Guan Eng Saifuddin Kritik Kelemahan Putrajaya Tangani Covid 19


 
Predeep Nambiar -September 2, 2021Lim Guan Eng dan Saifuddin Nasution Ismail menyuarakan kebimbangan berhubung kawalan wabak Covid-19 di Pulau Pinang. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP dan PKR menyelar cara Putrajaya menangani Covid-19 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.
Sambil membangkitkan perkara yang dilihat sebagai kegagalan itu, mereka turut memberikan cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan persekutuan dalam menangani krisis berkenaan.
Lim Guan Eng (PH-Air Putih) dan Saifuddin Nasution Ismail (PH-Pantai Jerejak) menyentuh pelbagai isu daripada kadar kematian yang semakin meningkat di negeri itu, usaha vaksinasi dan perkhidmatan sokongan bagi mereka yang dikenakan sekatan pergerakan.
Pulau Pinang mempunyai bilangan kes Covid-19 tertinggi di negara ini berdasarkan jumlah penduduk dengan 94.5 kejadian bagi setiap 100,000 orang (dalam purata tujuh hari), lebih tinggi daripada Lembah Klang.
Lim dalam sesi perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri berkata, kajian mendalam perlu dilakukan untuk melihat kenapa kawasan tertentu mencatatkan bilangan kematian tinggi.
Beliau memberi sebagai contoh Air Itam yang merekodkan 21 kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.
Katanya, perkara itu merisaukan, namun tiada jawapan kenapa trend itu wujud di situ.
Lim berkata, keseluruhan jumlah kematian Covid-19 di Pulau Pinang adalah 469 kes setakat 26 Ogos lalu yang juga membimbangkan kerana kebanyakannya melibatkan individu berusia 50 tahun ke atas.
“Kita perlu melihat kenapa ini berlaku, kita perlu menyiasat lebih mendalam,” katanya.
Lim berkata, warga Pulau Pinang mula menganggap wabak itu “hukuman mati” yang “lebih teruk daripada penjara”, dengan panggilan kecemasan 999 tidak dilayan dengan pantas, kadar vaksinasi rendah, serta denda yang tinggi untuk pelanggaran SOP Covid-19.
Tahun lalu, beliau berkata, denda berjumlah RM2.08 juta dibayar 2,085 orang ketika kompaun RM1,000 ditetapkan.
Tahun ini, katanya, RM4.3 juta dikutip daripada 2,115 orang, dengan 3,762 notis kompaun dikeluarkan.
Menurutnya, berdasarkan “kelemahan kerajaan persekutuan” dalam menangani wabak itu, kerajaan Pulau Pinang mesti meningkatkan usaha mitigasi.
“Jika kerajaan persekutuan tidak boleh melakukannya, kita boleh lakukan di Pulau Pinang. Saya benar-benar berharap menteri kesihatan baharu boleh membuat perubahan segera untuk memperbaiki keadaan.”
Sementara itu, Saifuddin berkata, beberapa kegagalan berlaku sejak awal wabak yang perlu diambil maklum kerajaan sedia ada.
Katanya, kesilapan pertama adalah kelewatan menempah vaksin atas alasan menunggu ujian klinikal dilakukan sedangkan banyak negara lain telah membuat tempahan awal sebelum ujian klinikal dimulakan.
“Bak kata kami di utara, sepatutnya kita ‘chup dulu’. Kita hanya membuat tempahan selepas permintaan untuk vaksin sudah tinggi.”
Saifuddin berkata, ketika vaksin tiba, Sarawak menjadi negeri pertama menerima sejumlah besarnya, iaitu taktik politik sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri yang sepatutnya diadakan Jun lalu sebelum ditangguhkan selepas darurat diisytiharkan di negeri itu.
Katanya, isunya bukan mengenai keupayaan negeri membeli vaksin sendiri, sebaliknya kerana ia diberi awal oleh pembuat dasar di Putrajaya.
“Negeri jirannya Sabah juga ‘corot’ dalam penerimaan vaksin. Jadi, nampaknya kehidupan orang Sarawak lebih penting berbanding negeri lain.”
Saifuddin kemudian memetik kisah wartawan kelahiran Malaysia, Rahmah Ghazali, yang disahkan positif Covid-19 bersama keluarganya di United Kingdom.
Katanya, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di negara itu menghubungi mereka setiap hari untuk memantau keadaan keluarga itu, manakala Majlis Perbandaran turut melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan mereka mempunyai bekalan makanan mencukupi.
“Itu yang dinamakan sistem sokongan. Kita sebagai kerajaan mesti menawarkan sokongan kepada mereka yang mengasingkan diri di rumah.”
‘Tiada majoriti 2/3 pinda Perlembagaan negeri’
Sementara itu, Lim membangkitkan isu undian tidak dikira secara rasmi untuk pindaan Perlembagaan negeri, semalam.
Katanya, langkah sedemikian memerlukan sokongan majoriti 2/3 serta undian rasmi oleh semua 40 ADUN.
Speaker Law Choo Kiang berkata, kiraan rasmi tidak diperlukan apabila melibatkan penyelarasan undang-undang negeri dan persekutuan.
Semalam, sidang DUN Pulau Pinang meluluskan undang-undang untuk menurunkan had usia calon bagi kerusi negeri daripada 21 kepada 18 tahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/guan-eng-saifuddin-kritik-kelemahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Tidak Percaya Jika Pm Komited Tangani Covid 19 Ph Tidak Mahu Persulitkan Keadaan Anwar

