Guardian Bakal Agih 15 000 Botol Cecair Pembasmi Kuman Bantu Golongan Memerlukan



Pandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan terutamanya golongan rentan dan yang memerlukan.

Menyedari hakikat bahawa kita perlu menjaga diri kita (#KitaJagaKita) dan sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab secara sosial, Guardian Malaysia telah memulakan satu kempen amal untuk melengkapkan golongan yang memerlukan dan pelanggan-pelanggan setianya dengan cecair pembasmi kuman - satu kemestian - agar kebersihan diri mereka dapat dikekalkan untuk kekal selamat.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata:

“Kami menyedari betapa penting dan perlunya untuk memastikan tangan kekal bersih dalam usaha membasmi penyebaran Covid-19. Selain daripada pelanggan-pelanggan setia kami, tiada golongan yang lebih rentan daripada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan, seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan. Kempen ini merupakan satu cara untuk membantu memastikan kedua-dua golongan tersebut dan para pelanggan kami memiliki cecair pembasmi kuman yang efektif untuk mencuci tangan mereka dan mengekalkan kebersihan.” 

“Dikenali sebagai kempen ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’, kami akan mengagihkan 15,000 botol cecair pembasmi kuman tersebut kepada para pelanggan dan 14 buah rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia serta akan menggalakkan pelanggan untuk turut terlibat dalam usaha amal ini,” tambah beliau.

Untuk permulaan, Guardian Malaysia akan mengagihkan kira-kira 3,000 botol cecair pembasmi kuman ke beberapa organisasi amal terpilih bermula awal bulan Disember.

“Bermula 16 Disember, kami akan memulakan inisiatif ini di stor-stor kami dimana pelanggan yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas dalam satu resit bakal menerima satu botol cecair pembasmi kuman percuma.

“Mereka mempunyai pilihan untuk mendermakan botol cecair pembasmi kuman tersebut ke rumah atau organisasi kebajikan terpilih dalam negeri masing-masing dimana stor Guardian berada.

“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengimbas kod QR pada poster kempen yang dipaparkan di stor tersebut dan menyerahkan botol itu semula kepada kakitangan kami yang kemudiannya akan mengumpulkan botol-botol tersebut untuk diedarkan ke organisasi amal yang telah dikenal pasti di negeri mereka. Kami telah memperuntukkan 12,000 botol cecair pembasmi kuman bagi tujuan ini,” jelas Anna. 

Kempen dalam stor akan berlangsung selama seminggu bermula 16 Disember sehingga 20 Disember 2020 atau sehingga kehabisan stok.

“Kami amat menggalakkan para pelanggan yang datang ke stor untuk turut serta dalam menjayakan usaha amal ini kerana inilah masanya untuk kita saling menjaga antara satu sama lain,” tambah Anna.

14 rumah dan organisasi kebajikan yang telah dikenal pasti untuk menerima cecair pembasmi kuman adalah:


Johor
Calvary Victory Centre,
Bangunan PKK 3, Education Hub Persisiran Sutera Danga 1,
Sutera Utama,
81300 Skudai, Johor

Kedah
Pusat Jagaan Orang Tua dan OKU D’Zenith Homes,
372, Jalan Tiong, off Jalan Badlishah,
08000 Sungai Petani Kedah.

Kelantan
Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Lilbanat) Siti Aminah,
Kg. Baru Luar, Pasir Pekan,
16250 Tumpat, Kelantan.

Melaka
Rumah Anak Yatim Miskin (PAYASUM),
KM 18, Paya Rumput Jaya,
76300 Sungai Udang, Melaka.

Negeri Sembilan
Persatuan Kebajikan Vinashini,
10M, Batu 4 ½, Jalan Kuala Sawah, Mambau,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Pahang
Rumah Puteri Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna,
Lot 132, Kampung Pelindung Beserah,
26100 Kuantan Pahang


Perak
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman
Plot 359, Lorong Dato, Off, Jalan Dato Manjoi,
30020 Ipoh, Perak.

Perlis
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis,
Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi Dalam
02600 Arau, Perlis.

Penang
Silver Jubilee Home For The Aged,
Jalan Sungai Dua,
11700 Pulau Pinang.

Sabah
Bukit Harapan,
Jalan Tuaran Bypass, Menggatal,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Sarawak
The Salvation Army Children's Home,
138 Jalan Uplands,
93200 Kuching, Sarawak.



Selangor
SHELTER Home for Children,
No. 9, 1st floor, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

Terengganu
Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah,
Lot 4972, Taman Alam, Perdana Binjai,
24000 Kemaman, Terengganu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pusat Jagaan Kanak-kanak WP,
No.9 Jln 9/39, Taman Petaling,
52100 Kepong K.L









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2020/12/guardian-bakal-agih-15000-botol-cecair.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guardian Bantu Pelanggan Golongan Rentan Untuk Kekal Selamat Sepanjang Pandemik Covid 19

Guardian Bantu Pelanggan Golongan Rentan Untuk Kekal Selamat Sepanjang Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 263 hits
Pandemik Covid 19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan terutamanya golongan rentan dan yang memerlukan Menyedari hakikat bahawa kita perlu menjaga diri kita dan sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungj...
Inisiatif Internet Lebih Baik Pada 2021 Bantu Golongan Isi Rumah B40 Calon Spm Stpm

Inisiatif Internet Lebih Baik Pada 2021 Bantu Golongan Isi Rumah B40 Calon Spm Stpm

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 293 hits
PUTRAJAYA Golongan isi rumah B40 calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia berpeluang menikmati kemudahan Internet yang lebih baik melalui pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan kerajaan pada suku pertama 202...
Belanjawan Johor Geran Rm30 Juta Bantu Golongan Terjejas Covid 19

Belanjawan Johor Geran Rm30 Juta Bantu Golongan Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 210 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju memberikan geran sejumlah RM30 juta bagi meringankan beban dan membantu golongan rentan yang terjejas COVID 19 di Johor SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub conf...
Kerajaan Pahang Sasar Bina 100 Rumah Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Tahun Depan

Kerajaan Pahang Sasar Bina 100 Rumah Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Tahun Depan

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 206 hits
LIPIS Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan pembinaan 100 rumah lagi menerusi program Rumah Rakyat Pahang pada 2021 membabitkan peruntukan RM6 5 juta bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri Menteri Besar Pahan...
Tekun Lancar Spin Bantu 10 000 Usahawan Informal

Tekun Lancar Spin Bantu 10 000 Usahawan Informal

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 251 hits
Oleh AMREE AHMAD WAN Junaidi Tuanku Jaafar bersama penerima Skim Pemulihan Perniagaan Tekun selepas menyampaikan mock cek pada majlis pelancaran Spin di Putrajaya hari ini UTUSAN FAISOL MUSTAFAPUTRAJAYA Meskipun Skim Pembiayaan Informal bar...
Golongan B40 Calon Spm Dan Stpm Bakal Nikmati Kemudahan Internet Lebih Baik

Golongan B40 Calon Spm Dan Stpm Bakal Nikmati Kemudahan Internet Lebih Baik

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 243 hits
Oleh Saifuddin Abdullah Foto Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR Golongan isi rumah B40 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di seluruh negara berpeluang menikmati kemudahan internet lebih baik melalui pe...
Polis Rampas Bungkusan Kurier Berisi Dadah Bernilai Rm55 000 Dari Kelantan

Polis Rampas Bungkusan Kurier Berisi Dadah Bernilai Rm55 000 Dari Kelantan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 217 hits
Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sibu merampas dua bungkusan dipercayai mengandungi dadah bernilai RM55 000 yang dihantar melalui perkhidmatan kiriman kurier dari Kelantan ke Sibu semalam Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ...
Wanita Dipenjara Sehari Denda Rm3 000 Curi Wang Syarikat

Wanita Dipenjara Sehari Denda Rm3 000 Curi Wang Syarikat

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Seorang wanita dihukum penjara sehari dan didenda RM3 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mencuri wang RM99 40 dan US 3 300 milik sebuah syarikat pertukaran wang asing tahun lepas Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan h...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025