Cara Ketahui Lebih Lanjut Data Google Analytics Bekerja Untuk Blogger


 Salam and Hi everyone!


Konon nak konsisten update blog setiap minggu, tapi haram tak konsisten pun. Last week, aku mengalami sakit perut yang melampau sampai tak larat nak buat apa. Jadi, harini aku nak kongsikan sesuatu dengan kalian semua. Asyik cerita review je bosanlah ya dak? Kalini aku nak explain perihal Google Analytics pula la. Apa pula Google Analytics ini? Untuk apa nak kena tahu.

 



Makin banyak kita menulis dan membaca, makin banyak ilmu yang kita tak tahu. That’s why perlu ambil tahu. Google Analytics ini secara ringkasnya adalah salah satu tools yang digunakan oleh Google yang berfungsi untuk menganalisis kekuatan setiap blog. Berapa ramai orang kunjung, berapa kerap orang datang, entry apa paling letop, range umur berapa yang kerap datang kunjung ke blog. Semua boleh tahu menerusi data Google Analytics.

 

Bila kita dah tahu kekuatan blog kita, sedikit sebanyak kita sendiri boleh praktik kan macam mana nak upgrade penulisan kita untuk tackle pengunjung. Tak perlu pun buat cerita gossip artis untuk lonjakkan nama blog. Bila kita menulis dari hati dan faham kehendak Google Insyallah membuahkan hasilnya. Nak tulis blog tak perlu pandai BM, tak perlu ayat membostik, at least ualls kena praktik menulis setiap hari.

 

Mana yang tiada akaun Google Analytics boleh sign up di sini: https://marketingplatform.google.com/about/analytics/

Masukkan details akaun google untuk log in

Buat pertama kali nak sign up boleh masukkan details blog untuk dianalisis. Setelah details lengkap korang akan dapat code untuk dipasang ke dalam blog. Bagaimana nak pasang Google Analytics dalam Blog? Boleh rujuk SINI.
 

Cara Akses Keseluruhan Dashboard  di Google Analytics

 

Make sure korang log in masuk ke akaun official Google Analytics yang sah: https://analytics.google.com/



Bila log in dan nampak graph, percentages jangan pula gelabah. Sebab itulah yang kita nak tengok sebenarnya. Jom kita sama-sama belajar dari awal sehingga ke penghujung. Normally PR yang nak minta review barang sekarang pun minta kita pageview setiap bulan. Pageview, yang GA inilah paling details sekali dibandingkan stats yang ada dalam blog.

 




Paparan Google Analytics

 

Cara Mudah Trace Pageview Blog Untuk Sebulan Terakhir



Siapa blogger otai pasti dah tau macam mana nak tengok, dan pageview depa pun perghh tak terlawan. Blog aku masih suam-suam kuku lagi.

 

Bawah inilah paparan bagaimana nak tengok pageview blog sebulan terakhir. Nak tahu seminggu pun boleh, sehari pun boleh. Macam mana check?

 

Mudah sahaja. Klik pada pautan Report yang berada di bahagian kiri. Lalu tekan Audience dan diikuti dengan menekan Overview. Korang akan lihat carta seperti gambar dibawah.

 



Normally, dia akan menampilkan paparan Overview untuk details 7 hari yang terbaru. Kalau nak tahu details pageview sebulan terakhir, korang kena ubah date pada bahagian atas. Select bulan korang nak. Bila dah tukar date start dan end date jangan lupa tekan apply. Bagi dia analisis balik data untuk sebulan terakhir.

 





Cara Mudah Ketahui Pageview Blog Sebulan Terakhir

 

Cara Ketahui Blog Post Paling Letop Pageviewnya Dalam Blog



Dengan adanya akaun Google Analytics ini macam-macam korang boleh explore ta tak. Rajin dengan tak. Bila korang dah tahu kekuatan blog korang apa tak semestinya korang kena fokuskan topik tu sahaja. Cari idea, info baru kongsi kepada orang ramai. Ingat, setiap benda apa yang kita share ini akan dipersoalkan di akhirat. Jadi, tulis yang molek-molek dibaca seelok-eloknya. Aku sendiri kalau tiada idea, akan rujuk balik entry lama aku macam mana aku kongsi cerita mahupun info.

 

Banyak pula bebel, jom tengok macam mana kaedah nak lihat blog post paling letop pageviewnya dalam blog. Pergi pada bahagian kiri dashboard, klik pada pautan Report > diikuti Behaviour > Site Content > Klik All Pages. Paparan gambar seperti di bawah.

 

10 blogpost paling popular akan keluar. Carta pertama merupakan paling top diikuti dengan carta seterusnya. Boleh juga akses menggunakan smartphone. Tapi smartphone sesangat limited nak tunjuk dan dipaparkan. Nak puas buka tengok dekap PC mahupun laptop.




