Government Of The Day
Kita diajar dari kecil, setiap kali kita mengundi, tujuannya adalah untuk pilih Kerajaan. Parti yang menang, Ketuanya akan jadi Perdana Menteri. Akan lantik Menteri Kabinet lagi.
Cara mengundi kita lain2. Ramai kalangan kita mengundi berdasarkan faktor kaum dan agama. Mereka pilih parti mana yang paling kuat (atau sembang kuat) untuk lindungi kaum atau agama mereka.
Makanya, orang Cina undi parti terpaling Cina, orang Melayu pula undi Parti terpaling Melayu atau terpaling Islam. Pengundi kita senang terbuai dengan naratif kaum dan agama terancam.
********************
Walhal, menjadi Kerajaan goes beyond menjaga satu2 kaum dan agama. Tugas berat nya ialah ia perlu menjaga perihal negara. Ia punya kuasa menentukan kehidupan kita.
Dari penentuan cukai dan bagaimana ia dibelanjakan. Ke menjaga keselamatan awam dan hubungan antarabangsa. Termasuk kerja mereka untuk menghalang civil war/ perang saudara dan perang antara negara.
Dari menjamin pekerjaaan dan memastikan keselamatan makanan. Ke formulasi dasar untuk kepentingan generasi masa depan.
Besar tanggungjawab tu. Barisan Kabinet yang ada perlu mahir dari aspek ekonomi dan perdagangan, diplomasi antarabangsa, perundangan dan perlembagaan.
Perlu juga punya IQ dan EQ tinggi untuk membawa nama Malaysia ke peringkat yang boleh tinggi. Agar semua kita ada negara yang boleh dibanggai.
Makanya, bukan calang2 orang boleh jadi Pemimpin Negara. Ia patutnya diberi kepada mereka yang terbaik, terbijak dan terhandal di kalangan kita.
Namun ini tidak terjadi dewasa ini. Kita dapat Menteri yang tipu sijil lagi. Yang sarat isu korupsi, ada link pula dengan underworld, gangster sana sini.
Ada orang nak Perdana Menteri yang pandai baca doa. Tak kisah la nilai memimpin tiada. Masuk kerja pun balik pukul 3. Nak mengadap wartawan luar negara pun asyik cabut sahaja. Ater macam mana?
***********************
Di negara luar, lepas pilihanraya, politik akan berhenti. Pihak Kerajaan dan Pembangkang, duduk kembali. Untuk bina negara mereka berkolobrasi. Contoh terdekat, Indonesia. Tengokkan bagaimana mereka buat. Unity antara orang politik, buat negara mereka jadi contoh terbaik.
Kita ni pulak, naratif tebuk atap, lepas 9 bulan pun kita dengari. Tak habis2 mereka ini.
Sekarang sudah nampak terang dan nyata, siapakah Government of the Day. Sudah tertutup semua ruang dan peluang nak runtuhkan Kerajaan. Makanya hadaplah jadi Pembangkang. Lakukan tugas semak dan imbang. Jangan lagi dibuat stunt semak dan tumbang.
Untuk pihak Kerajaan. We accept the fact, andalah Kerajaan untuk 5 tahun ini. Ini masanya untuk buktikan diri. Ubahlah negara jadi lebih baik, sejajar dengan janji reformasi.
Kerja kami sebagai pengundi, akan tetap menjadi pengadil. Mana baik kami sokong, mana salah kami bantah.
Kami sokong “Govt of the Day” untuk bina semula negara. Tapi sokongan kami bukan gerenti selamanya. PRU16 nanti kami akan nilai semula.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/09/government-of-day.html