Google Adsense Belum Cukup Syarat Lagi Ni
Google Adsense: Belum Cukup Syarat Lagi Ni! | Assalamualaikum, masih belum terlambat lagi untuk MYiDEAKiNi mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Memandangkan sudah lama blog tidak di penuhi dengan artikel terkini dan berinformasi. Kali ini MYiDEAKiNi ingin kongsikan satu artikel yang agak kurang femes sangatlah tapi ianya sangat-sangat lumayan buat sesiapa yang menggunakan program Google Adsense ini. Ramai otai-otai blogger/ internet marketer menggunakan servis platform Google Adsense untuk menjana pendapatan yang sangat lumayan kerana hasilnya akan di beri dalam nilai mata wang USD.
Di dalam artikel adsense yang sebelum ini, MYiDEAKiNi telah berkongsikan pengalaman bagaimana untuk menyertai program adsense ini serta langkah-langkah yang sepatutnya dipatuhi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak google adsense. Anda sendiri akan lalui pengalaman sepertimana yang telah dialami oleh MYiDEAKiNi sendiri.
Jika anda mempunyai blog atau laman sesawang, inilah peluangnya untuk anda menjana pendapatan di Google Adsense. Tunggu artikel seterusnya tentang Tutorial Google Adsense nanti. Dengan ilmu yang ada ini, in shaa Allah cuba bantu anda yang masih lagi tidak tahu dengan kelebihan program ini, cuma kunci untuk anda menjana pendapatan di google adsense ini adalah KERAJINAN anda dalam mencari ilmu ini dengan percuma
Gambaran dibawah ini adalah sedikit perkongsian dan bukti dimana di akaun google adsense MYiDEAKiNi telah mencecah sehingga USD65.99 dan masih lagi baru dalam program ini. Kenalah rajin untuk memberi info yang manfaat agar ramai pengguna internet khususnya datang melawat dan membaca info-info yang berguna di blog MYiDEAKiNi.
Ini baru di katakan sedikit rajin, belum lagi boost up rajin yang betul-betul, maksudnya fokus dengan target. In Shaa Allah anda boleh dapat lebih dari itu. Bolehlah dengan nilai USD100 boleh tambahkan pendapatan memandangkan taraf hidup di Kuala Lumpur ini sangat-sangat mencabar duit poket yang ada.. :)
Minimum yang dibenarkan untuk pengeluaran adalah USD100, jadi anda boleh membuat 2 pilihan pengeluaran iaitu:
Western Union Akaun
Wire Transfer Bank Akaun
Jadi untuk memudahkan transaksi, MYiDEAKiNi memilih kaedah pembayaran Wire Transfer Bank Akaun dimana anda perlu memasukkan butiran akaun di borang yang di sediakan seperti gambaran di bawah ini
Anda sudah boleh buat kira-kira, jika anda sudah mencukupi nilai USD100, jadi nilai matawang asing semasa pada hari ini, 03 Julai 2017 adalah USD1 = RM4.29. Anda akan menerima wang dalam nilai Ringgit Malaysia sebanyak RM429.00. Agak-agak lumayan ke tidak? Anda sendiri yang tentukan
Berkenaan dengan ruangan SWIFT BIC adalah kod antarabangsa bank yang telah di tetapkan oleh bank dunia dan jika anda mempunyai akaun di Maybank, bolehlah rujuk di sini. Untuk mendapatkan trafik yang tinggi dan cepat, anda perlulah rajin membuat apa-apa artikel di blog agar ramai pelawat yang datang untuk membaca di blog.
Bagi anda yang sudah menjana pendapatan di google adsense bolehlah tinggalkan komen dan tips di ruangan bawah artikel ini dan sama-samalah berkongsi info untuk di manfaatkan bersama. In shaa Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2017/07/google-adsense-belum-cukup-syarat-lagi.html