Ladies Day Out Di The Top View Restaurant Komtar
Cerita lontar belakang ..
Minggu lepas akak join program hi tea ni bersama-sama dengan rakan-rakan se tempat kerja. Dah lama tak join program macam ni, rasa ciwi pulak tambah-tambah dibuat di lokasi yang tak pernah sampai lagi iaitu di The Top Restaurant Komtar Penang. Terletak di tingkat 59, tunggu tu..gayat !
Program meraikan anak-anak anggota yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan cemerlang dan juga anggota yang telah bersara. Program ni semua wanita yer kecuali perasminya bos state ni lelaki. Tak pe lah dia sorang jer....thorn among the roses !
Layan gambar jer wak yer....
Sampai-sampai kenalah register dulu, ambil no lucky draw, mana tahu dapat hadiah best. Restoran ni korang boleh access daripada komtar ataupun bangunan berhadapan iaitu access yang sama dengan The Top Iconic Edutainment Tower.
Wajib usha dulu hadiah-hadiah cabuan bertuah. Seru-seru sikit mana yang berkenan
Kena ambil tempat duduk yang berhampiran dengan makanan supaya tak ambil masa lama nak beratur. Makanan okay lah, lagipun perut lapar.
Macam biasa, selalu teruja dengan dessert bila makan kat tempat-tempat macam ni. Nampak comel-comel jer kek ni. Sedap! Semua kek yang disediakan menepati selera akak
Dapat jugak hadiah ni. Bertuah jugak lah kan
View daripada tingkat 59. Korang nampak GAMA tu? GAMA ni antara pusat membeli belah yang terawal di Pulau Pinang. Masa akak study dulu, bila dapat duit pinjaman mesti pi melabur kat sini. Sekarang ni dah banyak shopping mall yang tumbuh macam cendawan
Pesatkan Penang ni? Pembangunan terus berjalan. Tahun-tahun ke depan mungkin lebih banyak bangunan tinggi kelihatan
Sebelum balik, jomlah bergambar beramai-ramai. Bos besar kami sporting sangat siap tunggu program daripada mula sampai habis.
Minggu depan cuti sekolah seminggu bermula. Untuk korang yang bercadang nak bercuti ke Pulau Pinang, bolehlah masuk ke The Top ni. Macam-macam ada. Bawa anak-anak korang beraktiviti dalam ni dari pagi sampai petang. Jangan risau surau disediakan, selesa walaupun kecil. Tempat makan pun ada tapi harga pecah poket lah. Sesekali apa salahnya kan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azirahman.com/2019/08/ladies-day-out-di-top-view-restaurant-komtar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)