Gst Marilah Kita Belajar Dari Sejarah



Kebanyakan pemerhati dan penganalisis politik negara berpendapat, faktor kekalahan BN pada PRU-14 ialah penangan kira-kira 1.7 juta pengundi yang pertama kali keluar mengundi.

Boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka merupakan pengguna media sosial yang tegar.

Tambahan pula, kira-kira 40 peratus pengundi berumur 40 tahun ke bawah yang menjadi penentu penting dalam PRU kali ini. Percaya atau tidak, mungkin tsunami besar hadir daripada mereka ini yang telah mendominasi saluran 4, 5 dan 6 di pusat-pusat mengundi di seluruh negara.

Majoriti mereka ini adalah golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) yang berdepan cabaran hidup di bandar. Mereka inilah yang terpaksa mengharungi keperitan hidup angkara Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga barang selain harga petrol yang tidak menentu.

Selain itu beberapa isu berprofil tinggi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal RM2.6 bilion serta polemik yang membelenggu beberapa agensi kerajaan, antaranya Felda dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), menjadi antara faktor majoriti rakyat Malaysia bertindak ‘membenam’ BN.

Menyedari isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) ditolak majoriti rakyat, ianya dijadikan bahan kempen dan digunakan 'semaksimumnya' oleh Pakatan Harapan (PH) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk mempengaruhi sokongan rakyat.

Dari ceruk kampung sehinggalah ke bandar-bandar di seluruh negara, isu GST dimainkan. Sehinggakan Lim Guan Eng sendiri pernah dua kali menyanyi dan menari lagu GST sebagai tanda bantahan terhadap pelaksanaan cukai itu.

Pengerusi HARAPAN yang juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia suatu ketika dahulu pernah menyaksikan pembangunan tanpa perlu melaksanakan GST.

Beliau juga berkata GST meningkatkan kos sara hidup dan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan," katanya.

Menurut Mahathir, pemansuhan GST yang dirancang HARAPAN tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara.

"Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salah guna ini menjadi begitu besar menjelang PRU14," katanya.

Jadi.. sebaik sahaja memenangi PRU-14 yang juga dikatakan antara faktornya adalah disebabkan kempen GST, kerajaan PH bertindak memansuhkan cukai itu dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ramai beranggapan pada Malaysia Baharu, GST hanya menjadi sejarah.

Malangnya.. setelah setahun, entah tiba-tiba isu GST kembali diperkatakan. Ironinya, nada para pemimpin PH pula kini nampak berbeza terhadap cukai itu yang sebelum ini dikatakan sebagai zalim dan menindas rakyat.

Tun Mahathir hari ini dilaporkan berkata..

Kerajaan akan mengkaji untuk melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika itulah yang dimahukan rakyat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Kalau rakyat merasakan ia lebih baik kita akan mengkajinya.

"(Berkenaan) GST ini, kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada (ia) lebih baik daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan)," katanya ketika ditanya berkenaan cadangan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) agar cukai GST dengan kadar tiga peratus dimasukkan dalam Belanjawan 2020.

Marilah kita belajar dari sejarah...

Kisah bagaimana sebuah kerajaan baru yang dibentuk hanya bertahan satu penggal saja sudah ada di depan mata. Parti Demokrat Jepun (DPJ) yang muncul menjadi kerajaan popular dalam pilihan raya Jepun 2009 menewaskan Parti Liberal Demokrat (LDP) yang begitu lama menguasai kerajaan. Namun DPJ hanya mampu bertahan sepenggal sahaja dan hilang kuasa pada tahun 2012.
Punca kekalahannya sama seperti yang kita saksikan hari ini dalam kerajaan PH. Antara faktor utamanya ialah krisis dalaman dan perkelahian terbuka antara anggota parti sehingga rakyat bosan dan meluat. Dan mereka masih menyangka bahawa rakyat masih tetap bersama dengan mereka atas sentimen bahawa tidak mungkin rakyat akan kembali semula memilih LDP untuk memerintah Jepun, kerana LDP telah memerintah terlalu lama dan diselubungi dengan pelbagai isu dan skandal sejak tahun 1955 lagi. Kedua, DPJ tenggelam punca dan ketidakmampuan untuk melaksanakan semua janji-janji perubahan. Mereka telah menjanjikan langit dan bintang kepada rakyat Jepun, ketika sentimen kebencian terhadap LDP memuncak ketika itu. Akhirnya DPJ (yang terdiri dari pelbagai gabungan parti itu) terperangkap dalam paradok janji reformasi terhadap rakyat. Rakyat hanya menyaksikan perubahan parti politik tetapi polisi masih sama. Pada pilihan raya 2012, LDP kembali berkuasa. Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan menjadi pemerintah sejak tarikh tersebut, rakyat akhirnya kembali memberi kepercayaan kepada LDP untuk mentadbir Jepun hinggalah sekarang. Dan LDP belajar dari kelemahan dan kesilapan lalu. Ia mulai berkembang dengan meluaskan jaringan kerjasama dengan parti-parti lain seperti New Conservative Party (Hoshu Shinto) dan Buddhist New Komeito pada tahun 2003. Selepas kekalahan pada pilihan raya 2009, LDP kembali semula ke pentas politik nasional dan bekerjasama dengan sebuah parti New Komeito pada pilihanraya 2012. DPJ yang masih dibuai oleh anggapan palsu bahawa rakyat masih menyokong hanya mampu melihat kemenangan mutlak LDP kembali berkuasa. Mengambil kisah dari LDP ini, PH tidak boleh terlalu angkuh menganggap bahawa rakyat masih bersama dengan mereka.
Fikir-fikirkan....

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/gst-marilah-kita-belajar-dari-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Hargai Anak Dengan Sandwich Method Hasilnya Anak Jadi Superb

Belajar Hargai Anak Dengan Sandwich Method Hasilnya Anak Jadi Superb

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 327 hits
Anak anak zaman ini sememangnya lain cara didikannya berbanding zaman dahulu Kini anak anak semakin membesar dengan bijak malah lebih handal bermain dengan emosi ibu bapa Jadi sebagai ibu dan bapa di zaman melinial ini kita juga perlu mener...
Terduga Teroris Di Cilincing Belajar Rakit Bom Di Jawa Timur

Terduga Teroris Di Cilincing Belajar Rakit Bom Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 178 hits
Tim Densus 88 Antiteror menangkap terduga teroris MA di Jalan Belibis V Semper Barat Cilincing Jakarta Utara Dia duga masuk jaringan Jamaah Ansharut Daulah dan belajar merakit bom di Jawa Timur
Aliff Aziz Masuk Kelas Agama Belajar Mengaji

Aliff Aziz Masuk Kelas Agama Belajar Mengaji

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 354 hits
Hampir empat bulan bercerai namun kehidupan Bella Astillah dan Aliff Aziz masih lagi menjadi perhatian ramai Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri The post appeared first on
Viral Chat Ibu Dan Anak Yang Lagi Diskusi Soal Ruu P Ks Kadang Yang Tua Perlu Belajar Dari Yang Muda

Viral Chat Ibu Dan Anak Yang Lagi Diskusi Soal Ruu P Ks Kadang Yang Tua Perlu Belajar Dari Yang Muda

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 357 hits
Persoalan apa pun baiknya memang diobrolin dengan orang tuamu jangan malah dipendem sendiri Bahaya
Kunjungi Bukalapak Mantan Pm Australia Belajar Soal Inovasi Perekonomian Digital

Kunjungi Bukalapak Mantan Pm Australia Belajar Soal Inovasi Perekonomian Digital

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 162 hits
Bukalapak menjadi salah satu tujuan kunjungan Turnbull di Indonesia dalam rangka mempelajari lebih jauh mengenai peran penting Bukalapak dalam memperkokoh perekonomian digital melalui Mitra Bukalapak dan pasar daringnya
Badan Bersemangat Makin Banyak Akal Ainul Dah Mula Nak Belajar Makan

Badan Bersemangat Makin Banyak Akal Ainul Dah Mula Nak Belajar Makan

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 246 hits
Setiap kali ada perkembangan kesihatan terbaru mengenai Ainul Mardhiah pastinya ia menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia Cinta hati kesayangan rakyat ini semakin hari semakin menunjukkan perubahan positif dan nampaknya telah berjaya mel...
Sejarah Terpahat Mempertahan Penyamun Padahnya Bungkus

Sejarah Terpahat Mempertahan Penyamun Padahnya Bungkus

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 248 hits
Several employees had packed up yesterday and the company is expected to make an official announcement today
Kejahilan Mahathir Tentang Sejarah Or Ignorance Par Excellence

Kejahilan Mahathir Tentang Sejarah Or Ignorance Par Excellence

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 242 hits
Now if Mahathir s theory that Malaya was colonised because the Malays were divided is correct what happened in Hong Kong China was not divided into three kingdoms There was only one very powerful Chinese kingdom So how were the British able...
Sriwijaya Harta Karun Peninggalan Era Kerajaan Dijual Ke Toko Emas Mata Rantai Sejarah Putus

Sriwijaya Harta Karun Peninggalan Era Kerajaan Dijual Ke Toko Emas Mata Rantai Sejarah Putus

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 407 hits
Masyarakat Kabupaten Ogan Komering Ilir Sumatera Selatan berbondong bondong memburu harta karun di lahan bekas kebakaran hutan dan lahan Harta karun yang diyakini peninggalan Kerajaan Sriwijaya itu berupa cincin manik manik hingga lempengan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri