Tip Dan Panduan Cara Atasi Stress Dan Kemurungan Sebagai Suri Rumah


Stress dan kemurungan adalah cabaran yang sebahagian besar suri rumah hadapi dalam kehidupan seharian. Nampak mudah kan jadi suri rumah sahaja, duduk di rumah, jaga anak-anak dan suami tetapi kenapa boleh berlaku situasi begini




Tahukah anda? Kesihatan mental bagi suri rumah masa kini semakin membimbangkan. Di dalam sebuah artikel says.com, 
Ramai yang beranggapan bahawa suri rumah tidak menghadapi stress memandangkan golongan terbabit hanya duduk di rumah dan ‘tidak bekerja’. Tanggapan dan persepsi sedemikian adalah sama sekali tidak benar, sebaliknya suri rumah adalah golongan yang turut tidak terlepas daripada tekanan hidup

Insya Allah, Dalam entri blog ini, saya akan meneroka sebab-sebab utama, kesan, dan beberapa tip penting untuk mengatasi stress dan kemurungan

Maksud Stress dan KemurunganStress bermaksud apabila badan dan fikiran kita rasa tertekan atau terbebani oleh tekanan atau cabaran dalam hidup. Stress boleh datang dalam pelbagai bentuk, seperti tekanan fizikal, emosi, atau mental.
Maksud kemurungan pula ialah bila seseorang berasa sangat sedih, hilang minat untuk buat apa-apa, dan terasa sangat letih secara berterusan. Kemurungan ini adalah masalah emosi yang serius dan berterusan.
Walaupun stress adalah perkara biasa yang berlaku dalam hidup, kemurungan adalah masalah yang lebih mendalam dan perlu bantuan profesional. Stress boleh menyumbang kepada perkembangan kemurungan dalam sesetengah orang. 
Teruskan pembacaan ya!


9 Sebab Ramai Suri Rumah Jadi Stress dan KemurunganSetiap individu berbeza, dan sebab-sebab stress dan kemurungan boleh bervariasi. Namun ini adalah antara sebab utama yang saya rasakan mencabar dan boleh menyebabkan suri rumah jadi stress dan akhirnya mengalami depressi.





Semua tugas adalah tanggungjawab seorang isteri
Apabila hampir kesemua tugasan jatuh ke bahu isteri, mengasuh anak-anak, menguruskan mereka, menguruskan rumah dan akhir sekali suami. Tiada dalam satu ketika itu, mereka dapat menguruskan diri sendiri, ada waktu bersendirian untuk "lari sekejap" dari dunia keluarga yang tidak henti-henti meminta mereka uruskan. Maka berlakulah istilah "burn out", yang menyebabkan punca tidak berpuas hati kepada pasangan, stress kerana terlalu banyak kerja dan tiada masa rehat untuk diri sendiri.
Ada juga suri rumah yang menjadi tertekan apabila rumah sentiasa berselerak dan anak-anak yang tidak henti membuat sepah, keadaan tidak terkawal ini menyebabkan perubahan emosi kerana ianya sesuatu yang di luar kawalan suri tersebut. 
Rasa kesepian dan terpinggir
Suri rumah mungkin tidak mempunyai peluang sebanyak orang lain untuk berjumpa dengan rakan atau keluarga di luar rumah. Rasa kesepian ini boleh memunculkan perasaan kemurungan. Sang suami yang sepatutnya cuba untuk menjadi teman baik isteri, mendengar celoteh, luahan tetapi lebih banyak bermain game, dan melayani handphone sehingga tidak menyedari bahawa isteri juga perlukan teman untuk dia bercakap dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

Dengan memendam setiap rasa gelisah, keciwa, marah, dan apa juga yang negatif dalam diri, dibiarkan semakin lama boleh merosakkan diri suri dan akhirnya boleh menjadi masalah yang lebih kritikal apabila ianya menjejaskan kesihatan mental isteri. 

