalam talian paling besar di dunia. Ia dipilih sebagai tarikh ideal untuk Guardian melancarkan Lucky Boxes yang pertama. 
Rangkaian Produk Camellia & Rice Oils Botaneco Garden Baharu Ada Di Dalam Kotak Anda? 
Antara barangan yang paling dinantikan di dalam Guardian Lucky Boxes ialah rangkaian produk Camellia & Rice Oils Botaneco Garden yang baharu. Ia terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut, perawat rambut, buih mandian, losyen badan dan krim tangan yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Bukan semua kotak bertuah mempunyai produk ini, jadi pelanggan yang mendapati rangkaian produk ini sememangnya sangat bertuah. 
Menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan South East Asia Guardian Health And Beauty Sdn. Bhd, Cho Do Youn, barisan produk Botaneco Garden yang ekstensif dan mempunyai pelanggan yang setia, menjadikannya ia sebagai satu rangkaian Lucky Box yang cukup ideal. 
“Botaneco Garden memiliki lebih 50 SKU, sekali gus menjadikannya antara rangkaian produk mandian dan penjagaan badan berinspirasikan alam semula jadi yang paling ekstensif di Guardian. Ia sentiasa menjadi produk terlaris kerana dibangunkan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut dan kulit pengguna di Asia. Dihasil menggunakan ramuan organik dan disahkan mesra alam (ECO) dengan formulasi yang bebas daripada bahan kimia berbahaya serta pakej yang boleh dikitar semula. Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup mesra alam, produk Botaneco Garden dilihat sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka.” 
“Ini merupakan Lucky Box pertama daripada Guardian Malaysia. Kami yakin rangkaian produk baharu daripada Botaneco Garden ini akan menjadi kejutan istimewa di dalam sebahagian kotak yang dikeluarkan. Pelanggan akan menerima nilai berganda dan menjadi antara yang pertama untuk mencuba rangkaian produk ini,” jelas Cho. 
Rangkaian baharu itu merupakan formulasi unik yang menggabungkan minyak benih Camellia seed oil dari Jepun yang menerima persijilan ECO 100%. Rangkaian produk ini mempunyai minyak bran beras organik dari India yang penuh dengan anti-oksidan untuk memberikan rambut serta kulit yang sihat[1]. 

Rangkaian produk itu terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut dan perawat rambut yang membantu menambah baik kondisi rambut rosak dengan lembut, selain meningkatkan kekuatan rambut[2]. Tidak ketinggalan buih mandian, losyen badan dan krim tangan yang melembabkan kulit, sekali gus membantu menjadikan kulit lebih licin, selesa dan lembut[3]. 
Rangkaian Organic Camellia & Rice Oils Hair Botaneco Garden Untuk Membaik Pulih Kerosakan Rambut – Bagaimana ia berfungsi 
Rangkaian penjagaan rambut empat langkah ini dikhaskan untuk rambut rosak. Diperkayakan dengan Keratin Tumbuhan, yang dapat membantu menambah baik kondisi rambut rosak dan meningkatkan kekuatannya dengan cara mengurangkan masalah rambut bercabang dan kutikel rosak dengan melancarkan kutikel rambut. Memandangkan rambut rosak biasanya kelihatan kering, rangkaian ini mempunyai bahan Panthenol yang membantu menambah baik kilatan rambut. Manakala Vitamin E pula membantu melindungi folikel rambut daripada kerosakan radikal bebas. 
Formulasi ini bebas daripada parabens, silikon, pewarna, alkohol, minyak mineral, petrolatum, DEA dan lanolin. Jadi, pengguna boleh berasa yakin apabila memilih produk kecantikan berasaskan kepada alam semula jadi daripada Botaneco Garden[4]. 
Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakannya sebagai satu regim penuh. Mulakan dengan syampu dan perapi, kemudian sapu dengan minyak rambut sebelum dikeringkan untuk mendapatkan rambut yang licin. Perawat rambut pula perlu digunakan seminggu sekali. 
“Rangkaian Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oils memang ideal untuk mereka yang mempunyai kutikel dan rambut rosak seperti bercabang. Di samping mereka yang mahu meningkatkan kekuatan rambut kerana produk ini dihasil untuk menangani dan membantu masalah-masalah yang dihadapi ramai. Ia juga lembut bersama wangian yang mengasyikkan,” kata Cho. 
Rangkaian Melicinkan Tubuh Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oil Body – Bagaimana ia Berfungsi 
Rangkaian produk mandian Botaneco Garden Camellia & Rice Oils khas untuk mereka yang mahukan kulit lebih licin kerana ramuan-ramuannya mampu menyegar, mengekalkan tona kulit sihat memulihara keanjalan kulit serta melembab untuk kulit yang lebih licin, lembut dan selesa. Ia didatangkan dalam bentuk buih mandian, losyen badan dan krim tangan. 
Ia diperkaya dengan Keratin Tumbuhan untuk membantu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit[5]. Penambahan Niacinamide menyumbang kepada kulit yang tiada cela, kuat dan sihat. Anda dicadang supaya menggunakan rangkaian penuh produk ini, bermula dengan buih mandian yang diformulasi bebas daripada paraben dan sabun. Diikuti oleh losyen tangan yang diformulasi bebas daripada petrolatum dan tidak melekit untuk melembab serta melicinkan kulit dengan lembut. 
“Pelancaran Botaneco Garden Lucky Box dengan produk yang sesuai untuk rambut rosak dan melicinkan kulit yang anda perlukan dilihat tepat pada masanya serta menawarkan nilai hebat. Dapatkannya untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah. Ia hadir dalam satu kotak minimalis yang boleh diguna semula. Pergi ke Guardian dan tengok tuah anda!,” kata Cho. 
Produk-produk rangkaian Botaneco Garden Camellia dan Rice Oils dijual pada harga RM20.70 untuk syampu sesuai untuk rambut rosak (500ml) dan perapi rambut (500ml). Manakala minyak rambut (95ml) berharga RM19.60 dan RM16.50 sebotol untuk perawat rambut (225ml). Rangkaian produk penjagaan badan seperti buih mandian (500ml) ditawarkan pada harga RM20.70 sebotol, losyen badan (400ml) berharga RM16.90 dan krim tangan (60g) RM9.80. Produk-produk ini boleh didapati di kedai dan e-stor Guardian di seluruh negara. 
Kotak-kotak Guardian Lucky boleh didapati di seluruh negara pada Singles Day 11/11/2019. Stok adalah terhad, jadi dapatkan segera untuk melihat tuah anda. 
Ikuti https://www.instagram.com/mybotanecogarden/ untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Botaneco Garden. 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 
Facebook : https://www.facebook.com/GuardianMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/guardianmalaysia/?hl=en



