Guard Tu Kurang Ajar Sangat Pada Rider Tu La Kena Lempang Penjelasan Datin Tampar Guard


SOSMED | Semalam beberapa media tempatan termasuklah Awani dan Sinar Harian melaporkan seorang wanita berstatus "Datin" telah menampar seorang pengawal keselamatan warga asing.

Wanita itu dilaporkan menampar pengawal keselamatan itu kerana berang diarah turun ke lobi kediamannya untuk mengambil makanan yang ditempah melalui perkhidmatan penghantar makanan.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 4.21 petang di sebuah kondominium di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.

Insiden itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) lobi kediaman mewah berkenaan dan tular di media sosial.

Malah kenyataan dari Jawatankuasa Pengurusan Kondominium itu, Hazri Mohd Zahri juga dipetik sebagai berkata, tindakan wanita yang menampar pengawal keselamatan itu adalah sangat tidak bermoral selepas pihaknya melakukan penyiasatan.

Bagaimanapun wanita yang didakwa sebagai datin itu tampil menafikan dakwaan tersebut di media sosialnya hari ini.

"Kaji dahulu sebelum judge.

Hi, follower kak syena.. korang mesti dah Malkin pasal berita viral "Datin tampar security ". Untuk makluman semua cerita yang viral ITU hanya sebelah punya kenyataan. Kak syena tampil buat kenyataan dimana kak Syena tampar die buat sebab kak syena acah acah DIVA ye TETAPI kerana pengawal keselamatan ITU BIADAP. Kenapa kak syena kata dia BIADAP sebab die aniaya adik rider (food panda) PEREMPUAN sehingga die menangis teruk. Allahu kak Syena bukan sejenis manusia yang BARAN.

Yang mengenali kak syena tau kak syena macam mana. Kak Syena masih WARAS ye, mana mungkin nak sepak muka orang tanpa sebab. Untuk pengetahuan korang akak turun dan pick up makanan tu pukul 3 am.

Sebelum akak turun ke bawah memang akak ada suruh rider tu mintak izin kalau die boleh naik atas TETAPI die telefon akak kembali kata guard tak bagi masuk.

Akak ni yam tido sian tinggal die tapi kak Syena turun kerana kesian rider tu dah kena marah. Bilamana kak syena dah turun ke bawah kak syena terkejut tengok adik tu menangis teresak-esak sambil bercakap "saya tak pernah dihina macam ni akak" kak Syena pun tanyala kenapa teruk sangat awak nangis ni.

Die pun cakapla "guard NEPAL ni suruh pi rider parking dekat blok A. Jalan kaki pergi hantar ke Block D dan macam-macam la.

Eh panasla kak syena dan kak Syena cakap elok-elok dengan guard tu tapi die yang KURANG AJAR sangat lalu kak Syena lempang la die.

Bayangkan kalau benda pada adik, kakak, makcik or seangkatan awak APA awak
rasa.

Simple treats people nicely people will treat u better. So kesimpulannya bile akak jadi viral dan dengan sumpahan korang akak jadi lagi kuat.

Berita pasal akak ditarik balik BUKAN SEBAB KABEL tetapi mereka DAH tahu CERITA YANG SEBENAR.

PIHAK Guard Dan Pengurusan Kondo pun dah setuju untuk mendalami kes ini... Akak ni perempuan... takkan suka suka nak tampar orang....So KESIMPULANNYA WARGA BAWANG SEKALIAN.

Jadila warganegara yang selidik dahulu sebelum judge akak," katanya dalam kenyataan itu. 
Pengakuan rider;


Datin yang dikenali sebagai Syena itu juga berkata akan tampil dengan penjelasan lanjut menggunakan media tempatan bersama rider GrabFood yang dilayan secara teruk oleh pengawal keselamatan warga asing itu dalam masa terdekat. 
"Saya bukan marah sebab kena turun.sbb masa saya turun tu, nak marah siapa, guard pun takde. Tapi saya sampai loby saya nampak adik rider tengah menangis. Bukan menangis sesikit. Nie menangis sampai teresak-esak. Saya pegi dekat dia terus dan tanya kenapa menangis. Dia cerita apa dari sorang guard ke sorang guard dan ke guard yang lain buat kat dia. Siap tengking-tengking dia lagi. Tu belum suruh dia jalan kaki jarak 4 block park motor untuk hantar makanan. Panjang lagi cerita. Saya pun tak gila nak lempang orang kalau tak kurang ajar. Bayangkan budak perempuan rider tu adik korang ke, sepupu korang ke yang kena dengan guard Nepal kurang ajar tengking2. Sini ada services lift dulu yang boleh guna dari 6pg sampai 6ptg. Khas untuk delivery barang2 yang resident order. Sekarang tiba2 dah jadi tak boleh. Beli barang tesco online menyusahkan kita nak angkut ke atas. Belum bab parcel delivery. Semua haru biru. Sistem apa tak tau diaorg nak guna.

SAYA MARAH BUKAN PASAL KENA TURUN. TAPI SAYA MARAH BUDAK PEREMPUAN MELAYU SANGGUP CARI REZEKI KEJE JADI RIDER TAPI KENA BULI DENGAN SECURITY GUARD BANGSA ASING. ADA LAGI BEBERAPA AYAT YANG SANGAT KURANG AJAR KELUAR DARI MULUT GUARD YANG SAYA LEMPANG TU. TAKPE. TUNGGU SAYA DAN ADIK RIDER TU KELUARKAN DALAM PAPER.