Cara mudah trace top 10 entry paling popular dalam blog sendiri
 

Aku tak sangka sampai sekarang entry ccara apply pengurangan mara, best tak sambung belajar di unikl ini mendapat sambutan yang cukup hebat. Tambah sekarang, result SPM dah keluar ramai duk DM aku dekat Instagram, akak ambil kos apa dulu? Best tak masuk unikl? Kak saya dah habis ngaji unikl baru perasan blog akak boleh buat pengurangan. Valid lagi tak kalau saya apply? Im so speechless. Kalau aku ada masa terluang aku akan reply ualls punya text. Based on pengalaman sendiri, ramai gila orang baca. Entry ini paling deboom dalam blog ini sehingga kini. Mungkin aku kena explore more details lagi berkenaan Unikl. Entry mesra SEO adalah sebegini rupa, tapi tulah nak tackle google kena cari gali keyword yang bersesuaian.

 

Aku kalau boleh taknaklah update UniKL semata-mata. Aku nak luaskan lagi personal branding blog aku sendiri. Mungkin, lepas ini kena perbanyakkan lagi perkongsian pengalaman aku. Tapi dah 2 tahun tak keluar duduk rumah sahaja tak dapat pergi mana-mana. Jadi, mampu kongsi resepi, aktiviti harian sahajalah.

 

Okay jom kita teruskan, apa lagi kita boleh cari gali dalam Google Analytics ini.

 

Cara Ketahui Pageview Blogpost Tertentu Menerusi Google Analytics

Janganlah pikir lepas publish sesuatu entry selang beberapa minit sahaja entry tersebut telah melonjak naik 1 pageview di google page. Bagi sedikit masa untuk dia sync dengan google. Sama juga bagi mereka yang baru berjinak menulis blog, jangan assume harini awak menulis blog esok dah boleh claim job review berbayar. Praktik cantikkan penulisan dan lakukan penambahbaikan.

 

Aku mula menulis masa aku zaman sekolah menengah form 5 kalau tak silap. Kalau aku baca penulisan lama aku, sumpah rasa nak delete. hahaha.. Segan pula nak baca penulisan sendiri. Aku komited dan start dapat job review berbayar apabila masuk universiti. Tu pun depend pada job yang dia bagi, janganlah grab semua sedangkan ko sendiri tak boleh bagi komitmen.

 

Normally, PR yang minta pageview ini akan check balik dengan kita semula pageview entry post yang kita publish. So, untuk naikkan pageview pun korang kena belajar juga. Share juga artikel tersebut di media social lain, group blogger, group yang berkaitan dengan artikel pun boleh. Aku ikut kerajinan, kadang-kadang ada masa terluang aku share, kadang perap dalam blog je. Tu pasal, pageview kejap naik kejap turun. Alahai…

 

Cara untuk lihat Pageview Blogpost Tertentu di blog sendiri, korang hanya klik pada pautan Report > klik Behaviour > Site Content > diikuti dengan klik pada pautan  All Pages. Paparan Google Analytics akan keluar seperti gambar di bawah.

 



Pada page default, korang dapat lihat paparan page (link artikel paling tinggi) mengikut urutan. Kalau nak nampak lebih details carta tersebut boleh type keyword seperti aku (key in keyword: unikl) di label search. Korang juga boleh juga tukar Page Dimension > Page > Page Tittle, untuk lihat lebih details perkembangan entry blogpost punya pageview. Dekat sini, korang juga boleh lihat kekerapan orang datang cari entry tersebut. Best kan?

 

Average Time on Page

Had ini korang boleh lihat kekerapan masa yang diambil oleh pembaca untuk datang berkunjung ke blog.

 


Average Time via Google Analytics



Ikutkan bergantung kepada entry blogpost yang kita tulis, ada masa lagi panjang kita tulis sepatutnya lagi lama pembaca stay dalam blog tersebut. Tapi boleh dibilang dengan jari, berapa ramai orang yang suka membaca? Orang lebih suka baca point-point penting sahaja. Jadi, amat digalakkan korang highlight kan keyword.

 

Nak tahu kelebihan Average Time ini korang kena explore sendiri, sebab had ini aku sendiri masih cari gali bagaimana nak bagi pembaca stay lama dalam blog sendiri.



Cara Mudah Ketahui Profile Demografi Pembaca Blog

Seriouslah boleh tahu? Yes, boleh tahu beb menerusi Google Analytics. Google je, harini ko ngidam nak makan durian, esok penuh iklan durian keluar dekat social media kau. Hahaha.. Itu nanti aku kongsikan.

 

Perasan tak, ada PR normally suruh kita sign up isi form guna Google form. Dalam tu dia minta range visitor, pageview blog by monthly berapa. Sebab dari sini dorang akan rate kita punya harga. Tapi beruntungnya buat review dengan blogger sebab kita tak pernah atau sesekali remove posting. Semua kekal abadi gitu.