Alangkah baiknya jika suami dapat mendengar luahan isteri walaupun mereka hanya duduk di rumah. 
Tidak mencukupi masa untuk diri sendiri
Apabila terlalu banyak kerja, dan menguruskan anak-anak itu tidak mudah maka suri menjadi sukar untuk meluangkan masa untuk diri sendiri. Menyediakan masa untuk aktiviti kegemaran atau rehat boleh terasa sukar, yang boleh menyebabkan tekanan tambahan.
Tekanan daripada tanggungjawab keluarga
Menjaga keluarga adalah tugas besar, dan kadang-kadang, kita merasa tekanan yang terlalu besar untuk memastikan kebahagiaan mereka. Memastikan kebahagian emosi anak-anak, suami dan orang lain adalah lebih penting dari diri sendiri. 
Faktor kewangan
Income suri rumah biasanya bergantung kepada kewangan suami. Ramai di antara rakan-rakan suri saya bergantung sepenuhnya kepada income suami, tak mengapa, kerana itu adalah tanggungjawab suami. Alhamdulillah, namun tidak semua suami mampu dan lebih teruk ada suami yang langsung tidak memberi nafkah atau membantu. Ini sememangnya boleh mendatangkan kekecewaan dan menambahkan stress seorang suri! 
Suami tidak membantu
Dari pagi ke petang hanya isteri yang melakukan tugasan urus rumah, jaga anak-anak yang pelbagai ragam, malam sambung lagi mengajar anak-anak pula, sama ada kerja sekolah, mengaji, seorang suri rumah tidak habis lagi kerjanya ditambah lagi suami balik rehat sahaja, bermain game atau keluar semula bersama kawan-kawan. Maka di manakah tanggungjawab suami yang sepatutnya meringankan sama-sama beban isteri dan bertanggungjawab ke atas rumah dan anak-anak?
Lama-kelamaan, suri rumah akan merasakan diri hanya sekadar tukang jaga rumah, tukang jaga anak dan mula menilai diri bukan sebagai ibu atau isteri tetapi hanya bibik!
Tentangan keluarga
Bagi saya, inilah antara faktor stress dan boleh bawa kepada kemurungan yang agak teruk, dalam kita cuba menjadi anak yang terbaik buat ibu bapa, atau menantu kan, ditambah lagi situasi kita memilih untuk menjadi suri rumah bukan kerana sukarela. Mungkin kerana faktor anak-anak yang tidak sihat, anak disleksia atau kerana suami menyuruh kita menjadi suri rumah. Ada pelbagai faktor di sini, mengapa suri terpaksa atau dipaksa menjadi suri rumah. Tetapi walau apa pun alasan kukuh tersebut ianya ditentang oleh keluarga pula. Pedih kan? Kadang kala sehingga tidak mahu berjumpa ibu bapa kerana tidak tahan menahan telinga mendengar sindiran-sindiran yang diberikan.
Anak ramai dan masih kecil
Sesama wanita pun kan, peliknya masih bertelagah siapa paling penat. Emosi paling teruk. Tahukah anda setiap rumah mempunyai cerita tersendiri? Ada rakan saya murung dan stress kerana dia ada 8 orang anak kecil dan rapat jaraknya, jika anak-anak ini sopan belaka dan mendengar cakap lain cerita. Tetapi adakah anak-anak yang beracuan sendiri dan inilah tahap mereka bermain, explore, dan melakukan banyak kesilapan kita nak samakan dengan orang lain yang anaknya tidak ramai, atau mungkin jumlah ramai tetapi jarak berbeza?
Memiliki anak kecil yang ramai dan rapat bermaksud ibu terpaksa bermain dengan emosi dan fizikal yang sangat memenatkan. 
Surirumah bekerja sendiri
Working at home mom (WAHM) juga merupakan trend suri rumah alaf baru berbanding suri rumah zaman 80-90 an, harga pada tahun 2023 VS tahun 80-an dah jauh berbeza, masakan sama lagi suri rumah pada masa kini nak bergantung sepenuhnya kepada suami? Dan suri sendiri yang masih mempunyai komitmen, tidak semua mahu mengharapkan seorang suami untuk menyelesaikan hutang dan beban kewangan itu kan? Alangkah bahagianya jika semua suami itu mampu membayar, dan menyelesaikan komitmen isteri, mampu membelikan apa sahaja yang isteri mahukan. 
Jadi kita bukan kata suami kita tidak mampu atau tidak kaya, dalam beberapa kes, suri rumah juga ada keperluan dan lebih suka jika ada duit sendiri. Tidak semua suri rumah kaya, tetapi cukuplah dapat ada wang membayar komitmen, memberikan sedikit kebahagian untuk ibu dan ayah serta anak-anak dan diri sendiri. 
Jadi bila bekerja dari rumah ni kan, sebenarnya stress akan berganda-ganda berbanding kerja di ofis. Dengan anak kecil yang perlu diuruskan, demandingnya, peelnya, subhanallah. 
Saya sangat memahami situasi ini kerana saya juga merupakan suri rumah yang bekerja sendiri. 