Yang tak tahu cerita sebenar, bukan main sedap ingat saya marah pasal kena turun. Tak mati pun kalau kena turun. Saya cukup sifat lagi nak bergerak berjalan. Saya marah sebab maruah seorang perempuan melayu di permainkan. Saya suruh dia mintak maaf pun boleh gelak-gelak. Ingat benda kelakar.

Ramai dah rider kat sini jadi mangsa kena marah pasal sikap guard.. semalam saya stand bersuara sebab selagi seorang tak berani, security guard kat sini nada suara diaorang lagi tinggi dari kita yan bertanya elok-elok.

Saya bukan sehari duduk sini. Kalau betul saya bermasalah, buktikan kalau sebelum nie memana security guard di Block D kena marah dengan saya. Saya hilang sabar sebab air mata seorang adik perempuan yang cari rezeki jd rider tapi orang luar boleh hina dan pandang rendah.

KORANG BOLEH VIRAL CERITA NIE MACAM MANA KORANG VIRAL CERITA SEBELAH PIHAK. ADIK RIDER SAKSI. ALLAH SAKSI.

VIRAL LAH POST NIE KALAU AWAK RASA TANGISAN ADIK RIDER TU PERLU DIBELA. Saya rela dipersalahkan. Sebab saya nampak dalam mata dia menangis rasa sakit hina tapi tak mampu bersuara dan di bela," jelasnya panjang lebar.

Semakan kami mendapati Awani dan Sinar Harian telah memadamkan berita berkaitan datin menampar pengawal keselamatan dan hanya memaparkan "error 404" di pautan berita tersebut. - 30 Ogos 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/08/guard-tu-kurang-ajar-sangat-pada-rider.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datin Tampar Pak Guard Viral

Datin Tampar Pak Guard Viral

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 655 hits
Eh panaslah saya dan saya cakap elok elok dengan guard itu tetapi dia yang kurang ajar sangat terus saya lempang dia Bayangkan kalau benda itu berlaku pada adik kakak makcik atau yang mempunyai hubungan dengan awak apa awak rasa Saya tampar...
Kedai Makan Di Sungai Bakap Yang Pelayan Nya Kurang Ajar

Kedai Makan Di Sungai Bakap Yang Pelayan Nya Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 1141 hits
Hi semua Nak cerita la pengalaman makan kat satu kedai makan ni Ahad lepas kami keluar makan Oleh sebab tahu dah yang kedai makan yang kami suka pergi tu tutup sebab pekerjanya cuti raya haji jadi kami pilih untuk cari kedai makan lain Kami...
Wanita Sekolahkan Ibu Bapa Jangan Back Up Bila Anak Kurang Ajar

Wanita Sekolahkan Ibu Bapa Jangan Back Up Bila Anak Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 520 hits
Kanak kanak memang cepat belajar daripada apa yang mereka dengar dan lihat Sebab tu kita sebagai orang dewasa kena jaga percakapan dan perbuatan depan anak anak yang masih kecil Kadang kala bukan daripada kita mereka belajar tapi melalui pe...
Berang Disuruh Turun Ambil Makanan Yang Dipesan Datin Tampar Pengawal Keselamatan

Berang Disuruh Turun Ambil Makanan Yang Dipesan Datin Tampar Pengawal Keselamatan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 254 hits
Berang disuruh turun ambil makanan seorang wanita menampar pengawal keselamatan dalam kejadian petang semalam di sebuah kondominium di Jalan Raja Muda Abdul Aziz Kuala Lumpur jam 4 21 petang Video rakaman kamera litar tertutup turut merakam...
Netizen Kecewa Sikap Kurang Ajar Pekerja Restoran Dolly Dim Sum Pavilion

Netizen Kecewa Sikap Kurang Ajar Pekerja Restoran Dolly Dim Sum Pavilion

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 1326 hits
I would like to lodge a report against Dolly Dim Sum Restaurant located at Lot 1 102 00 Level 1 Pavilion Kuala Lumpur 168 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur Malaysia The captain and the crews can t accommodate our request to sit at spec...
Saya Tampar Sebab Pengawal Keselamatan Itu Biadab Datin Tampil Cerita Hal Sebenar Nafi Acah Diva

Saya Tampar Sebab Pengawal Keselamatan Itu Biadab Datin Tampil Cerita Hal Sebenar Nafi Acah Diva

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 607 hits
The ReporterSusulan viral video di media sosial yang mendakwa seorang wanita menampar pengawal keselamatan kerana menyuruhnya turun mengambil makanan yang dipesan secara online wanita itu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu Menurut S...
Setiap Hari Mereka Bermain Pelvru Hidup Ini Penjelasan Logik Lelaki Kenapa Dalam Latihan Pun Kena Guna Pelvru Betul

Setiap Hari Mereka Bermain Pelvru Hidup Ini Penjelasan Logik Lelaki Kenapa Dalam Latihan Pun Kena Guna Pelvru Betul

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 268 hits
Rakyat Malaysia bersedih Semalam seorang pegawai komando 11 Gerup Gerak Khas telah meningg4l dunia akibat daripada temb4kan senj4ta jenis M4 semasa sesi demonstrasi di Kem Lok Kawi Kota Kinabalu Sabah Setiap hari mereka bermain pelvru hidup...
Bubur Nasi No 1 Yang Sangat Istimewa

Bubur Nasi No 1 Yang Sangat Istimewa

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 1635 hits
Assalamualaikum DAH berjanji dengan Iman sebelum dia balik ke Ipoh hari ini kami akan bawa makan Bubur Nasi Istimewa No 1 yang terletak di Taman Sentosa JB Bercinta jugak sebenarnya nak makan di sini kerana kawasannya yang sibuk dan parking...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025