Google Analytic Rujukan Blogger Maksima Blog Anda
Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua sihat-sihat sentiasa. Bersama keluarga tercinta di rumah masing-masing. Sebenarnya kekeringan idea punca utama agar malas menulis tetapi malas kena singkirkan. Pada petang ini Naim nak share pengalaman tentang Google Analytic.
Google Analytic adalah salah satu cabang kaedah melihat track rekod perjalanan blog kita sama memuncak atau menjunam traffik pada bulan tersebut. Sebagai blogger , kita kena pandai mencipta sesuatu perkara yang boleh orang di luar sana klik pada setiap entri/ artikel pada blog kita ini. Seperti gambar di atas, user yang kunjung ke blog Naim drop sedikit dan Bounce Rate kembali normal di paras 86.09% berbanding minggu lepas lebih 90 %.
Traffik channel ini memberi gambaran bagaimana user datang ke blog kita dengan pelbagai cabang iaitu Organic Search, Direct , Sosial , Referral dan Lain-lain. Seperti Organic Search pabila user sedang taip di google apa-apa tajuk dan di direct ke blog kita. Naim tak pandai hendak cerita boleh tengok gambar di atas ini. Ada kelebihan jika kita selalu share link blog sama ada di facebook, komen dan lain-lain.
Di Source / Medium kita boleh mengetahui di mana, traffik yang datang dari mana, sebagai contoh macam blog ini kebanyakkan datang dari carian google yang itama di ikuti dengan facebook. Kerana Naim kerap ping url di dalam group-group blogger. Ia salah satu traffik yang sederhana juga untuk blog Naim ini.
Ini refferral yang mana penyumbang traffik datang dari klik dari facebook atau bloglist rakan-rakan blogger kita. Sejujur Naim cakap bloglist di blog rakan-rakan juga menyumbang traffik ke blog kita sendiri. Oleh itu jangan malu-malu untuk bersama-sama join segmen yang ada bloglist.
Setakat ini sahaja coretan petang-petang sebagai perkongsian di mana Google Analytic sangat perlu untuk maksimakan perjalanan blog kita. Kerana blogger di luar sana ada pelbagai cara untuk optimakan blog mereka. Kita ada cara tersendiri dengan banyakkan membaca tentang SEO dan Teknik Blog kan. Boleh taip di google.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/06/google-analytic-rujukan-blogger-maksima.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)