Guan Eng Bidas Kenaikkan Opr Untungkan Bank Saja Katanya



KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, mempertikaikan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak tiga peratus kerana tindakan itu tidak menguntungkan rakyat, sebaliknya hanya sektor perbankan.
Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan, menegaskan tiada sebab untuk BNM menaikkan OPR ketika ini, apabila inflasi teras sudah mampu dikawal secara perlahan, malah menghentikan kenaikan OPR pada Januari dan Mac apabila kadar inflasi lebih tinggi.
"Walaupun BNM tidak menaikkan OPR pada Januari dan Mac tahun ini, kedua-dua inflasi utama dan inflasi teras turun ke paras terendah dalam tempoh 34 bulan lalu, masing-masing pada kadar 3.4 peratus dan 3.8 peratus pada Mac lalu.
"Kenaikan OPR ini tidak menguntungkan sesiapa kecuali keuntungan sektor perbankan. Malah, penganalisis di Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menganggarkan dalam tempoh satu tahun pendapatan hadapan, kenaikan kadar 0.25 peratus akan melonjakkan keuntungan bersih bank itu sebanyak 3.7 peratus atau lebih sedikit daripada RM1 bilion kepada RM30.07 bilion daripada RM28. 99 bilion yang diunjurkan sebelum ini. Adakah bank tidak memperoleh keuntungan yang mencukupi?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 5 Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM membuat keputusan di luar jangkaan dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Kenaikan OPR itu adalah pertama bagi tahun ini selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu telah dikekalkan pada Januari dan Mac lalu pada paras 2.75 peratus.
BNM berkata, ekonomi global terus didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh serta pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.
Guan Eng berkata, wujud kekeliruan mengenai kenaikan OPR sekarang untuk mengawal inflasi teras, apabila inflasi teras sebenarnya menyederhana tanpa sebarang kenaikan OPR, kepada 3.9 peratus pada suku pertama 2023 berbanding suku akhir pada 2022 sebanyak 4.2 peratus.
Selanjutnya, katanya terdapat dua jeda kadar faedah tanpa kenaikan OPR oleh BNM pada Januari dan Mac 2023, walaupun inflasi teras lebih tinggi pada 4.2 peratus pada suku akhir 2022 berbanding 3.9 peratus pada suku pertama 2023.
Justeru, katanya normalisasi kadar dasar semalaman (OPR) secara pramatang BNM tidak membantu membendung penyusutan nilai ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) malah mungkin menjejaskan kos pinjaman, mengekang pengembangan perniagaan dan merencat pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Katanya, pengukuhan nilai ringgit antara yang disebut sebagai asas menaikkan OPR, namun boleh diperhatikan dalam tempoh tiga minggu, nilai ringgit telah merosot daripada RM4.45 pada 3 Mei kepada RM4.58 hari ini.
"Sehingga hari ini banyak perniagaan yang terjejas akibat kejatuhan nilai ringgit masih menunggu maklum balas BNM.
"Hujah utama Bank Negara untuk kenaikan OPR adalah keperluan untuk mengekang inflasi teras dan melaksanakan normalisasi kadar dasar semalaman berikutan pemulihan ekonomi sepenuhnya daripada pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata, wujud kebimbangan sebenar sama ada kenaikan OPR terkini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi yang mampan, menjadikan lebih sukar bagi Malaysia untuk mengulangi pertumbuhan KDNK suku pertama yang memberangsangkan sebanyak 5.6 peratus pada suku kedua 2023.
"Menurut S&P Global Market Intelligence, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia yang diselaraskan mengikut musim kekal di bawah paras 50 mata yang memisahkan pengembangan dan penguncupan bulanan, dengan indeks tidak berubah pada 48.8 pada April 2023.
"Ini adalah isyarat amaran bagi sektor pembuatan Malaysia yang lemah pada permulaan suku kedua tahun ini, disokong oleh pertumbuhan perdagangan April 2023 yang jatuh sebanyak 14.5 peratus tahun ke tahun kepada RM198 bilion di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/guan-eng-bidas-kenaikkan-opr-untungkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Opr Apabila Bank Islam Tidak Mampu Membantu

Opr Apabila Bank Islam Tidak Mampu Membantu

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 347 hits
OPR menjadi sebutan dan kesan kenaikan OPR juga bakal dirasai oleh seluruh rakyat malaysia Beberapa persoalannya adalah Kenapa OPR terkesan kepada pemimjan sedia ada sedangkan OPR dibuat untuk mengelak daripada rakyat membuat loan Tetapi ya...
Guan Eng Kedah Mb Sanusi S Claim On Penang Upsetting And Insulting Locals Challenges State S Sovereignty

Guan Eng Kedah Mb Sanusi S Claim On Penang Upsetting And Insulting Locals Challenges State S Sovereignty

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 341 hits
DAP s Lim Guan Eng says Sanusi s statement has not only upset and insulted the people of Penang but he also challenged the sovereignty of Penang threatened the unity of the country and even disrespected the Federal Constitution Picture by H...
Ringgit Tertekan Kenaikan Opr Rakyat Tertekan Bank Tersenyum

Ringgit Tertekan Kenaikan Opr Rakyat Tertekan Bank Tersenyum

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 234 hits
Kenaikan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3 00 peratus yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 3 Mei lalu tidak menguntungkan sesiapa kecuali sektor perbankan Pnganalisis di Hong Leong Investment Bank Bhd menganggark...
Guan Eng Problem Isn T Really Hadi Anymore

Guan Eng Problem Isn T Really Hadi Anymore

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 267 hits
On May 10 DAP chairperson Lim Guan Eng urged the people to lodge police reports against PAS president Abdul Hadi Awang for his continuous incendiary attacks against non Muslims Hadi is so desperate to disrupt destabilise and even destroy th...
Prove Muhyiddin S 80pct Support Claim Wrong Guan Eng Urges Penang Govt

Prove Muhyiddin S 80pct Support Claim Wrong Guan Eng Urges Penang Govt

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 261 hits
The Penang state government has been called on to put its shoulder to the wheel to defeat Perikatan Nasional in the looming state polls DAP chairperson Lim Guan Eng said the northern state must prove that PN chairperson Muhyiddin Yassin s c...
Court Defers Verdict On Azeez S Appeal In Defamation Suit Against Guan Eng

Court Defers Verdict On Azeez S Appeal In Defamation Suit Against Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 346 hits
On Dec 11 2020 the Penang High Court dismissed ex Baling MP Abdul Azeez Rahim s defamation suit against DAP chairman Lim Guan Eng in connection with the construction of the Penang undersea tunnel project PUTRAJAYA The Court of Appeal has de...
Guan Eng Tells Penang Water Authority To Step Up

Guan Eng Tells Penang Water Authority To Step Up

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 234 hits
Former Penang chief minister Lim Guan Eng has urged the state water authority to improve its crisis management and contingency planning to reduce the impact of sudden water cuts The recent breakdown in water supply in many parts of Penang i...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business