Glamping Di Tanah Aina Raub Berada Di Hutan Dekat Dengan Sungai


Glamping di Tanah Aina Fahad adalah suatu pengalaman tak boleh nak lupa. Berada di Tanah Aina Farhad Glamping park sangat best!!! Serius best! Sangat sesuai untuk mereka yang mencari ruang lokasi relax, berehat dengan pasangan atau keluarga, dengan ditemani alunan bunyi² unggas di hutan. Mula-mula melangkah masuk ke kawasan ini langsung tak bayangkan bilik yang kemas lagi lawa. Ingatkan style berkhemah cara sekolah dulu lah.Jadi tak berapa nak excited pada mulanya. Bila berada dekat dengan khemah, mata mula merayau. Jenguk tengok ke dalam khemah, “wowww!! Tak sangka sehebat tu.!!” Serius best. Betul, ini memang glamping. Glamping dengan ada katil yang selesa, ada pilihan khemah ikut atau bilangan yang datang. Dan ruang luas tau walaupun dalam khemah. Kali pertama datang dah terpaut hati di Tanah Aina Fahad. Berada di cafe pun dah teruja denga deruan air terjun dan udara hutan yang sangat segar….oh oh oh…. thanks sayang ( Muazam Nawawi dengan izin i datang sini merelaxkan diri ). Waktu malam boleh menikmati bunyi air dan unggas. Ada kawasan untuk berehat, boleh duduk di cafe atau ada khemah untuk bermesyuarat secara open air disediakan. Suasana malam memang sejuk. Kalau ada kelapangan boleh la main Giant Chess. Tapi memandangkan ini hutan dan sunyi sepi je walaupun ianya hanya di tepi cafe, kami tak main pin. Badan pun dah letih, kalau siang mungkin lebih semangat untuk bermain, terutamanya jika bersama keluarga. Glamping di Tanah Aina Fahad ; dekat sangat dengan ciptaan Tuhan Berada di sini, terasa sejuk sangat. Sejuk dan damai ha…ini lebih tepat. Ianya seolah-olah mencari semula jiwa yang hilang, yang penat di kota. Meninggalkan saat kesibukkan kota dan merasai sejuk dan indahnya alam. Kadang kita lupa bahawa Allah swt ciptakan hutan , air terjun dan sungai adalah untuk menjadikan kita bersyukur dan dekat dengannya. Sesekali perlu bawa diri kembali ke fitrah kehidupan dekat dengan alam yang menghijau. Kembalikan ketenangan dan kedamaian diri. Ada titian gantung. Dari sini boleh lihat betapa indahnya sungai yang Allah swt ciptakan. Cuma ini yang masih tinggal dan perlukan kita untuk menjaganya untuk anak-anak menikmatinya pada masa depan. Disini juga disediakan aktiviti water confident. Boleh lakukan dengan pemantauan oleh life guard yang disediakan oleh pihak pengurusan Tanah Aina Fahad. InsyaAllah selamat. Buat dengan penuh yakin. Glamping ala mewah.. glamarous gitu. Toilet berasingan daripada khemah, tapi jangan risau.. tip top bersih dan selesa. Disini juga, kalau melangkah masuk ke dalam toilet rasa macam masuk ke spa Bali. Ukiran dan interior design dalam toilet pun lawa. Tak snap gambar bahagaian dalam,biar sesiapa yang baca ini, surprise sikit dan teruja nak pergi lihat sendiri. Saya dah rasa betapa bestnya menginap disini. Bukan sahaja khemah, jika nak duduk atay stay in dalam pondok penginapan pun ada. Pun lawa juga, boleh tempah untuk honeymoon. Sungguh lawa, cuma nak tahu lebih lanjut bolehlah layari website Tanah Aina dan juga boleh buat tempahan di nombor yang dikongsikan. Tel: 016-609 0493 Location : https://bit.ly/395IYd4 Dinasihatkan korang untuk booking awal supaya tak kecewa, kerana setiap kali hujung minggu semua khemah-khemah dan juga pondok adalah full booked! Jika berhajat ingin adakan sebarang majlis perkahwinan atau apa-apa majlis boleh dibuat disini. Ada dewan terbuka yang cantik dan luas. Jadi perlu merancang dengan awal dan juga sebaiknya. Namun, jika sebaliknya berlaku, ingat yang ALLAH swt adalah sebaik-baik perancang dalam apa juga keadaan. Percutian secara berkumpulan : Jika berhajat untuk melakukan percutian secara berkumpulan , boleh hubungi nombor telefon 017-3858477 dan menggunakan perkhidmatan Zam Holiday. Mereka sangat pentingkan S.O.P dan juga kebersihan serta keselamatan penumpang. Selain itu, kalau dah mencari lokasi-lokasi best di Pahang, boleh juga melawat ke Kuala Lipis. Ada beberapa lokasi menarik di Kuala Lipis dan boleh juga singgah ke Janda Baik.
The post Glamping di Tanah Aina, Raub ; berada di hutan dekat dengan sungai appeared first on Ummi Nani.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://umminani.com/2020/08/glamping-di-tanah-aina-raub/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Glamping Di Tanah Aina Fahad Tempat Menarik Di Raub Pahang

Glamping Di Tanah Aina Fahad Tempat Menarik Di Raub Pahang

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 798 hits
AssalamualaikumEntry sebelum ni aku dah kongsikan beberapa tempat menarik di Bentong boleh baca di kali ni aku nak kongsikan tempat menarik di Raub Pahang iaitu Tanah Aina Fahad merasa lah pengalaman bermalam dalam glamping yeahh Aku selalu...
Ke Tanah Aina Fahad Raub Lagi

Ke Tanah Aina Fahad Raub Lagi

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 467 hits
Salam uolls Ingat lagi tak entri sebelum ni Ty ceritakan yang Ty tour ke beberapa daerah di negeri Pahang Ye next daerah is Raub KALI KEDUA KE TANAH AINA FAHADYa merupakan kali kedua tapi kali ni lebih kepada istirehat sambil menikmati kein...
Segerakan Proses Ambil Tanah Lancarkan Naik Taraf Anak Sungai

Segerakan Proses Ambil Tanah Lancarkan Naik Taraf Anak Sungai

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM 1 OGOS Proses pengambilan tanah perlu disegerakan agar kerja naik taraf anak Sungai Udang fasa dua dapat dilaksanakan kata ahli dewan negeri Taman Templer Mohd Sany Hamzan berkata ia bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap ...
Kisah Pasangan Yang Selamat Meski Berada Dekat Pusat Ledakan Di Lebanon

Kisah Pasangan Yang Selamat Meski Berada Dekat Pusat Ledakan Di Lebanon

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 378 hits
Sepasang suami dan istri berhasil selamat meskipun keduanya berada di lokasi berjarak hanya 600 meter dari pusat ledakan dahsyat di pelabuhan Beirut Lebanon Keduanya merasa beruntung bisa selamat dan kini menjalani perawatan medis di rumah ...
Kes Sungai Buloh Sprm Jangka Ada Tangkapan Lagi

Kes Sungai Buloh Sprm Jangka Ada Tangkapan Lagi

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 263 hits
Azam ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program SPRM PUBG Mobile i Challenge di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjangkakan beberapa tangkapan lagi dibuat susulan kes...
Judi Sungai Buloh Rombakan Dalaman Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

Judi Sungai Buloh Rombakan Dalaman Diputuskan Selepas Siasatan Selesai

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 325 hits
Anggota Majlis Perbandaran Shah Alam memecahkan sebahagian batu konkrit ketika membuat serbuan dipercayai premis judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh Selangor foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Sebarang tindakan terma...
Operasi Bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam Bersama Pdrm Imigresen Dan Kastam Di Sekitar Sungai Buloh

Operasi Bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam Bersama Pdrm Imigresen Dan Kastam Di Sekitar Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 431 hits
Operasi Bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam Bersama PDRM Imigresen dan Kastam di Sekitar Sungai Buloh Sumber malaysiagazette com MR Sebelum ni kata tak beroperasi berdebu Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via ...
Lokasi Makan Bajet Rm2 Sepinggan Makan Tepi Sungai Di Paroi

Lokasi Makan Bajet Rm2 Sepinggan Makan Tepi Sungai Di Paroi

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 327 hits
Melalui facebook Tengku Yusrisna Ayud dia memberitahu kita semua ada sebuah lokasi makanan bajet di Paroi Negeri Sembilan Menariknya kedai makan itu menawarkan hidangan pada harga yang terlalu murah iaitu RM2 sepinggan Pada mulanya dia meny...
Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 464 hits
SUNGAI BULOH Pengusaha Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid 42 mendakwa ada individu mengaku sebagai Ayahanda menghubungi beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi sekitar Bandar Baru...
Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

How Land Surveying And Site Planning Shape The Future Of Architecture

Two Company Owners Clerk Nabbed Over Bribes To Expedite Malaysian Citizenship Applications

Apa Itu Hari Nuzul Al Quran

The First Moon Landing By Apollo 11 A Giant Leap For Mankind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Building Strong Company Culture

Sebalik Balik

Gbp Usd 17 Februari Kenaikan Harga Meletak Harapan Pada Jerome Powell

Piala Asia 2027 Tarikh Kejohanan Format Pasukan Sejarah

20 Koleksi Pantun Sweet Eratkan Kemesraan Dengan Pasangan

15 Warga Bangladesh Cuba Bolos Sebagai Pemain Kriket Ditahan Di Klia Akps