Guan Eng Digesa Berhenti Salahkan Bn Kerana Pakatan Gagal Tunai Janji



(FMT) – Seorang aktivis hak Sarawak berkata, Menteri Kewangan Lim Guan Eng sepatutnya berhenti menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan kerajaan menunaikan banyak janjinya kepada negeri itu, sebaliknya wajar menawarkan “alasan lebih kukuh”.
Pengasas Movement for Change Sarawak (MoCS), Francis Paul Siah berkata, rakyat Sarawak telah terlalu kerap mendengar alasan sehingga “ia tidak boleh diterima lagi”.
“Satu soalan penting yang mesti dijawab oleh Lim dan rakan PH ialah: ‘Apakah manifesto pilihan raya umum ke-14 Pakatan Harapan (PH) juga dirangka oleh kerajaan BN sebelum ini?’. Tentu PH sedar tentang hutang besar BN, hatta pada masa itu.
“Jika demikian, kenapa buat janji kosong kepada rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak?” katanya.
Francis berkata, Guan Eng harus menawarkan “alasan lebih kukuh” atas kegagalan menunaikan janji yang dibuat oleh PH.
Beliau berkata, kenyataan menteri kewangan itu berhubung royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak seolah-olah menunjukkan Malaysia tidak boleh hidup tanpa minyak dan gas dari 2 negeri Borneo itu.
“Dengan kata lain, Guan Eng memberitahu rakyat Sabah dan Sarawak bahawa Putrajaya memerlukan hasil minyak dan gas dari negeri mereka untuk membiayai keutamaan lain,” katanya.
“Mereka menjanjikan (royalti) 20%, tetapi beri hanya 5%. Hari ini rakyat Sarawak berkata: ‘Kenapa berjuang untuk dapatkan hanya 20%, sedangkan ia 100% milik kita?”.
“MoCS mahu mengingatkan Putrajaya bahawa rakyat Sarawak tidak lagi naif seperti ibu bapa kami sebelum ini yang menandatangani MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan membawa Sarawak ke dalam Malaysia.”
Francis berkata, rakyat Sarawak “mengimpikan saat mereka memiliki 100% daripada kekayaan negeri itu”, tanpa perlu berkongsi dengan Semenanjung.
“Ini pesanan kami kepada Putrajaya,” katanya.
Pada Jumaat, Guan Eng berkata, kerajaan mahu menunaikan janjinya memberi 20% royalti minyak kepada Sarawak, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana negara dibebani hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.
“Jumlahnya RM150 bilion. Ia bukan angka kecil. 1MDB dan skandal berkaitannya serta skandal lain bukan 1MDB, semuanya melibatkan dana sebanyak RM150 bilion,” katanya di Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata, Guan Eng cuba mencari alasan untuk mengelak daripada membayar wang yang dijanjikan kepada Sarawak.
Beliau bertanya sama ada Guan Eng takut sekiranya Sarawak menjadi kaya dalam sekelip mata jika diberikan haknya.
“Kami tuntut semua yang menjadi hak kami seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kami juga mahu janji yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-14 dahulu ditunaikan,” katanya.
Nancy juga mengingatkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen bahawa beliau pernah berkata Sarawak tidak perlu mengemis bagi mendapatkan royalti 20% itu sekiranya PH menang pilihan raya.
“Beliau mengulangi kenyataan serupa dalam satu klip video. Semua rekod ini masih ada,” katanya kepada FMT.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/15/guan-eng-digesa-berhenti-salahkan-bn-kerana-pakatan-gagal-tunai-janji/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng Hutang Salahkan Kerajaan Dahulu

Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng Hutang Salahkan Kerajaan Dahulu

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 282 hits
Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng Hutang Jadi Sandiwara Kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu terbeban kerana terpaksa menanggung hutang yang tinggi mencecah RM2 bilion warisan daripada keraja...
Annuar Jemput Guan Eng Hadir Perasmian Piagam Umno Pas

Annuar Jemput Guan Eng Hadir Perasmian Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 336 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media khas sempena Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata Pahang foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR UMNO menjemput pimpinan parti kerajaan termasuk Lim G...
Mari Berdebat Jangan Lari Ka Siong Cabar Guan Eng Dan Km Pulau Pinang

Mari Berdebat Jangan Lari Ka Siong Cabar Guan Eng Dan Km Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 303 hits
Terus siasat skandal terowong dasar laut Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekali lagi digesa menyiasat skandal terowong dasar laut Pulau Pinang Gesaan itu dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong y...
Guan Eng Semakin Hilang Kewarasan

Guan Eng Semakin Hilang Kewarasan

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Lim Guan Eng dilihat semakin hilang kewarasan sejak kempen utamakan barangan keluaran Muslim mendapat sokongan ramai Pemerhati politik Azizi Safar berkata pemimpin Pakatan Harapan khususnya Menteri Kewangan itu seolah olah tida...
Rombakan Kabinet Saifuddin Ke Kdn Guan Eng

Rombakan Kabinet Saifuddin Ke Kdn Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 416 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dikhabarkan akan berpindah ke Kementerian Dalam Negeri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam rombakan Kabinet yang bakal diumumkan oleh P...
Tolak Kempen Boikot Utamakan Barangan Malaysia Guan Eng

Tolak Kempen Boikot Utamakan Barangan Malaysia Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 344 hits
Rakyat diseru menolak kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam atau Bumiputera dan mengutamakan pembelian barangan Malaysia Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kempen itu yang kononnya dijalankan pihak tertentu adalah tida...
Negative Pr Agency For Guan Eng Blame Game Th Isi Bakul Sendiri

Negative Pr Agency For Guan Eng Blame Game Th Isi Bakul Sendiri

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 468 hits
Lim Guan Eng s response to the so called boycott of non Bumiputera product campaign came off as different messages to be disseminated to different language media Hard on the English media but softer on the Malay media Did he hired a PR agen...
Skandal Rm450 Juta Beranikah Guan Eng Dap

Skandal Rm450 Juta Beranikah Guan Eng Dap

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 308 hits
Beberapa perkara yg diajar oleh ahli ahli politik PH DAP apabila berdepan dengan skandal ialah spin selagi boleh jangan mengaku salah tunding jari ke pihak lain dan soalan dijawab dengan soalan Ini yang berlaku di ketika rakyat menyambut Ha...
Untuk Mak Hang Janji Beratus Kali Pun Pak Tewas Kisah Ayah Ikrar Berhenti Merokok Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak

Untuk Mak Hang Janji Beratus Kali Pun Pak Tewas Kisah Ayah Ikrar Berhenti Merokok Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 365 hits
Seperti yang telah diketahui dan cukup terbukti di kertas kertas kajian sains merokok adalah salah satu perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan Pelbagai penyakit kronik yang boleh didapati akibat daripada menghisap rokok Angka kematian a...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor