Graduan Ijazah Lalui Masa Sukar Dengan Gaji Rm1 000 Sebulan


Siva Selan Duit tidak pernah cukup, tetapi asalkan dia dan keluarganya sihat dan selamat, ia sudah memadai.

Jenny terpaksa melupakan cita-cita untuk bekerja di Pulau Pinang demi menjaga kedua-dua ibu bapa yang diserang angin ahmar. Selepas Jenny bergelar graduan universiti dan menerima ijazah bersama rakan seangkatannya, dia tidak pernah terfikir akan meraih pendapatan lebih rendah daripada gaji minima.
Tetapi, ketika negara memasuki minggu keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, ketika kerajaan meneruskan usaha membendung peningkatan jangkitan Covid-19, dia bersyukur dengan gaji yang diterimanya.
Lulusan bahasa Inggeris berusia 27 tahun itu kini bekerja sebagai seorang guru tuisyen di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak.
Biarpun RM1,000 sebulan kelihatan kecil jika hendak dibandingkan dengan gaji purata seorang graduan baru berjumlah RM2,500 di negeri lain, Jenny tetap realistik.
“Kampung halaman saya hanyalah tempat kecil dan tidak banyak peluang pekerjaan di sini,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Oleh itu ijazah sarjana muda saya tidak banyak membantu untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji lumayan.”
Jenny sudah menjadi guru tuisyen sebelum pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.
“Saya mempunyai jumlah murid agak ramai dan gaji yang diterima agak baik – masih rendah, tetapi memadai.”
Semuanya berubah selepas pandemik melanda dan keadaan menjadi semakin sukar.
“Ramai murid mula berhenti selepas ibu bapa merasakan anak-anak mereka tidak banyak belajar daripada kelas dalam talian” katanya.
Pada Disember tahun lalu, dia hanya memperoleh RM800.
Dia satu-satunya dalam keluarga berlima itu mencari nafkah, bekerja keras berjimat-cermat setiap sen wang yang diperoleh.
Kedua ibu bapanya menghidap penyakit angin ahmar, sudah tidak lagi mampu menyara keluarga kerana pergerakan yang terbatas.
Dia mempunyai dua adik lelaki yang masih di bangku sekolah.
Masing-masing berusia 17 tahun dan 10 tahun.
Pada Disember tahun lalu, dia hanya memperoleh RM800.Apabila mendapat gaji setiap bulan, sebahagian besar akan digunakan untuk perbelanjaan barang rumah.
“Selepas memberikan RM800 kepada keluarga, baki yang tinggal RM200 akan digunakan untuk membayar bil telefon dan membeli makanan,” katanya tanpa berselindung mengenai keadaan dirinya.
“Wang itu memang tidak mencukupi untuk menyara seluruh keluarga.”
Namun, dia teringat kembali, ibunya sebelum ini yang bekerja menyara keluarganya.
Ketika Jenny masih belajar, ibunya mengusahakan sebuah gerai mi sekian lama sebelum perniagaan mula merosot.
Ibunya bekerja seorang diri kerana ayahnya sudah sakit ketika itu.
Hari demi hari makin kurang pelanggan datang, sehingga mereka terpaksa memberhentikan pekerja bagi memastikan perniagaan terus bertahan.
“Kami mempunyai pekerja ketika itu sebelum perniagaan merosot, kami terpaksa memberhentikannya dan melakukan kerja sendiri.”
Tidak lama selepas itu, ibu Jenny diserang strok yang menyebabkan bahagian sebelah kanan badannya lumpuh.
Masih segar dalam ingatan Jenny pada hari dia menerima panggilan daripada adiknya memberitahu ibu mereka dimasukkan ke hospital.
“Saya tidak dapat balik untuk melihatnya kerana minggu itu ada peperiksaan,” katanya.
Pada 2018, Jenny habis latihan magangnya di sebuah agensi perhubungan awam di Pulau Pinang.
Dia merancang untuk memulakan kerjaya di sana untuk menyara keluarga tetapi semuanya berubah apabila menerima panggilan telefon kedua dari kampung.
“Kali ini, ibu menelefon memberitahu ayah sekali lagi diserang angin ahmar, dan dia tidak lagi boleh berjalan.”
Ini menyebabkan rancangannya untuk bekerja di Pulau Pinang terpaksa dilupakan.
Sebaliknya, dia pulang ke kampung bagi menjaga kedua ibu bapanya.
“Saya tidak dapat balik untuk melihatnya kerana minggu itu ada peperiksaan,” katanya.Disebabkan mereka tergolong sebagai orang kurang upaya, mereka menerima bantuan kewangan daripada jabatan kebajikan setiap bulan.
Sedikit sebanyak is membantu menyediakan makanan di atas meja, ditambah dengan pendapatan Jenny bagi membolehkan mereka mengharungi sampai ke bulan berikutnya.
Ia satu kehidupan yang sukar tetapi Jenny tidak pernah mengeluh.
“Walaupun keadaan tidak segembira mana, saya masih bersyukur,” katanya.
“Sekurang-kurangnya pekerjaan saya tidak terkesan ketika pandemik, dan masih mampu menyara keluarga setiap bulan untuk menyediakan makanan.”
Sedikit sinar buat dirinya apabila ibunya perlahan-lahan kembali pulih daripada strok.
Kini dia sudah boleh berdiri dan berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat.
“Walaupun kami kelihatan seperti lebih bergelut berbanding orang lain, saya bersyukur selagi kami sihat dan selamat.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/graduan-ijazah-lalui-masa-sukar-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Busuk Busuk Pun Gaji Elaun Menteri Rm50 000 Ke Atas Sebulan