Kesan Stress dan Kemurungan Kepada Suri RumahJika terus dibiarkan, maka suri rumah akan mendapat kesan dari emosi dan respon tubuh badan akibat "overworked", istilah lain "burn out", badan terlalu penat dan otak sudah tidak mampu untuk dimotivasikan lagi. Ini akan menyebabkan beberapa kesan iaitu;

Gangguan emosi dan mental.Impak fizikal pada kesihatan.Ketidakupayaan untuk berfungsi dengan baik dalam peranan suri rumah







Anda bayangkan diri anda as ibu, as wanita, as isteri ni kan, kena ada waktu "selfish" walaupun sekejap. Walaupun cuma untuk "take a nap". You do it. 
Jika rasa terlalu lelah, emosi tu dah macam naik sangat, spike sama ada marah, sangat letih, tutup sekejap mata. Baring dan bertenang. 



Jadi bagaimana ya nak kekalkan supaya kita ni sebagai suri rumah terus bermotivasi, waras, bahagia sebagai pengurus rumah tangga?


5 Tip untuk Mengatasi Stress dan Kemurungan Yang Boleh Suri Rumah CubaSetiap masalah ada jalan penyelesaiannya, walaupun kita sebagai suri rumah tidak boleh keluar dari rumah, sama ada pergerakan terhad kerana anak-anak, atau tempat yang dituju itu terlalu jauh atau faktor kewangan. Ada tips yang boleh anda cuba untuk menangani isu stress dan kemurungan ini.
Allah Tempat Mengadu dan Meminta Pertolongan
Sebagai seorang Muslim, harus saya katakan kebahagian hati itu terletak kepada kebergantungan kepada Allah yang Maha Esa. Kepada Dialah kita mengadu, meminta pertolongan dan meminta kesenangan. 
Sedangkan suami hanyalah makhluk Allah seperti kita juga, rapuh, banyak kekurangan dan tidak mampu pun sebenarnya menyelesaikan masalah kita. 
Bagaimana caranya?
1. Perbetulkan niat kita semula sebagai surirumah, kenapa kita nak jadi surirumah? Cari semula kekuatan anda
2. Amalkan doa minta pertolongan Allah ini setiap pagi dan malam - dengan meminta pertolongan Allah dalam menguruskan hidupan kita seharian, berperang dengan emosi, penat fizikal kan? Baca doa ini sebaik sahaja bangun dari tidur dan selepas solat maghrib. 

3. Solat dhuha - solat dhuha tidak semestinya kerana mahu rezeki, tidak semestinya kerana berniaga tetapi solat dhuha ini memberikan ketenangan buat hambaNya, dipermudahkan segala urusan, 
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
Jika suri berniaga, mencari rezeki dari rumah kan, solat dhuha ini juga sangat bagus dalam menarik rezeki. Namun kita harus ingat, rezeki ini datang pelbagai bentuk, rezeki ini mungkin kita tak nampak dari segi wang atau perhiasan, tetapi anak-anak yang soleh, keberkatan rumah tangga, kelapangan dada, dan kesihatan tubuh badan juga adalah antara nikmat yang dikurniakan kepada Allah buat kita.
Boleh baca lagi di sini, kelebihan solat dhuha untuk suri rumah.
4. Banyakkan beristigfar - Dengan perbanyakkan istigfar iaitu memohon ampun kepada Allah, insya Allah diberikan kemudahan dan dikeluarkan dari kesempitan (masalah yang melanda). 


5. Amalkan zikir fatimah - Untuk Kurangkan Kepenatan Urus Rumah Tangga. Ibu-Ibu Wajib Buat!



SEBENARNYA DALAM ISLAM TELAH ADA PENAWAR SEGALA KEPENATAN INI SEPERTI DIAJARKAN OLEH RASULULLAH S.A.W KEPADA PUTERI BAGINDA, SAIDATINA FATIMAH R.A

