Google Account Sign Up Sign In Login Goole Malaysia
Google Account Sign Up: Sign In & Login Goole Malaysia
Google merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional yang menawarkan perkhidmatan rangkaian sosial kepada masyarakat dunia.
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Google ialah Google Drive, Google Calendar, Google Photo, Gmail, Youtube, Google Search dan banyak lagi.
Oleh itu, individu yang ingin mengakses aplikasi Google ini mestilah mempunyai akaun Google.
Dengan adanya akaun Google, pengguna boleh mencipta profil mereka dan mengakses perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan secara meluas.
Cara Google Account Sign Up
Akaun Google berperanan sebagai medium komunikasi dan sosial. Ia membenarkan pengguna untuk mengakses produk Google tanpa had.
BACA SINI >> Cara Buat Google Form: Kehadiran & Kuiz Online
BACA SINI >> Youtube Premium Price Malaysia: Pakej Utube Student Family Plan
BACA SINI >> Fb Login: Cara Daftar Buka Akaun Baru Facebook Malaysia
Oleh itu, setiap pengguna yang ingin mengakses produk Google perlu memiliki akaun Google.
Berikut merupakan cara-cara untuk mencipta akaun Google secara atas talian;
Layari portal https://accounts.google.com seperti pada Rajah di bawah ini
Masukkan butiran maklumat diri pengguna dan klik pada butang “Next”.
Kemudian, masukkan nombor telefon pengguna, tarikh lahir dan jantina pengguna serta klik pada butang “Next”.
Baca dan tekan klik pada butang “I Agree” pada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Akhir sekali, akaun Google pengguna berjaya didaftarkan.
Cara Log Masuk Google Sign In
Setelah pendaftaran akaun Google berjaya didaftarkan, pengguna boleh mula log masuk atau sign in ke akaun Google untuk mengakses produk Google, antaranya adalah Gmail.
Berikut merupakan cara-cara untuk sign in ke akaun Google;
Layari laman sesawang https://accounts.google.com seperti pada Rajah 2.0.
Masukkan alamat emel pengguna dan klik pada butang “Next”.
Kemudian, masukkan kata laluan pengguna yang sah dan klik pada butang “Next”.
Akhir sekali, menu utama akaun Google pengguna akan dipaparkan.
Kelebihan Create Google Account
Syarikat Google merupakan antara syarikat gergasi dunia yang berasaskan teknologi.
Produk yang ditawarkan oleh Google digunakan oleh masyarakat dunia hari ini tanpa batasan waktu dan had.
Banyak kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat Google dalam perkhidmatan dan produk yang disediakan kepada pengguna.
Antara kelebihan utama mencipta akaun Google adalah apabila mendaftar akaun Google segala tidak langsung pengguna akan memiliki akaun Gmail.
Menerusi akaun Gmail, pengguna akan memiliki alamat emel yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mengakses aplikasi-aplikasi lain seperti Instagram, facebook, Twitter, Tik Tok dan banyak lagi.
Jelaslah, akaun Google ini dapat memanfaatkan pengguna secara meluas serta menghubungkan pengguna di dalam platform sosial yang lain.
Bukan itu sahaja, pengguna yang memiliki akaun Google boleh menjadikan akaun Google sebagai salah satu medium untuk bersosial dan berhibur menerusi aplikasi Youtube iaitu aplikasi penstriman video.
Pengguna boleh memuat naik dan memuat turun apa sahaja video untuk tuntutan umum sebagai hiburan dan pendidikan kepada masyarakat.
Oleh itu, mencipta akaun Google dapat memberi banyak manfaat kepada pengguna.
Selain itu, pengguna juga boleh mengakses Google Photo dan Google Drive untuk menyimpan gambar-gambar dan dokumen-dokumen penting yang terdapat di dalam telefon bimbit pengguna.
Google Photo boleh dijadikan sebagai album atas talian serta boleh menyimpan jutaan gambar untuk dijadikan sebagai memori.
Manakala, Google Drive boleh menyimpan dokumen-dokumen penting yang boleh diakses di mana sahaja dan pada bila masa sahaja.
Oleh itu, pentingnya akaun Google sebagai tempat penyimpanan maklumat tanpa had.
Ternyata, akaun Google ini memberi banyak manfaat kepada pengguna.
Bukan sahaja berfungsi sebagai medium pencarian maklumat, tetapi ianya boleh digunakan untuk urusan harian pengguna.
Cara Elak Googel Acc Kena Hack
Seringkali isu akaun Google digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Kesannya, maklumat peribadi pengguna akan dicuri dan digunakan untuk tujuan yang salah.
Oleh itu, pengguna akaun Google wajib memastikan akaun mereka selamat daripada digodam oleh pihak ketiga.
Langkah-langkah pencegahan boleh dipraktikkan sebagai salah satu cara untuk mengelakkan daripada akaun Google digodam.
Pertama, pengguna perlu mencipta kata laluan yang unik ketika mencipta akaun Google bagi mengelakkan penggodam mengesan kata laluan pengguna.
Elakkan menggunakan nombor kad pengenalan pengguna sebagai kata laluan.
Sebaiknya, kata laluan yang digunakan mestilah adalah kombinasi antara nombor, huruf dan simbol. Oleh itu, pengguna mestilah bijak dalam mencipta kata laluan akaun Google mereka.
Seterusnya, pengguna mestilah sentiasa mengemaskini dan menyemak akaun Google mereka untuk memastikan tiada unsur-unsur yang mencurigakan.
Pastikan akaun Google yang diakses melalui peranti yang berbeza sentiasa dilog keluar. Ianya penting untuk memastikan orang lain tidak dapat mengakses tanpa kata laluan.
Akhir sekali, gunakan perlindungan tambahan seperti pengesahan dua langkah pada akaun Google pengguna. Pengesahan ini hanya boleh dilakukan oleh pemilik akaun.
Akaun yang gagal disahkan berkemungkinan akan disekat. Ianya merupakan antara langkah atau cara untuk mengelakkan akaun Google daripada digodam oleh orang lain.
Lupa Password Google Malaysia Account
Kata laluan memainkan peranan penting dalam penciptaan mana-mana akaun peribadi termasuklah akaun Google.
Oleh sebab itu, jika pengguna telah terlupa kata laluan, berikut merupakan cara-cara untuk mengakses kembali akaun akaun Google;
Layari laman sesawang https://accounts.google.com.
Masukkan alamat emel pengguna dan klik pada butang “Next”.
Kemudian, klik pada bahagian “Terlupa Kata Laluan” seperti pada Rajah di atas ini
Seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit pengguna yang sah dan klik pada butang “Seterusnya”.
Pengguna akan menerima kata laluan sementara yang baharu menerusi telefon bimbit pengguna.
Akhir sekali, pengguna perlu menggunakan kata laluan sementara tersebut untuk log masuk ke akaun Google pengguna dan penetapan kata laluan yang baharu boleh dilakukan.
Sumber Asal Yang Rasmi : Google Account Sign Up: Sign In & Login Goole Malaysia
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/google-account-sign-up