Undi Tidak Percaya Jika Pm Komited Tangani Covid 19 Ph Tidak Mahu Persulitkan Keadaan Anwar

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 158 hits
Firdaus AzilOgos 25 2021Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra hari ini Foto BERNAMAPUTRAJAYA Pakatan Harapan tidak mahu mempersulitkan ...
Kerajaan Grs Tidak Bertindak Secukupnya Tangani Covid 19 Kata Shafie

Kerajaan Grs Tidak Bertindak Secukupnya Tangani Covid 19 Kata Shafie

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 235 hits
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal mendakwa katil tambahan kini ditempatkan di bilik pembedahan di Hospital Queen Elizabeth 1 KOTA KINABALU Kerajaan Sabah tidak menangani situasi Covid 19 secukupnya susulan peningkatan harian jangkitan Covi...
Mesyuarat Bersama Ph Bagi Tangani Isu Covid 19 Ekonomi Pm

Mesyuarat Bersama Ph Bagi Tangani Isu Covid 19 Ekonomi Pm

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comDiterbitkan 25 Aug 2021 5 19 pmDikemaskini 5 35 pmPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakub dalam satu kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan memberi jaminan akan mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis penularan...
Untuk Tangani Covid Ekonomi Rakyat Perdamaian Politik Boleh Dilakukan

Untuk Tangani Covid Ekonomi Rakyat Perdamaian Politik Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 276 hits
Pertemuan bersejarah di Pejabat Perdana Menteri di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan petang ini membuahkan hasil yang memberangsangkan Menurut Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pertemuan selama lebih sej...
Anwar Guan Eng And Mat Sabu To Meet With Pm Today

Anwar Guan Eng And Mat Sabu To Meet With Pm Today

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 325 hits
The heads of Pakatan Harapan will be meeting with Prime Minister Ismail Sabri Yaakob at the latter s office today PKR president Anwar Ibrahim DAP secretary general Lim Guan Eng and Amanah president Mohamad Sabu were invited to meet Ismail S...
Pm Jumpa Anwar Guan Eng Mat Sabu Petang Ini

Pm Jumpa Anwar Guan Eng Mat Sabu Petang Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 251 hits
PM jumpa Anwar Guan Eng Mat Sabu petang ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengundang pemimpin parti Pakatan Harapan ke Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana Putrajaya petang ini Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil perjumpa...
Dah Naik Jadi Pm Jangan Lupa Pesan Agong Kongsi Tangani Covid 19

Dah Naik Jadi Pm Jangan Lupa Pesan Agong Kongsi Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 399 hits
Gabungan pembangkang menjunjung kasih di atas keputusan yang dibuat oleh Yang di Pertuan Agong semalam atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baharu Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim keputusan tersebut telah ...
Pemerintah Imbau Hati Hati Tangani Limbah Covid 19

Pemerintah Imbau Hati Hati Tangani Limbah Covid 19

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 165 hits
Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan membangun insenerator di berbagai daerah sejak tahun lalu
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu