Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat


 Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat





==========
1. Sekiranya anda ingin mendapat doa daripada para malaikat, maka jadilah sebahagian daripada golongan yang disebutkan di dalam hadis Nabi ﷺ ini iaitu:


2. Golongan yang bersedekah. Orang yang bersedekah akan menerima doa daripada para malaikat. Sabda Rasulullah ﷺ: 
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
“Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: Wahai Tuhanku, berilah pemberi sedekah gantian (yang lebih baik).” (HR al-Bukhari)


3. Golongan yang menunggu waktu solat. Golongan ini sangat istimewa di sisi Allah kerana seakan-akan sentiasa dia rindu untuk bertemu dengan Allah di dalam solatnya. Golongan ini akan mendapat doa keampunan dari para malaikat. Sabda Rasulullah ﷺ:
المَلاَئِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ، مَا لَمْ يُحْدِثْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ 
“Sesungguhnya para malaikat mendoakan ke atas mereka yang menunggu solat di tempat solatnya selagi mana dia berada dalam keadaan suci. Doa malaikat: Ya Allah ampunkanlah dirinya dan rahmatilah dirinya.”(HR al-Tirmizi)


4. Golongan yang mengajarkan kebaikan. Golongan ini amat istimewa di sisi Allah. Ini kerana bukan sahaja para malaikat mendoakan mereka, Allah yang Maha Agung serta penduduk langit dan bumi mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan. Sabda Rasulullah ﷺ:
انَّ اللَّهَ وملائِكتَهُ وأَهلَ السَّماواتِ والأرضِ حتَّى النَّمْلةَ في جُحْرِها وحتَّى الحوتَ - ليُصلُّونَ على معلِّمِ النَّاسِ الخيرَ
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya serta ahli langit dan bumi sehinggakan semut dalam batu dan ikan di lautan mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan.” (HR al-Tirmizi)


5. Golongan yang menziarahi kerana Allah. Rasulullah ﷺ turut menjelaskan bahawa orang yang menziarahi orang yang sakit, atau menziarahi saudaranya ikhlas kerana Allah, maka dia akan memperoleh doa dari para malaikat. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً
“Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.” (HR al-Tirmizi)


6. Rebutlah peluang untuk menjadi orang yang di doakan oleh Allah dan para malaikatNya ini. 
Semoga Allah membimbing kita.







Sumber:
Telegram: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Facebook Dr. Ahmad Sanusi










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://arnamee.blogspot.com/2025/02/golongan-yang-mendapat-doa-malaikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Doa Rasulullah Saw Ketika Melawat Orang Sakit

Bacaan Doa Rasulullah Saw Ketika Melawat Orang Sakit

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 193 hits
Perumpamaan orang orang yang beriman itu dalam kelunakan berkasih sayang dan berlemah lembut sesama mereka seperti tubuh yang satu jika satu anggota sakit seluruh jasad akan turut terasa demam dengan berjaga malam Saidatina Aisyah mencerita...
Doa Pesanan Kata Semangat Ustazah Ini Kongsi Rahsia Anak Lebih Yakin Di Sekolah

Doa Pesanan Kata Semangat Ustazah Ini Kongsi Rahsia Anak Lebih Yakin Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 208 hits
Setiap pagi ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak anak ke sekolah Namun selain makanan jasmani anak anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi agar mereka lebih bersemangat yakin dan bersedia menghadapi hari persek...
Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 231 hits
Berikut kami kongsikan senarai doa untuk anak anda beserta bacaan rumi makna dan manfaatnya buat panduan bersama Sebagai seorang ibu atau bapa anak anak merupakan satu pemberian daripada Allah S W T yang sangat bernilai Oleh itu menjaga ana...
Macam Malaikat Pyo Yejin Akui Suami Jang Nara Antara Orang Paling Baik Dia Pernah Temui

Macam Malaikat Pyo Yejin Akui Suami Jang Nara Antara Orang Paling Baik Dia Pernah Temui

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 188 hits
Pasti ramai yang dah tahu bahawa Jang Na ra telah menamatkan zaman bujangnya dengan ahli sinematografi pada 2022 yang lalu Artikel Berkaitan Terbaru Jang Na ra telah tampil sebagai tetamu dalam program radio SBS PowerFM yang dihoskan oleh P...
Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 242 hits
Meremang bulu roma dan menangis saya baca kisah ini apalah sangat yang dibandingkan dengan ujian kecil yang menimpa kita Allahu WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKATKisah ini mungkin telah sering kita dengar Namun sekadar meng...
Bahayanya Golongan Ini

Bahayanya Golongan Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 125 hits
RMSBahayanya golongan ini kerana mereka beragama menjadikan agama ini sebagai perniagaan dan barangan dagangan dipolishnya fatwa dipolishnya pendapat pendapat dipolishnya ayat ayat dipakainya Hadis Hadis kerana dia berilmu untuk kepentingan...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Kelebihan Dan Faedah Kereta Elektrik Berbanding Kereta Konvensional

Selebriti Terkenal Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual Rakan Baik Sissy Imann

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Not The First Time Has Anthony Loke Been Negligent Over Taiwanese S Fatal Fall Onto Lrt Track