[1]http://www.botanecogarden.com/en-hk/product/organic-camellia-rice-oils-damage-repair-conditioner/ 
[2]http://www.botanecogarden.com/en-hk/product/organic-camellia-rice-oils-damage-repair-shampoo/ 
[3]http://www.botanecogarden.com/en-hk/product/organic-camellia-rice-oils-smoothening-body-wash/ 
[4] http://www.botanecogarden.com/en-hk/who-are-we/ 
[5]http://www.botanecogarden.com/en-hk/product/organic-camellia-rice-oils-smoothening-body-wash/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/11/guardian-memperkenalkan-kotak-bertuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reebonz Singles Day Sale Selected Event At 25 Off Coupon Code Ohyeah

Reebonz Singles Day Sale Selected Event At 25 Off Coupon Code Ohyeah

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 327 hits
Reebonz Singles Day Sale Selected Event at 25 OFF Coupon Code OHYEAHReebonz Singles Day Sale Selected Event Coupon Code BIGTREATReebonz Singles Day Sale US Market Coupon Code GETMINENOW1Reebonz Singles Day Sale Coupon Code GETMINENOW
Alibaba Seals 38 Billion Singles Day Sales Record

Alibaba Seals 38 Billion Singles Day Sales Record

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 200 hits
Alibaba Group Holding Ltd logged more than 268 billion yuan of purchases during its Singles Day bonanza exceeding last year s record haul after a 24 hour shopping marathon An estimated half billion shoppers from China to Russia and Argentin...
Parties Informed Of Walkabout Permit Rule Since Day One Says Liew

Parties Informed Of Walkabout Permit Rule Since Day One Says Liew

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 233 hits
TG PIAI POLLS PARLIAMENT The new conditions to campaign in the Tanjung Piai by election including the permit requirement for walkabouts and house to house visits were told to all contesting parties on the first day of campaigning De facto l...
Ladies Day Out Di The Top View Restaurant Komtar

Ladies Day Out Di The Top View Restaurant Komtar

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 731 hits
Cerita lontar belakang Minggu lepas akak join program hi tea ni bersama sama dengan rakan rakan se tempat kerja Dah lama tak join program macam ni rasa ciwi pulak tambah tambah dibuat di lokasi yang tak pernah sampai lagi iaitu di The Top R...
Ikuti Keseruan Fimela Fest 2019 Day One Dari Talkshow Seru Sampai Kelas Fotografi

Ikuti Keseruan Fimela Fest 2019 Day One Dari Talkshow Seru Sampai Kelas Fotografi

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 200 hits
Jangan sampai ketinggalan mengikuti FIMELA FEST 2019 Berikut ini keseruannya di hari pertama
Polisi Amankan Komplotan Pencopet Saat Car Free Day

Polisi Amankan Komplotan Pencopet Saat Car Free Day

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 231 hits
Pelaku ditangkap pada 3 November 2019 lalu Kasubbid Penerangan Masyarakat Humas PMJ AKBP I Gede Nyeneng mengatakan penangkapan mereka bermula saat video aksi keduanya viral di media sosial
Runcation Utara Day 4 Padang Besar To Kl

Runcation Utara Day 4 Padang Besar To Kl

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 661 hits
Untuk trip balik ke KL ni aku sebenarnya tak sempat nak beli tiket ETS direct dari Padang Besar ke KL Jadiknya aku akan amik komuter train ke Butterworth pastu naik bas dari sana Jauh tul perjalanan balik ni Lepas settle urusan immigration ...
Jd Sports 20 Off One Day Only

Jd Sports 20 Off One Day Only

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 280 hits
JD Sports 20 Off One Day OnlyUse Code 11J11Shop Now
Shock Of The Day Man Posing As Bernama Reporter Punches Female Ceo In The Face When Asked For Id

Shock Of The Day Man Posing As Bernama Reporter Punches Female Ceo In The Face When Asked For Id

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 331 hits
Asian Strategy Leadership Institute chief executive officer Melissa Ong delivering her speech during the Power Talk Turning Promises Into Action at Sunway Resort Hotel Spa yesterday IZZRAFIQ ALIAS The Star August 21 2019 KUALA LUMPUR A man ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025