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a

Kemudian Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Ada banyak lagi amalan yang anda boleh amalkan, seperti mengaji al quran, bersedekah, berzikir dan bersangka baik. Semua amalan ini kita boleh lakukan pada bila-bila masa kerana kita sentiasa di rumah, namun saya faham juga, jika tidak biasa akan rasa susah, tetapi yakinlah, cuba dahulu sedikit demi sedikit dan insya Allah ianya akan menjadi rutin yang baik buat surirumah semua.
Cari sokongan dari rakan yang sama sekasut dengan diri anda
Jika anda seorang surirumah, nak dapatkan sokongan, nak luahkan perasaaan, adakah sesuai meluahkan kepada wanita yang belum berkahwin, atau lain situasi rumah tangga? Wanita tidak bekerja luahkan rasa stress kepada wanita yang bekerja? Agak-agaknya apa akan jadi ya? Hah, porak peranda la dan makin stress lah kepala anda kerana mereka ini tidak faham dan tidak lalui apa yang anda lalui. Oleh sebab itu, jaringan sokongan anda haruslah dari latar belakang yang sama. Suri kepada suri. 
Saya ada kongsikan dalam artikel sebelum ini mengenai persatuan suri rumah, yang pastinya circle yang hebat, memahami diri anda, situasi anda kerana mereka juga dalam kasut yang sama! Cubalah. Mana tahu kan, anda dah pun jumpa jaringan sokongan suri rumah yang dapat ubah diri anda dari murung kepada suri bahagia :)
Jadualkan masa untuk diri sendiri dan aktiviti kegemaran.
Ambil paling sedikit 30 minit untuk luangkan masa buat perkara yang anda suka, hobi ke? Jadi walau bagaimana pun stress jadi suri rumah, anda tetap luangkan masa untuk diri sendiri.
Amalkan senaman dan pemakanan yang sihat.
Pemakanan yang tidak sihat dan tidak sesuai akan mempengaruhi diri anda, kesihatan malah emosi. Jika badan asyik tidak sihat, bagaimana emosi yang gembira? Jadi ya, anda perlu jaga diri sebaiknya, dan mulakan dengan kenal badan anda sendiri. 

Sebagai contoh, minum kopi dapat boost energy dan mood saya setiap pagi, elakkan teh pula kerana ia boleh menyebabkan perut saya tidak selesa, angin dan akhirnya saya akan jadi moody kerana tidak suka dengan fizikal yang sakit.
Buat jadual harian untuk urus rumah, dan urus diri serta bisnes
Perlu ya, tanpa jadual, tidak kiralah anda nak tuliskan satu per satu atau setkan pada minda anda apakah aktiviti rutin harian anda sebagai surirumah, yang pastinya anda sudah tahu pada jam berapa anda bangun tidur, apakah next aktiviti atau tugasan, jam berapa perlu rehat dan sehinggalah pada jam berapa anda perlu tidur untuk capai kualiti diri yang sihat, waras dan kekal ceria.
Sebagai contoh, saya akan hantar anak ke sekolah jam 7 pagi, balik sahaja uruskan bahagian luar rumah, iron baju suami, kemas dalam rumah sehingga jam 9 pagi. Solat dhuha dalam waktu tersebut kemudian barulah buat kerja bisnes sehingga jam 12.00 tengah hari. 12-2.30 petang pula ialah waktu rehat dan waktu bersama anak-anak. 
Jadi bila anda sudah tentukan waktu-waktu ini, anda akan lebih tenang, teratur. Anda tahu bila boleh rehat, boleh serius. Namun ini cumalah guideline kerana bila anda ada bos kecil ni kan, kadangkala seluruh jadual tu boleh jadi "kosong". Satu kerja pun tak boleh buat kerana anak-anak ini. Namun tolong ya, enjoy the moment. Anda pasti akan lebih bahagia



KesimpulanStress dan kemurungan bukanlah perkara yang perlu dilalui sendirian. Dengan sokongan yang sesuai dan langkah-langkah yang betul, suri rumah boleh menghadapinya dengan lebih berkesan. Sentiasa yakin pada ketentuan ilahi yang menjadikan anda sebagai surirumah pada waktu sekarang. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dari Allah swt
Suri rumah adalah pekerjaan paling mulia, oleh itu berbahagialah sahabat kerana Allah melihat setiap kebaikan, pengorbanan yang telah kamu kerjakan.

Allah tidak akan sesekali membebani kita dengan sia-sia


Walau setinggi mana pun ijazah yang kita miliki hari ini, betapa besarnya cita-cita, namun ingatlah bahawa Allahlah sebaik-baik perancang. 



Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda dan mereka yang menghadapi cabaran serupa. Jika anda memerlukan bantuan lanjut dalam menguruskan stress dan kemurungan, jangan ragu untuk mencari bantuan profesional ya. Insya Allah, jangan pendam. Luahkan, hadapi dengan baik dan waras, serta usahalah untuk keluar dari stress dan kemurungan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/11/tip-dan-panduan-cara-atasi-stress-dan-kemurungan-suri-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Dapatkan Sijil Konvensyen Suri Rumah 2023 Ijpw

Cara Dapatkan Sijil Konvensyen Suri Rumah 2023 Ijpw

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 371 hits
Alhamdulillah Program Konvensyen Suri Rumah 2023 telahpun tamat pada 28 Oktober 2023 Tahniah kepada semua peserta KONSURI tidak kiralah anda hadir fizikal atau online Anda semua awesome Disebabkan ramai menghadapi masalah mendapatkan e siji...
Rutin Mencabar Sebagai Suri Rumah Dan Cabaran Mejaga Bonda Yang Uzur

Rutin Mencabar Sebagai Suri Rumah Dan Cabaran Mejaga Bonda Yang Uzur

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 373 hits
Rutin Umi berubah lebih kurang 360 degree bila abah tak sihat abah bedridden pejabat Umi pulak ditutup operasinya selepas hampir 10 tahun Umi terajui dari zero umi memang menginap rumah bonda dan balik awal pagi dan selepas abah dah tiada u...
Asyik Nak Kena Lastik Je Kalau Tepat Takpe Lah Ini Cara Buat Cicak Confirm Tak Suka Rumah Anda

Asyik Nak Kena Lastik Je Kalau Tepat Takpe Lah Ini Cara Buat Cicak Confirm Tak Suka Rumah Anda

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 239 hits
Asyik nak kena lastik je kalau tepat takpe lah Ini cara buat cicak confirm tak suka rumah anda cicak cukup membuatkan ramai orang geli geleman dan fobia lebih lebih lagi bagi mereka yang ada pengalaman buruk dengannya Lebih membuatkan ramai...
Suri Rumah Ditemui Mati Dalam Tandas Dengan Tiga Kesan Tikaman

Suri Rumah Ditemui Mati Dalam Tandas Dengan Tiga Kesan Tikaman

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 282 hits
Nuraliawati Sabriam hmetro com myMelaka Suri rumah ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di kediamannya di sebuah perumahan mewah di Ayer Keroh semalam Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata p...
Jadual Feri Pulau Pinang Panduan Dan Cara Beli Tiket Feri Pulau Pinang Online

Jadual Feri Pulau Pinang Panduan Dan Cara Beli Tiket Feri Pulau Pinang Online

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 341 hits
Jadual Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang penting bagi perjalanan ke Pulau Pinang melalui laluan air Terkenal dengan pesona budayanya yang unik dan keindahan pesisir pantainya telah menjadi tumpuan pelancong dari Sudah menjadi rutin hari...
Panduan Lengkap Judi Bola Deposit Pulsa Cara Bermain Dan Menang

Panduan Lengkap Judi Bola Deposit Pulsa Cara Bermain Dan Menang

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 135 hits
Panduan Lengkap Judi Bola Deposit Pulsa Cara Bermain dan Menang Judi bola telah menjadi salah satu permainan taruhan paling populer di dunia Dengan perkembangan teknologi sekarang Anda dapat bermain judi bola secara online melalui deposit p...
Panduan Bermain Demo Slot Zeus Cara Memaksimalkan Peluang Menang

Panduan Bermain Demo Slot Zeus Cara Memaksimalkan Peluang Menang

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 225 hits
Panduan Bermain Demo Slot Zeus Cara Memaksimalkan Peluang Menang Apakah Anda seorang penggemar permainan slot online Jika ya maka Anda mungkin sudah familiar dengan permainan slot Zeus yang terkenal Slot Zeus merupakan salah satu permainan ...
Suri Rumah Pun Boleh Burn Out

Suri Rumah Pun Boleh Burn Out

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 271 hits
Tak sangka ya jadi suri rumah pun boleh burn out Malah ramai seperti tidak berpuas hati kenapa seoranga wanita yang tidak bekerja ini hanya jaga anak sendiri boleh alami burn out dan sakit mental Bukan jadi gila tau Jangan salah faham pula ...
Jurukimpal Bunuh Suri Rumah Dipenjara 35 Tahun

Jurukimpal Bunuh Suri Rumah Dipenjara 35 Tahun

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 171 hits
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati dan menggunakan budi bicara untuk menggantikan hukuman itu kepada penjara PUTRAJAYA Seorang jurukimpal terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman mati yang dijatuhkan Mahka...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco