Golongan Kelainan Upaya Hilang Elaun Bulanan Kerana Red Tape Kata Ngo


Ainaa AimanJabatan Kebajikan Masyarakat membatalkan elaun orang kurang upaya tanpa menyiasat lebih dahulu keadaan mereka, kata orang kurang upaya.PETALING JAYA: Golongan kelainan upaya mendakwa terhalang daripada menerima elaun bulanan serta bantuan akibat kerenah birokrasi (red tape) dan prosedur yang disifatkan mendiskriminasi.
Seorang lelaki kelainan upaya dari kumpulan B40 mengadu elaun bulanannya telah dipotong kerana beliau tidak tahu perlu mengisi borang penilaian tahunan untuk mengesahkan kelayakannya.
Menurut mereka, pegawai kebajikan kerajaan juga sepatutnya melakukan lawatan rumah ke rumah untuk membuat pemeriksaan terhadap golongan kurang upaya ini.
Lelaki itu, Kumar Nadeson, mendakwa elaun pekerja cacat (EPC) telah dibatalkan jabatan itu tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu, kata Presiden Independent Living and Training Centre (ILTC) G Francis Siva kepada FMT.
Siva berkata, borang penilaian tahunan itu adalah prosedur operasi standard (SOP) diperkenalkan kerajaan beberapa tahun lalu untuk memastikan mereka yang menerima elaun memang layak, susulan laporan penipuan ketika itu.
Kini golongan kelainan upaya perlu mengisi borang itu secara tahunan untuk terus menerima bantuan.
Siva bagaimanapun berkata, masih ramai dalam komuniti itu tidak tahu mengenai keperluan ini kerana mendakwa tiada usaha untuk memaklumkan SOP berkenaan kepada penerima terbabit.
Siva berkata pegawai kebajikan kerajaan sepatutnya membuat lawatan rumah ke rumah golongan kelainan upaya ini untuk mengesahkan keadaan mereka.
Sambil menggelar SOP itu sebagai satu bentuk diskriminasi, beliau mendakwa pegawai jabatan kebajikan tidak melawat golongan kelainan upaya ini di rumah untuk mengesahkan keadaan mereka sebelum membatalkan elaun mereka.
“Kebanyakan mereka tidak mampu mengisi borang atau pergi ke pejabat. Tiada pengangkutan awam sesuai untuk mereka,” katanya dengan menambah tidak ramai mampu dari segi kewangan untuk menggunakan perkhidmatan teksi atau e-panggilan.
Beliau menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun supaya mengadakan pertemuan dengan pemegang taruh segera untuk mencapai penyelesaian.
FMT telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengulas isu ini.
Sementara itu, penolong pengarah eksekutif National Council for the Blind Malaysia Choo Siew Cheong berkata golongan kurang upaya penglihatan turut berdepan masalah sama, namun ‘tidak kuasa’ mengadukannya.
“Apa gunanya mengadu? Jika mengadu sekalipun belum tentu akan dapat (elaun) semula.”
Sebaliknya, beliau mencadangkan pembaharuan terhadap struktur elaun sedia ada.
“Sudah tiba masanya kita melihat sistem sedia ada secara jujur dan meneliti sama ada kita memang membantu memberi sokongan untuk golongan kelainan upaya,” katanya.
Menurutnya, kerajaan patut mempertimbangkan elaun untuk setiap orang kelainan upaya yang didaftarkan dengan jabatan kebajikan.
“Kerajaan patut menjimatkan wang dengan melantik pegawai untuk melawat rumah ke rumah bagi memastikan status kelayakan orang kelainan upaya terbabit.”
Tambahnya, kerajaan juga patut mengenal pasti kes paling memerlukan dan menyesuaikan jumlah elaun berdasarkan sejauh mana teruknya keadaan mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/golongan-kelainan-upaya-hilang-elaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah P Pinang Perlu Wujud Dana Lindungi Hutan Ulu Muda Kata Kumpulan Ngo

Kedah P Pinang Perlu Wujud Dana Lindungi Hutan Ulu Muda Kata Kumpulan Ngo

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 284 hits
Kumpulan NGO berkata Hutan Simpan Ulu Mudah di Kedah terus terancam berikutan kegiatan pembukaan hutan pembalakan dan perlombongan dan perlu diteliti secara serius GEORGE TOWN Gabungan pertubuhan bukan kerajaan hari ini menggesa kerajaan Ke...
Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 506 hits
PUTRAJAYA Bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid 19 sebanyak RM500 000 akan diberi kepada penerima vaksin di negara ini jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid 19 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba b...
Spr Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Ngo Untuk Jayakan Undi 18 Kata Menteri

Spr Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Ngo Untuk Jayakan Undi 18 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 377 hits
Menurut Reezal negara Asia lain sudah membenarkan rakyat yang berumur 18 tahun mengundi dan layak untuk menjadi calon pilihan raya Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan kerja pembasmian kuman di kotak undi Gambar Bernama Menteri Belia ...
Kpn Gagal Tepati Janji Perlu Mohon Maaf Kepada Indira Kata Ngo

Kpn Gagal Tepati Janji Perlu Mohon Maaf Kepada Indira Kata Ngo

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 304 hits
Pengerusi INGAT Arun Doraisamy berkata ketua polis negara patut memohon maaf kerana gagal mengotakan janji yang menyebabkan Indira Gandhi benar benar terluka dan hatinya hancur luluh PETALING JAYA Sebuah badan bukan kerajaan menuntut ketua ...
Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 349 hits
freemalaysiatoday com March 28 2021 7 18 PMHasni Mohammad juga menggesa supaya autonomi diberikan kepada kepemimpinan negeri untuk menentukan pembahagian kerusi KUALA LUMPUR Ketua Umno Johor Hasni Mohammad berkata beliau sudah memberi amara...
Bn Hilang Sokongan Melayu Jika Umno Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Pemimpin Umno

Bn Hilang Sokongan Melayu Jika Umno Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 379 hits
freemalaysiatoday com March 22 2021 7 00 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii menolak pandangan penganalisis politik Mohammad Agus Yusoff bahawa parti itu lebih beruntung jika menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan PETALI...
Red Tape Stops Disabled From Getting Monthly Allowance

Red Tape Stops Disabled From Getting Monthly Allowance

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 260 hits
The Welfare Department has cancelled allowances for the disabled without any investigation into their circumstances say the disabled PETALING JAYA Bureaucratic red tape has apparently caused many disabled people to lose their monthly welfar...
Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 297 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah sedia berbincang dengan sekutunya dalam Gabungan Rakyat Sabah berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum ke 15 termasuk kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14 Walaupun Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan p...
Hiburan Suka Hati Kata Saya Murtad Lama Menyepi Sajat Akhirnya Tampil Beri Respon Di Ig Live

Hiburan Suka Hati Kata Saya Murtad Lama Menyepi Sajat Akhirnya Tampil Beri Respon Di Ig Live

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 427 hits
Usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor setelah dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir sebutan kes di mahkamah Walau bagaimanapun Sajat dikatakan telah me...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Biodata Farhana Zahra Founder Susu Momegojes Coffee Vavavoom

Biodata Anees Ayunie Pempengaruh Usahawan Muda Berjaya

Biodata Eda Ezrin Penyanyi Dikir Barat Moden Loghat Kelantan

Create Your Next Masterpiece With The All New

Laman Rusa Taman Botani Putrajaya