Golongan Antivaksin Individu Berfikiran Negatif Tertutup Minda


azrulhakimie

Maklumat terlalu banyak di media sosial juga punca wujud golongan ini ALOR SETAR– Golongan antivaksin merupakan individu berfikiran negatif dan tertutup minda terhadap pandangan orang lain sekali gus sentiasa menganggap diri mereka betul, kata pakar.
Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Abdul Razak Abd Manaf berkata golongan itu akan terus mempertahan akan pendirian mereka walau “disumbat” dengan pelbagai penjelasan oleh pihak berkuasa.
Untuk menangani golongan ini, penjelasan yang diberikan itu harus berupaya mencabar pendirian yang dipegang mereka, katanya kepada Bernama.
“Satu daripada usaha adalah dengan menukar ‘pre-conceived thought’ atau idea negatif atau pengalaman buruk yang dialami dengan pendekatan kognitif. Dalam konteks ini, penerangan berkaitan pandemik COVID-19 dan vaksin perlu dilibatkan usaha bagi mencabar pemikiran dan emosi tidak betul tersebut,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
Abdul Razak berkata maklumat terlalu banyak dalam media sosial sehingga mengelirukan masyarakat juga antara faktor golongan antivaksin tidak mempercayai maklumat pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kekeliruan dalam masyarakat termasuk pemahaman maksud vaksin. Ini mungkin disebabkan kita jarang berhadapan dengan pandemik sebegini. Masyarakat jarang menerima vaksin, jadi apabila pemahaman kurang berkaitannya, maka pelbagai persepsi negatif dicetuskan,” katanya.
Beliau berkata pemikiran ‘optimistic bias’ iaitu beranggapan mereka tidak akan dijangkiti COVID-19 selepas divaksin juga menyebabkan ada masyarakat tidak mempercayai keberkesanan vaksin, apatah lagi selepas mengetahui kononnya ada kesan buruk vaksin yang tular menerusi media sosial.
“Apabila terlalu banyak sangat yang bercerita negatif tentang kesan vaksin seperti masih dijangkiti COVID-19 walaupun sudah divaksin, ada yang meninggal selepas ambil vaksin, maka masyarakat tidak mempercayai vaksinasi akan membantu mereka terpelihara daripada COVID-19. Dalam pada itu, kepercayaan kepada informasi lain yang tular pula menjadi sandaran untuk melindungi mereka,” katanya.
Sementara itu, Pakar Psikiatri Hospital Pantai Sungai Petani Dr Mohammad Farris Iman Leong Abdullah berkata golongan antivaksin tidak suka mendapatkan informasi mengenai COVID-19 dan vaksin daripada sumber sahih sebaliknya gemar memperoleh maklumat berkaitan menerusi media sosial meskipun tanpa bukti kukuh.
“Mereka juga gemar menyebarkan khabar angin yang diperoleh menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp kepada orang lain melalui platform sama,” katanya.
Beliau berkata mengikut kajian dari segi psikologi, golongan antivaksin lebih mementingkan pendapat mereka sekali gus tidak mempercayai pihak berkuasa dan pakar.
“Mereka tidak percaya kepada golongan seperti saintis, kerajaan dan pakar perubatan serta kesihatan. Mereka juga percaya jika mereka memberi kepercayaan penuh terhadap doa mereka, tuhan akan makbulkan dan mereka tidak akan dijangkiti (COVID-19) dan sentiasa selamat walaupun tidak mengambil vaksin,” katanya.
Dr Mohammad Farris Iman berkata kajian juga menyatakan kebanyakan golongan antivaksin yang terdiri daripada mereka berumur antara 25 dan 44 tahun itu akan cuba menguatkan pendapat mereka dengan cara mempengaruhi orang lain.
Golongan ini akan menggunakan media sosial bagi menularkan pandangan mereka untuk mendapatkan sokongan lebih besar, katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/golongan-antivaksin-individu-berfikiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
M 039 Sia Pertimbang Kenakan Tindakan Atas Golongan Antivaksin

M 039 Sia Pertimbang Kenakan Tindakan Atas Golongan Antivaksin

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang undang ke atas golongan antivaksin di Malaysia jika golongan itu didapati menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan kata Perdana Men...
Golongan Antivaksin Selalu Anggap Diri Mereka Betul Kata Pakar

Golongan Antivaksin Selalu Anggap Diri Mereka Betul Kata Pakar

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 300 hits
Golongan antivaksin merupakan individu berfikiran negatif dan tertutup minda terhadap pandangan orang lain sekali gus sentiasa menganggap diri mereka betul kata pakar Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan Dasar dan Kerja Sosial Universiti ...
Golongan Antivaksin Boleh Dikenakan Tindakan Undang Undang

Golongan Antivaksin Boleh Dikenakan Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 258 hits
Golongan antivaksin yang cuba untuk mencetuskan ketakutan orang ramai daripada menerima suntikan vaksin COVID 19 akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 Menteri Undang Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa individu individu...
Sultan Johor Ingatkan Rakyat Tidak Terpengaruh Golongan Antivaksin

Sultan Johor Ingatkan Rakyat Tidak Terpengaruh Golongan Antivaksin

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 228 hits
Sultan Johor ingatkan rakyat tidak terpengaruh golongan antivaksin Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jun 2021 1
Semua Surat Miti Terbatal Mulai 1 Jun Pergerakan Terhad 10km Dari Kediaman Hanya 2 Individu Dalam Satu Kereta

Semua Surat Miti Terbatal Mulai 1 Jun Pergerakan Terhad 10km Dari Kediaman Hanya 2 Individu Dalam Satu Kereta

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 314 hits
SEMUA surat kebenaran perjalanan untuk urusan bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini terbatal mulai 1 Jun 2021 Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kementerian...
Tudung Pink Jadi Individu Yang Dicari Sekarang Sebabkan Dia Budak Yang Ambil Kesempatan Dtrajang Sampai Terpelanting

Tudung Pink Jadi Individu Yang Dicari Sekarang Sebabkan Dia Budak Yang Ambil Kesempatan Dtrajang Sampai Terpelanting

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 345 hits
Viral video of media sosial yang menunjukkan sekumpulan individual mountain ga duh di perkarangan tempat letak kereta yang tidak diketahui punca sebenar kejadiannya
Duterte Arah Individu Langgar Covid 19 Diberkas

Duterte Arah Individu Langgar Covid 19 Diberkas

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 278 hits
MANILA Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengumumkan perintah penangkapan mandatori kepada individu yang melanggar perintah kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid 19 Menurut beliau menyebarkan virus kepada orang lain merupakan satu...
Dia Individu Di Kompaun Rm1 500 Gara Gara Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Ke P Tioman

Dia Individu Di Kompaun Rm1 500 Gara Gara Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Ke P Tioman

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 319 hits
ROMPIN Tindakan dua individu yang nekad merentas negeri tanpa kebenaran untuk ke Pulau Tioman membawa padah apabila mereka dikenakan kompaun masing masing RM1 500 Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azahari Mukhktar berkata dalam...
Rai Majlis Hari Lahir 9 Individu Dikompaun Rm65 000

Rai Majlis Hari Lahir 9 Individu Dikompaun Rm65 000

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 294 hits
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata sambutan itu dibuat di satu pejabat di Ara Damansara KUALA LUMPUR Akibat meraikan sambutan hari lahir di sebuah pejabat di Pusat Dagangan NZX Ara Damansara di sini sema...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Warga Emas Berjaya Kumpul Hampir Rm2 Juta Namun Luah Rasa Kesal Selepas Bersara

Tube Sarong London 2025

Artha Sasak Tanjung Ringgit Chord

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit