Guardian Goes Wellness With Munch Mountain Bulgarian Honey And Kinohimitsu
GUARDIAN GOES WELLNESS WITH MUNCH MOUNTAIN, BULGARIAN HONEY AND KINOHIMITSU! | Assalammualaikum semua! Wah tajuk english hari ni. Hahaha. Well... Ruby nak kongsikan dengan kalian semua aktiviti bersama Guardian Malaysia pada 5 Ogos 2023 yang lalu.
Bertempat di Cookhouse, Glo Damansara, Ruby dapat pengalaman belajar menyediakan hidangan yang sihat untuk seisi keluarga. Terima kasih Guardian Malaysia sudi jemput Ruby dan ternyata ia sesi yang sangat bermanfaat.
GUARDIAN GOES WELLNESS WITH MUNCH MOUNTAIN, BULGARIAN HONEY AND KINOHIMITSU!
Ruby selalu skeptikal kalau nak sediakan menu sihat mesti mahal, susah nak dapat produk dan tak sedap. Hahaha. Tapi, bila dah belajar buat. Memang ternyata senang dan sedap! Balik je rumah terus cerita dekat suami dan anak-anak.
Mereka pun setuju nak ada menu baru untuk sarapan pagi atau snacking makan overnight oats dengan Kinohimitsu Royal Green. Lepas tu yogurt nak beli yang Original supaya kita boleh add buah-buahan segar dan kering. Lepas tu campur Granola dan Bulgarian Honey. Sedap uiiii. Paling syok menu baru kami adalah apa sahaja salad wajib letak kekacang Munch Mountain
By the way, Guardian Effervescent memang wajib minum setiap hari. Tak sangka boleh buat Konnyaku Jelly! Hahaha. Lepas ni bukan hanya rendam aje terus minum. Kita buat jelly yang lebih sihat. Jom Ruby share dengan anda semua bagaimana penyediaan semua menu sihat ni.
MUNCH MOUNTAIN ROAST CHICKEN SALAD
Pertama kali mengenali jenama Munch Mountain. Kebiasaannya jika ingin makan kekacang, Ruby hanya beli beberapa jenis di kedai Arab sahaja. Kekacang dari Munch Mountain mempunyai keunikan tersendiri kerana tersedia dalam paket mudah di bawa kemana-mana, kombinasi kekacang yang enak dan dijual pada harga RM 3.90 sahaja.
Kita semua sedia maklum bahawa snek kekacang ni mahal. Namun, dengan Munch Mountain, anda boleh cuba makan kekacang dan kongsikan manfaatnya bersama seisi keluarga. Produk ini disahkan HALAL oleh JAKIM. Munch Mountain terdapat 3 jenis kekacang bersaiz 25gram iaitu:
🌰 Nuts On The Go - Fibre in a Nutshell🌰 Fuity Nutty Energy - Daily Energy Fuel🌰 Berrylicious Nuts Mix - Wholesome Omega-3
Bahan-Bahan:1 x Roasted Chicken Leg1 x Lobak Merah2 x Kentang1 x Salad1 x Munch Mountain
Cara Masakan:Bakar Ayam yang diperap terlebih dahulu. Rebus kentang. Rebus lobak merah. Letakkan ke tepi setelah siap. Sediakan semua ketiga-tiga bahan ini ke dalam bekas aluminium foil, layurkan minyak zaitun dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
Setelah siap, carik-carik ayam dan gaul bersama kentang dan karot. Hias mangkuk dengan daun salad, bahan yang di bakar tadi dan masukkan kekacang Munch Mountain pilihan anda. Siap! Sedia untuk menjamu selera.
BULGARIAN HONEY CINNAMON HONEY TOAST, HONEY FRUITY YOGURT, HOT HONEY LEMON LIME GINGER
EFFERVESCENT KONNYAKU JELLY
KINOHIMITSU ROYAL OVERNIGHT OATS
Diharap pembaca semua pun ambil idea ini untuk mulakan gaya hidup sejahtera. Semua produk di atas, ada di jual di semua Guardian Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/08/guardian-goes-wellness-with-munch.html