Gosip Panas Tentang Amway
Bila berbicara tentang Amway, apa yang pembaca bayangkan?
1- MLM
2- Kayakan orang atas
3- Barang yang mahal
4- Tak berkesan pada diri
5- Susah nak menjual
6- Dengki sebab takut dia berjaya hasil belian kita
dan bermacam lagi tanggapan yang bermain di fikiran apabila mendengar perkataan Amway.
Yang lagi best, informasi yang kita dapat tu adalah dari mulut kaum kerabat sendiri, kawan-kawan dan hamba Allah yang dikatakan "arif" tentang Amway padahal tak tahu pun pasal Amway.
Pernah tak anda terfikir apa itu Amway?
Apa itu bisnes networking?
Apa itu direct selling?
Kenapa mesti bisnes Amway?
Masing-masing ada tanggapan sendiri tentang bisnes. Tak kisah jenis bisnes apa yang diceburi tetapi agak tidak manis jika kita tidak selidik dahulu hakikat sebenar bisnes tersebut malah menabur berita tidak benar tentang Amway. Asal MLM yang teruk je Amway. Asal kayakan orang atas je Amway. Bila dengar nama Amway terus bagi bad review.
Jadi, apa yang kita patut tahu tentang bisnes Amway?
1- Dalam bisnes Amway, kita diberi pilihan sama ada hendak buat bisnes atau tidak. Kita tidak dipaksa untuk menjual. Nak menjadi ahli untuk pakai barang Amway pun tak menjadi masalah. Cukup point terus dapat bonus dari Amway. Bila jadi ahli dapatlah pakai barang Amway dengan harga diskaun. Bermula Disember 2020, pengguna sudah ada pilihan sama ada nak buat bisnes atau nak jadi pengguna sahaja. Nak tahu lebih lanjut bolehlah refer bisnes owner Amway yang anda kenali.
2- Diakui yang bisnes Amway adalah bisnes MLM tetapi bisnes MLM yang patuh syariah. Macam mana bisnes Amway menjadi bisnes patut syariah? Mempunyai sistem yang jelas dan tiada agenda tersembunyi. Amway memang telus dalam pembayaran bonus dan pendapatan yang peniaga dapat adalah dari hasil jualan dan hasil kejayaan didikan bisnes owner Amway bawah jagaannya. Unik tentang bisnes Amway ni, siapa yang banyak bantu bisnes owner Amway bawah jagaan dia dan siapa yang banyak menjual barulah dia layak dapat bonus besar walaupun dia baru masuk join Amway. Ia berdasarkan usaha. Bukan hasil goyang kaki.
Formula dia :
* ia tidak dipengaruhi bila anda masuk jadi bisnes owner Amway. Even kalau anda dah lama masuk pun, jualan sedikit, tak tolong bisnes owner Amway jagaan anda buat bisnes, anda tak layak dapat bonus besar.
3- Konsep bisnes Amway yang unik dan memang kena pada tujuan penubuhan dia.
a- Ia menggunakan konsep bisnes sendiri dan keluarga
Sesiapa yang sign up jadi bisnes owner Amway, anda umpama menjadi partnership dengan Amway. Anda boleh guna nama Amway, jenama dia, barang dia untuk buat duit dengan menjual secara terus kepada pelanggan. Itulah nama dia direct selling. Bisnes owner Amway ni macam iklan bergerak bagi Amway. Itulah prinsip Amway nak dekatkan produk dia kepada pelanggan dengan sentuhan manusia. Bukan dengan iklan besar tepi jalan, bukan dengan iklan di dada akhbar malah di televisyen. Dan dengan menjadi bisnes owner Amway, anda ada kebebasan masa bersama dengan keluarga anda
b- Perniagaan yang adil
Seperti yang saya katakan tadi, Amway menekankan konsep perniagaan yang adil berdasarkan usaha individu itu sendiri. Individu yang menjual banyak dan membesarkan group dengan menjayakan bisnes owner jagaan dia maka individu itu layak mendapat bonus yang banyak.
c- Pasif dan boleh diwariskan kepada keluarga
Pendapatan yang kita dapat hasil menjayakan bisnes owner bawah jagaan kita akan sentiasa dapat malah boleh diwarisi kepada anak-anak bila kita sudah meninggal dunia kelak.
d- Perniagaan yang besar dan tanpa had
Amway tidak meletakkan limit sebesar mana anda nak maju dalam bisnes Amway ni. Siap boleh tambah banyak cawangan lagi. Konsep tambah cawangan ni adalah dengan mencari bisnes partner dan sama-sama maju dalam bisnes Amway. Nak menaja 1 juta orang pun Amway tak kisah. Powernya dapat ajak 1 juta orang buat bisnes. Nak ajak seorang pun dah semput. Banyak sangat gosip pasal Amway ni. Adoi.
e- Membantu insan yang ingin dibantu
Tiada istilah paksaan dalam berniaga. Anda nak pendapatan tambahan, anda yang kena tunjuk kesungguhan anda. Walaupun anda sudah menjadi ahli Amway pun kalau tak mula menjual, tak mencari orang yang perlu dibantu untuk menambah pendapatan mereka, anda tidak akan dapat apa2 dalam bisnes ini. Upline sentiasa menghulurkan tangan dia untuk membantu anda dan jangan salahkan dia jika dia lebih berjaya kerana dia usaha sendiri dalam jualan dan berjaya membantu insan lain yang ingin dibantu.
f- Halalan Toyyiban
Amway tersenarai dalam bursa Malaysia dibawah kaunter patuh syariah. Nak masuk senarai kaunter patuh syariah ni bukan senang ya. Ada banyak kriteria yang perlu ada supaya dapat tersenarai dalam kaunter patuh syariah. Suppliment jenama Nutrilite mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jakim. Tabung Haji juga menjadi pemegang saham dalam Amway. Mereka mesti kaji dulu latar belakang syarikat tu sebelum melabur.
Sampai disini perkongsian saya tentang Amway, jika anda ada sebarang pertanyaan tentang Amway, boleh kemukakan di bahagian komen. Saya akan cuba mengubah persepsi anda tentang Amway
Sedih apabila ramai meletakkan Amway sebagai sesuatu entiti perniagaan yang tidak baik. Padahal bila dikaji, konsep dia lebih kurang sama macam bisnes lain. Masih jual barang dan mencari serta melatih orang yang berminat nak berniaga. Bila cukup point dapat bonus. Berbelanja lebih sikit, Amway bagi bonus. Dia bagi duit beb. Secara normal, penjual hanya bagi point atas kesetiaan pastu cukup point boleh tebus barang. Amway tak, dia bagi duitt. Macam ni pun kata scammer. Bisnes lain takde nak tuduh scammer. Pelik betul.Mungkin kena tukar nama bisnes lain agaknya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dearbella-bella.blogspot.com/2020/11/gosip-panas-tentang-amway.html