Gracias Barcelona



Filem Gracias Barcelona bakal menemui penonton bermula 13 Januari ini di Astro First saluran 480. Mempertaruhkan gandingan pelakon Kamal Adli dan Fathia Latiff. Ia mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati. Malah, ia turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan baru dalam menempa alam perkahwinan

Gracias Barcelona menjalani sesi penggambaran di Barcelona, Sepanyol dan tentunya ia memaparkan sinematografi menarik buat tontonan. Antara lokasi popular yang menjadi latar seperti La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic

Filem ini turut diiringi dengan lagu tema utama bertajuk ‘Gracias Barcelona’, nyanyian Nadia Hasnan, lirik oleh Leaism dan komposer oleh El Moe Hussaini. Mengikut tema filem, lagu ini turut digubah mengikut rentak Spanish, Flamenco dan Latin

Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Astro First bermula 13 Januari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang

Gracias BarcelonaGenre: Drama RomantikTarikh Tayangan: 13 Januari 2022Rangkaian: Astro First 480Cerita Asal: Mimi Azura Ahmad TajudinSkrip: M.F KencanaLakon Layar: M.F KencanaPengarah: Feroz KaderProduksi: Azura Pictures Sdn Bhd
Barisan PelakonKamal Adli sebagai KamalFathia Latiff sebagai FatihaAfiq Muiz sebagai AdamBell Ngasri sebagai Azraf
Lagu Tema OSTLagu : Gracias BarcelonaPenyanyi : Nadia HasnanLirik : LeaismKomposer : El Moe Hussaini
Sinopsis Gracias BarcelonaCinta Kamal dan Fatiha berputik sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan tergugat apabila kembali ke tanah air. Dalam usia yang masih muda dan kesempitan hidup, Fatiha tewas dengan ujian dan dugaan alam perkahwinan apabila dia memilih untuk mengejar kesenangan dan godaan orang ketiga. Tinggallah Kamal dengan kasih setia yang terpahat dan tersimpul mati di dalam hatinya

. . . . .
Kamal bertemu Fatiha di Barcelona, Sepanyol ketika mereka menjadi pelajar di Universiti yang sama. Pertemuan yang pada mulanya tiada membibitkan apa-apa perasaan, akhirnya bertukar kepada rasa cinta. Demi menghalalkan sebuah perhubungan, terutama ketika di negara asing, mereka mengambil keputusan untuk bernikah tanpa pengetahuan keluarga di tanah air. Kasih sayang Kamal terhadap Fatiha terlalu mendalam, tiada yang dapat memisahkan mereka dan sanggup berkorban apa saja demi Fatiha. Kehidupan dan dugaan hidup di negara asing berlainan, tiada dugaan dari keadaan sekeliling atau dari pihak ketiga. 
Sekembalinya mereka ke tanahair, Fatiha sedang mengandung. Keluarga yang terasa dipinggirkan kerana tidak diberitahu akan perkahwinan mereka, mula menyisihkan diri. Tidak seperti yang dijangkakan, walaupun Kamal dan Fatiha mempunyai ijazah luar negara, sekembalinya mereka ke Malaysia, mereka masih tidak mendapat peluang pekerjaan yang berpatutan dengan kelayakan mereka. Hiduplah Kamal dan Fatiha dalam serba kesempitan, apatah lagi dengan kehadiran bayi. 
Dugaan dan ujian mula mendatang apabila dihimpit kesempitan hidup. Kasih Fatiha terhadap Kamal mula tergugat. Barulah Fatiha rasakan yang dia belum bersedia untuk hidup bekeluarga dan membesarkan seorang bayi dalam usia muda. Naluri mudanya mula mendambakan kesenangan hidup, tidak mahu memikul tanggungjawab membesarkan bayi dan hidup dalam kesempitan dengan suami yang tidak dapat memberinya kesenangan hidup. 
Kehadiran kekasih lama Adam menambahkan konflik cinta Kamal dan Fatiha. Fatiha meninggalkan suami dan anak demi mengejar kesenangan hidup, lupa segala janji pada Kamal untuk sentiasa setia hidup bersama dalam susah dan senang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.myinfotaip.com/2022/01/gracias-barcelona.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fathia Latiff Kembali Bercinta Dengan Kamal Adli Di Sepanyol Dalam Gracias Barcelona

Fathia Latiff Kembali Bercinta Dengan Kamal Adli Di Sepanyol Dalam Gracias Barcelona

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 482 hits
Sebuah filem romantik drama berjudul Gracias Barcelona bakal menemui penonton bermula 13 Januari ini di pawagam rumah anda platform Astro First saluran 480 Filem terbitan Azura Pictures ini mempertaruhkan gandingan Pelakon Filem Wanita Popu...
Telefilem Gracias Barcelona

Telefilem Gracias Barcelona

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 572 hits
Nantikan Gracias Barcelona Akan Datang 13 Januari ini hanya di Astro First Saluran 480 Di Pawagam Rumah Anda kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati
Movie Gracias Barcelona Lakonan Kamal Adli Fathia Latiff

Movie Gracias Barcelona Lakonan Kamal Adli Fathia Latiff

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 1161 hits
Tonton Filem Gracias Barcelona bakal menemui penonton bermula 13 Januari ini di Astro First saluran 480 Mempertaruhkan gandingan pelakon Kamal Adli dan Fathia Latiff Ia mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan...
Filem Gracias Barcelona

Filem Gracias Barcelona

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 692 hits
Filem Gracias Barcelona full movie ditayangkan di saluran 480 Astro First bermula hari ni 13 Januari Filem Gracias Barcelona dibintangi pelakon utamanya Kamal Adli dan Fathia Latiff Untuk menonton Filem Gracias Barcelona boleh melanggan sal...
Barcelona Bergelut Atasi Pasukan Kerdil

Barcelona Bergelut Atasi Pasukan Kerdil

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 229 hits
Madrid Barcelona bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan pasukan divisyen ketiga Linares 2 1 sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir Copa del Rey New Straits Times Press Bhd Klik sini untuk baca artikel penuh Sumber
Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Marjeena Cafe Parit Buntar

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fountain Of Youth Dalam Islam Legenda Ainul Hayat Dan Misterinya

Keseimbangan Dalam Kehidupan Muslim

7 Perkara Kecil Tapi Penting Sebelum Naik Motor Jarak Jauh

Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Hukum Shalat Di Belakang Imam Yang Shalat Duduk

Texas88 Types Of Games Available At Agent