Gred Purata Sekolah Maksud Cara Kiraan Kepentingan
Setiap kali keputusan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, kita pastinya akan melihat banyak media arus perdana membandingkan Gred Purata Sekolah atau singkatannya (GPS) antara sekolah-sekolah.
Sekolah yang mencatatkan GPS lebih kecil akan berada di kedudukan yang lebih tinggi berbanding sekolah lain.
Persoalannya, apakah Gred Purata Sekolah ini dan bagaimanakah ianya dikira?
Maksud dan konsep Gred Purata Sekolah (GPS)
Gred Purata Sekolah (GPS) ialah nilai pencapaian gred secara keseluruhan yang melibatkansemua mata pelajaran yang diduduki oleh semua murid dalam sesuatu peperiksaan.
GPS dikira dengan mengambil purata gred yang diperoleh oleh semua pelajar dalam sesuatu sekolah untuk semua subjek dalam peperiksaan/
Lebih rendah nilai GPS, lebih baik prestasi sekolah tersebut.
GPS dikira daripada bilangan murid memperoleh gred A+ hingga G di setiap sekolah. Berdasarkan bilangan murid dan nilai disetarakan, sekolah memiliki nilai GPS kecil akan dirankingkan pada kedudukan di atas daripada sekolah memiliki nilai GPS lebih besar.
Contoh dan cara pengiraan
Berikut merupakan contoh pengiraan Gred Purata Sekolah (GPS) untuk seorang murid. Bagi mendapatkan GPS bagi sesebuah sekolah, maka purata GPS untuk semua murid akan dikira.
Artikel berkaitan: Julat Pemarkahan & Gred SPM 2024
Kepentingan GPS, GPN dan GPMP
Gred Purata Sekolah (GPS) secara umumnya boleh digunakan untuk membandingkan pencapaian sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain.
Selain daripada GPS, terdapat juga kiraan lain yang menggunakan konsep yang sama seperti Gred Purata Negeri (GPN) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang masing-masing digunakan untuk melihat prestasi sesebuah negeri dan mata pelajaran.
Gred Purata Negeri (GPN) boleh digunakan untuk membandingkan prestasi sesebuah negeri daripada tahun semasa ke tahun-tahun sebelumnya dan membandingkan pencapaian sesesbuah negeri dengan negeri yang lain.
Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pula berfungsi untuk melihat pencapaian murid untuk sesuatu mata pelajaran itu dan membandingkan dengan prestasi tahun-tahun sebelumnya.
GPMP boleh dijadikan input kepada pihak yang berkaitan untuk membuat refleksi dan penilaian untuk menambahbaik sesuatu mata pelajaran itu.
Kritikan terhadap GPS
Setiap kali keputusan SPM diumumkan, ianya pastinya diiringi dengan ranking sekolah terbaik yang biasanya disusun berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS).
Walau bagaimanapun, tidak raamai yang tahu bahawa senarai ranking itu sebenarnya tidak dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).
Penerbitan ranking ini mendorong kepada amalan perbandingan antara sekolah walaupun ia tidak bersifat konklusif dalam menggambarkan kualiti kecemerlangan.
Ini kerana pengiraan GPS turut bergantung kepada bilangan keseluruhan murid menduduki peperiksaan dan bilangan murid mendapat gred G.
Di samping itu, nilai GPS sekolah tidak wajar dibandingkan kerana penawaran mata pelajaran di setiap sekolah juga berbeza.
Walaupun ranking dibuat adalah antara kategori sekolah sama seperti sekolah berasrama penuh (SBP), ada sekolah menawarkan hanya sembilan mata pelajaran, sedangkan sekolah lain menawarkan hingga 12 mata pelajaran bagi calon SPM.
Oleh itu, nilai GPS hanya inklusif untuk sekolah masing-masing, sekali gus menjadikan penyenaraian berdasarkan kedudukan itu tidak wajar dilakukan kerana setiap sekolah mempunyai ciri berbeza dalam menentukan pengiraannya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/gred-purata-sekolah-gps/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gred-purata-sekolah-gps