 

Cara nak lihat profile demografi pengunjung cukup mudah, hanya perlu pergi ke bahagian Dashboard > klik pautan Report > Audience > Demographic > akhir sekali klik Overview. Paparan akan keluar seperti gambar dibawah, cukup details dan mudah difahami.

 


Cara Mudah Ketahui Demograhic Pembaca di blog


Ada beberapa character pembaca korang boleh kenalpasti atau ketahui, antaranya;

 Pembaca blog tinggal dimana ? Report >> Audience >> Geo >> Location
 Pembaca lebih suka akses guna smartphone or PC? Report >> Audience >> Mobile >> OverviewSmartphone yang paling banyak pembaca guna apa? Report >> Audience >>  Mobile >> DevicesOS apa yang paling kerap pembaca guna untuk datang ke blog? Report >> Audience >> Technology >> Browser & OSNak tahu provider internet mana yang kerap digunakan oleh pembaca pun boleh ..😍😍   Report >> Audience >> Technology >> Network


Syok juga, explore Google Analytic ini, bila kita dah tahu kekuatan dan kelemahan blog kita. At least kita sendiri boleh upgrade penulisan kita.

 

Credit info dari blog: Almazia Blog

 

Thank you for reading!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2021/06/cara-ketahui-lebih-lanjut-data-google.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Beli Nama Domain Lebih Murah

Cara Beli Nama Domain Lebih Murah

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 390 hits
Hari ni saya nak share tutorial tukar nama blogspot com kepada com Antara provider yang biasa kita dengar ialah dari laman GoDaddy yang merupakan antara pendaftar utama untuk domain Nama domain ialah nama laman web atau blog korang Contoh m...
Nak Popia Lebih Kemas Cantik Inti Pun Tak Terkeluar Ini Cara Mudah

Nak Popia Lebih Kemas Cantik Inti Pun Tak Terkeluar Ini Cara Mudah

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 307 hits
Melihat orang lain membungkus atau membalut popia dengan begitu kemas membuatkan kita tertanya tanya apa cara yang digunakan mereka Adakah menggunakan pembungkus bersaiz kecil atau memotong terlebih dahulu bagi mendapatkan saiz yang cantik ...
Cara Membuat Made With Love Di Blogger

Cara Membuat Made With Love Di Blogger

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 246 hits
Pernah gak sih kamu lihat di beberapa blog ada tulisan Made With Love dengan Read more
Cara Membuat Aneka Kerajinan Dari Sabun Batang Lebih Bermanfaat Kan

Cara Membuat Aneka Kerajinan Dari Sabun Batang Lebih Bermanfaat Kan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 342 hits
Bisa jadi ide buat pajangan cantik pengharum ruangan bahkan bisnis suvenir
Cara Mohon Jadi Guru Lebih 18000 Kekosongan Untuk Diisi

Cara Mohon Jadi Guru Lebih 18000 Kekosongan Untuk Diisi

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 329 hits
Lebih 18 000 jawatan guru bakal dibuka Kepada yang mencari kerja dan berminat jangan lepaskan peluang ni Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dah maklumkan semalam Kementerian Pendidikan akan mengambil sebanyak 18 702 pegawai perkh...
Cili Kisar Tahan Lebih Lama Nak Masak Pun Senang Ini Cara Mudah Simpan Cili Kisar

Cili Kisar Tahan Lebih Lama Nak Masak Pun Senang Ini Cara Mudah Simpan Cili Kisar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 451 hits
Berbanding bahan memasak lain cili kisar antara bahan wajib ada di dalam peti ais di rumah kita Semua ini bagi menjadikan masa memasak terutama masakan bersambal jadi lebih pantas dan menjimatkan masa Pun begitu stok cili kisar yang selalu ...
5 Cara Untuk Menyambut Hari Bapa Dengan Lebih Bermakna

5 Cara Untuk Menyambut Hari Bapa Dengan Lebih Bermakna

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 354 hits
Beri Layanan Istimewa buat Ayahanda Tercinta dengan Melakukan Aktiviti Bersama di Negeri SelangorHari Bapa merupakan hari istimewa yang disambut pada 20 Jun tahun ini untuk meraikan seorang insan yang istimewa dalam keluarga yang digelar se...
Kecam Satpol Pp Hancurkan Ukulele Pengamen Charly Van Houten Nggak Ada Cara Yang Lebih Tepat

Kecam Satpol Pp Hancurkan Ukulele Pengamen Charly Van Houten Nggak Ada Cara Yang Lebih Tepat

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 161 hits
Menurut Charly tindakan itu justru membuat pengamen kehilangalan alat untuk mencari rezeki
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Buat Sendiri Sandwic Tebal 4 Tingkat Banyak Inti Confirm Kenyang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri