Goldman Cuba Elak Pengakuan Bersalah Ketika Penyelesaian 1mdb Di Peringkat Akhir
KUALA LUMPUR: Goldman Sachs Group Inc di peringkat akhir menyelesaikan ancaman undang-undang terbesar terhadapnya dalam sedekad ini selepas bergelut dengan kerajaan mengenai satu isu penting: pengakuan bersalah yang pertama kali dalam sejarahnya.
Bagi mengelakkan pengakuan bersalah berhubung isu 1MDB, Goldman merayu para pegawai tertinggi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Orang nombor 2 di jabatan itu secara langsung terlibat dengan kes itu, sambil dipantau Peguam Negara AS, William Barr. Bar dikecualikan kerana bekas firma guamannya mewakili Goldman.
Sekarang suatu penyelesaian mungkin tercapai. Pendakwaraya semakin berani mendesak Goldman mengaku bersalah selepas seorang pengurus bank itu mengaku bersalah pada 2018. Mereka yang tahu tentang kes itu menggambarkan budaya korporat yang mengetepikan kakitangan yang suka menurut. Sejak itu, Goldman berusaha menyangkal naratif itu dan minta dibicarakan.
Pembelaan Goldman diketuai Karen Seymour. Dia dibawa masuk sebagai penasihat dengan mandat untuk menamatkan siasatan jenayah ke atas berbilion dolar yang Goldman kumpul untuk 1MDB. Sebahagian wang itu didakwa dialir keluar oleh orang yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri.
Sekiranya Goldman terlepas tanpa pengakuan bersalah, ia suatu kemenangan besar bagi bank itu. Jika tidak, Semour mungkin boleh meringankan kesannya dengan berunding mengenai perincian yang akan dimasukkan – dan tidak dimasukkan – dalam kenyataan mengenai fakta tentang kelakuan Goldman di Malaysia.
Jake Siewert, seorang jurucakap Goldman Sachs, tidak mahu mengulas status rundingan itu. “Kami cuba menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya.
John Marzulli, jurucakap pejabat peguam negara AS di Brookyln, New York yang menguruskan kes itu, enggan mengulas.
The post Goldman cuba elak pengakuan bersalah ketika penyelesaian 1MDB di peringkat akhir appeared first on My KMU NeT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/07/01/goldman-cuba-elak-pengakuan-bersalah-ketika-penyelesaian-1mdb-di-peringkat-akhir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=goldman-cuba-elak-pengakuan-bersalah-k