Busuk Busuk Pun Gaji Elaun Menteri Rm50 000 Ke Atas Sebulan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 292 hits
ARIF ATANTokoh wartawan Datuk Abdul Kadir Jasin membidas dakwaan Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mendakwa ekonomi negara kononnya baik baik sahaja Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Berhad itu secar...
Lelaki Jual Baju Tiruan Kaut Untung Rm80 000 Sebulan

Lelaki Jual Baju Tiruan Kaut Untung Rm80 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 291 hits
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL ANTARA baju tiruan yang dijual seorang lelaki dan mampu mengaut keuntungan puluhan ribu berjaya dirampas KPDNHEP Selangor dalam serbuan di sebuah kediaman kawasan elit di Bandar Rimbayu Kota Kemuning Selangor pagi ...
5351 Pinjam Rm1 000 Bayar Dah Lebih Rm100 000 Harian Metro 29 01 2021

5351 Pinjam Rm1 000 Bayar Dah Lebih Rm100 000 Harian Metro 29 01 2021

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 336 hits
Kuala Lumpur Perah sampai kering Itu istilah digunakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia merujuk kepada ceti haram atau along yang semakin rancak mengenakan caj tinggi kepada peminjam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ketua aktiv...
Dulu Kena Tinggal Dek Kekasih Gaji Rm1 5k Now Jadi Lecturer Dah Ada 2 Biji Kereta Beli Kondo Baru Bertunang

Dulu Kena Tinggal Dek Kekasih Gaji Rm1 5k Now Jadi Lecturer Dah Ada 2 Biji Kereta Beli Kondo Baru Bertunang

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 270 hits
Setiap orang pastinya pernah menempuh fasa hitam dalam hidup masing masing Ada yang melibatkan hal peribadi dan ada juga yang terkesan dalam ekonomi Seperti yang dilalui oleh gadis ini yang berkongsi di laman Twitter miliknya dia berkongsi ...
Terbang Rm1 000 Seorang

Terbang Rm1 000 Seorang

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 139 hits
TERBANG RM1 000 SEORANG KOTA TINGGI Tak sayang RM1 000 Seramai 25 individu tetap berdegil dan tidak mematuhi SOP Akibatnya mereka dikompaun RM1 000 seorang kerana didapati berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial di Taman Tasik Tam...
Gaji Sumareh Cecah Rm163 000 Keputusan Fifa Arah Pbnp Bayar Rm4 9 Juta Agak Besar

Gaji Sumareh Cecah Rm163 000 Keputusan Fifa Arah Pbnp Bayar Rm4 9 Juta Agak Besar

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa yang mengarahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang membayar sehingga RM4 9 juta kepada bekas pemainnya Mohamadou Sumareh jelas menimbulkan satu persoalan yang begitu besar Ini kerana...
Raise Rm1 000 Fine On Mco Offenders Says Igp

Raise Rm1 000 Fine On Mco Offenders Says Igp

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 181 hits
The IGP Abdul Hamid Bador says he has told police to issue summonses and not to let anyone off with a warning KUALA LUMPUR Police believe it is time to raise the current compound fine of RM1 000 imposed on offenders flouting movement contro...
Bukan Rm1 2 Juta Tapi Hanya Rm17 000 Dirampas

Bukan Rm1 2 Juta Tapi Hanya Rm17 000 Dirampas

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 308 hits
Semalam 16 Feb 2021 Portal MalaysiaNow telah melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan pemimpin PKR negeri yang pernah menjadi pegawai tugas tugas khas kepada bekas bekas menteri air tanah dan sumber asli Xavier Jayak...
Shuib Dan Isteri Siti Sarah Di Denda Rm1 000 Seorang Langgar Sop Dalam Restoran Di Lipis

Shuib Dan Isteri Siti Sarah Di Denda Rm1 000 Seorang Langgar Sop Dalam Restoran Di Lipis

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 268 hits
LIPIS Pasangan selebriti Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya Siti Sarah Raissuddin masing masing didenda RM1 000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach