Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World Of Tambun


Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun | Salam hormat semua, kali ni saya nak kongsikan satu percutian yang sangat ohsem !. Percutian kali ni amat berbeza dari kebiasaanya. Apa yang berbeza? Ye lah, selalunya kalau pergi bercuti penginapan yang selalu kita pilih adalah menginap di hotel-hotel kan? Tapi kali ini percutian kami (Projek Travel) memilih menginap di Glamping

Main entrance Lost World of Tambun
Wah ! Bunyi yang sangat menarik kan? Ye, percutian dan penjelajahan kami tempohari memberi satu pengalaman baru buat kami. Selain menginap di Glamping banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang kami terokai di Lost World of Tambun, Perak ni. Kemana kami pergi

Glamping Lost World of TambunMenginap di Glamping di Lost World of Tambun ni seakan mengimbau zaman persekolah 20, 30 tahun lalu. Ye lah, kali terakhir masa darjah 6 dulu-dulu. Kali ni kami menginap di Glamping untuk semalaman sahaja. Sungguh pun semalaman, pengalaman yang kami dapat amat-amat berharga

Pintu gerbang masuk ke Glamping Lost World of Tambun
Glamping kami di sini memberikan pengalaman berbeza dari yang lain, selain menikmati keindahan siang dan malam yang sangat menenangkan, Glamping yang kami inap di Lost World of Tambun ini di kelilingi dengan kehijauan dan bukit-bukit batu-batuan batu kapur dengan rupa bentuk unik hasil semulajadi yang mampu membuatkan mata anda tidak jemu untuk menikmati permandangan sebegini indah
Suasana Glamping Lost World of Tambun pada waktu malam
Glamping yang saya dan rakan-rakan inap ini berbeza dari 5 Glamping lain yang terdapat di Lost World of Tambun ni, kerana Glamping saya ni adalah satu-satunya yang dibina terapung (floating) di atas permukaan air. Wah ! Bunyi yang sangat menarik kan? Ye, sebenarnya menurut salah seorang yang bertanggungjawab membawa kami menjelajah seseluruh genap ruang di Lost Wolrd of Tambun ni, ini baru permulaan. Tidak lama lagi banyak lagi Glamping terapung (floating) akan di bina di sini

Floating Glamping Lost World of Tambun
Malas nak cakap banyak, korang boleh tengok sendiri gambar-gambar Glamping ni untuk gambaran sebenar di kawasan ni. Untuk Glamping yang kami inap ini mampu memuatkan 4 orang dewasa kerana di dalamnya terdapat 1 katil besar dan 2 katil single. Selain itu kemudahan seperti soket elektrik (plug) dan kipas angin berserta lampu di sediakan.

RUANG DALAM GLAMPING - Lost World of Tambun
Selain itu tuala mandi dan toilettries juga disediakan seperti shampoo, shower gel dan body milk untuk para tetamu. Pendek kata kalau datang ke sini anda cuma perlu bawa berus dan ubat gigi dah memadai


Oh ! ya, sebelum terlupa, untuk pengetahuan anda, kalau anda menginap di Glamping ni, nak bagitahu tandasnya berada di bahagian luar. Ye lah, Glamping ni kan berkonsepkan khemah. Tetapi jangan risau, lokasi tandasnya tidaklah jauh dari Glamping yang anda inap tu. Tandas ini baru sahaja siap dibina. Ruang tandas yang luas dan selesa lengkap dengan pemanas air (heater) untuk mandi manda

Tarikan Terkini Di Lost World of TambunBila sebut saja pasal Lost World of Tambun ni ianya tidak tertumpu kepada Taman Tema Air dan SPA sahaja. Sebenarnya banyak lagi tarikan yang mungkin korang tidak tahu. Jom  kita tengok apa yang menarik di sini.

Hypo KingdomHypo
Tidak jauh dari floating Glamping kami, dimana letaknya Hypo Kingdom. Apa yang menarik yang ada dalm Hypo Kingdom ni? nama pun Hypo Kingdom kan? sah-sah lah terdapat Hypo dalam tu. Kalau anda menginap di Glamping ni kelebihan dia anda boleh ke Hypo Kingdom ni jalan kaki je sebab dekat sangat lebih kurang dalam 40 meter je.

HYPO (JUWITA) Hypo Kingdom Lost World Of Tambun
Berbalik semula pada Hypo tadi, Hypo atau namanya saintifiknya Hippopotamus adalah antara tarikan utama kat dalam Hypo Kingdom ni. Kalau anda nak tau, di sinilah satu-satunya seumpamanya anda boleh tengok Hypo secara underwater. Kalau nak bergambar belaga pipi dengan Hypo pun boleh, tapi di sebalik cermin je lah hahaha...

Buaya
Selain tu, di lokasi yang sama bersebelahan dengan Underwater Hypo atau nama jolokannya "Juwita" di situ juga letaknya kolam Underwater Buaya. Di dalam tu jika anda bernasib baik anda boleh tengok buaya berendam di dalam air sambil di sisi ikan-ikan yang besar-besar.

BUAYA - Lost World of Tambun.jpgBukan tu saja, di situ juga anda boleh melihat lain-lain haiwan seperti ;

Spotted Hyenas (Dubuk).
- Untuk pengetahuan anda Spotted Hyena adalah antara Hyena yang paling besar dalam keluarganya. Antara spesis Hyena lain yang terdapat di dunia adalah Brown Hyena, Stripped Hyena. Manakala Spesis Hyena yang sifatnya seakan-akan anjing adalah Aardwolf.

Spotted Hyenas (Dubuk)Rusa.
- Part paling best sekali adalah di area Rusa ni. Apa yang menariknya anda boleh memberi Rusa-rusa ni makan secara dekat sambil bergambar kerana haiwan ini dibiarkan berkeliaran di kawasan ini tanpa di kurung.

Rusa - Hypo KingdomOctrich.
- Selepas kandang Hyena anda dapat melihat burung yang viral lari di lebuhraya dulu. Burung apa? Octrich lah. haha..

Octrich - Hypo KingdomPetting ZooPersepsi saya mula-mula masuk ke Petting Zoo ni ingat macam masuk ke mana-mana zoo je. Rupanya sangkaan saya silap. Petting Zoo ni haiwan-haiwan yang terdapat di sini sangatlah unik dan rata-rata ianya jinak-jinak dan ada juga yang telah terlatih.

Love birds - Petting Zoo Lost World of Tambun
Nama pun dah Petting Zoo kan? banyak juga haiwan-haiwan yang tersangatlah comel-comel antara spesis yang tak pernah jumpa pun ada juga. Bukan sekadar melihat sahaja, anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan ini sendiri. Di sini juga anda boleh membeli makanan untuk diberi kepada haiwan-haiwan tertentu sahaja.

COMEL : Petting Zoo Lost World of Tambun
Tempat paling best bagi saya adalah di bahagian burung-burung dan di rumah Hamster. Di punya jinak sampai makan pun di tangan.

Lain-lain binatang yang saya masih ingat nama dia yang terdapat di sini adalah seperti;
Spesis burung-burung yang jinak-jinak termasuk Love birds, Merak putih, Pegeon, Indian Peacock, spesis ayam yang jarang kita lihat dan banyak lagi.Spesis Kura-kura termasuk labi-labi.Tapir dan Rusa.Monyet-monyet kecil.Binturong (Bearcat).Common Marmoset.Arnab.Spesis ular berbisa dan tidak berbisa.Dan banyak lagi.Power Breakfast Di WetlandKalau korang nak tahu part ni paling best, kali ini sarapan kami amat berbeza dari yang lain. Mana tidaknya sarapan kami ini di panggil "Power Breakfast" ni di tengah-tengah wetlands yang dibuat pelantar seolah-olah jeti yang mana dikelilingi bukit-bukit batuan dengan tumbuhan yang menghijau. Uhhhhh... mendamaikan.

MENU : Power Breakfast - Lost World of Tambun
MENU : Power Breakfast - Lost World of Tambun
Dengan sarapan yang simple tapi mengenyangkan ini dibawakan oleh pihak pengurusan Lost World of Tambun sendiri. Dekorasi yang kreatif dan menarik ini membuatkan kami tertumpu lama di kawasan ini sambil mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan yang sukar di lupakan. Bagi pasangan yang nak "honeymoon" ala-ala romantik uuhhhhh... sangatlah sesuai.

SESI BERGAMBAR :  Power Breakfast - Lost World of TambunBersarapan di sini tersangatlah tak puas rasanya, bukan pasal hidanganya, tapi rasa macam nak duduk lama-lama je kat sini. Lokasinya tersangatlah cantik sesuai untuk menjamu mata dengan keindahan lanskapnya. Kalau korang datang ke sini jangan lupa merasai sendiri pengalaman ni.

FIRST ROUND : Power Breakfast - Lost World of Tambun
Tarikan Lain Di Lost World of TambunSeperti yang korang dag sedia maklum, tarikan utama di taman tema ini adalah "water park" nya yang luas. Apa yang best di sini adalah terdapat kolam-kolam air panas dan sejuk. Terdapat kolam untuk semua peringkat umur dan ada juga kolam yang sesuai untuk kana-kanak yang mana di sediakan juga mini "water slide". pendek kata memang puas hati kalau bercuti di sini.

Tarikan Lain Di Lost World of Tambun
Di samping itu terdapat banyak permainan yang boleh korang cuba di sini. Susah nak gambarkan bertapa seronoknya kalau berkunjung di sini. Terdapar juga permainan flying carpet yang besar, Roller Coster, rumah hantu, replika gajah-gajah dan yang paling menarik korang boleh cuba sendiri bagaimana cara lama orang mendulang bijih timah. Haaaaaa... macam mana? menarik tak?.

MAKAN TENGAH HARI : Dulang Tea House - Lost World of Tambun
Kalau penat, rehatlah seketika di Dulang Tea House, sebuah cafe "oldschool" yang mana korang boleh nikmati kopi original ipoh (Kopi Kampung). Rasanya memang umpppp.... selain tu korang boleh cuba Roasted Rice Tea pekena pula dengan roti bakar perghhhh...

Di cafe ni kalau di lihat memang konsepnya zaman-zaman dahulu. Semua cawan, mangkuk dan piring semuanya jenis yang lama-lama. Duduk di dalam cafe ni seolah-olah mengimbau kembali zama sejarah dulu-dulu. Sambil menikmati secawan kopi, apa lagi...kaki selfie memang ni lah tempat dia.

BARANG LAMA : Dulang Tea House - Lost World of Tambun
Pengalaman Terokai 6th Mile Tunnel - Lost World of TambunAntara penjelajahan yang tidak di rancang tapi menjadi satu pengalaman yang indah untuk di kenang. Salah satu aktiviti yang memerlukan ruang masa satu hari termasuk rehat adalah menerokai 6th Mile Tunnel yang mana letaknya tidaklah jauh dari Glamping yang kami inap.

Wefie dulu : Sedia terokai 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun
Sebelum meneruskan penjelajahan ke dalam 6th Mile Tunnel, kami diberi taklimat khas serta info-info tentang 6th mile tunnel ni. Selesai panaskan badan, kami sarungkan jaket keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Perjalan kami ke 6th Mile Tunnel dari jeti Glamping ke seberang tasik cuma 3 minit sahaja.. Selepas itu kami kena berjalan kaki lebih kurang 7-10 minit untuk sampai ke depan 6th Mile Tunnel ni.

POND CROSSING : Di pintu masuk 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun
Sebelum tu kami sekali lagi diberi takimat khusus tentang 6th Mile Tunnel sebelum melalui cabaran pertama iaitu Pond Crossing. Di pond crossing ni, kami perlu melalui satu paya yang kedalamannya paras pinggang hingga ke paras dada sambil berpaut pada tali yang di rentang untuk tujuan keselamatan di samping jaket keselamatan dan topi keselamatan sentiasa dipakai.

Sampai ke permukaan 6th Mile Tunnel  ni kami masuk secara dalam barisan yang mana diketuai oleh Pemandu Arah (staff Lost World of Tambun). Untuk pengetahuan korang setiap orang yang masuk ke sini akan dibekalkan lampu suluh yang dipasang di bahagian topi. Tanpa lampu korang memang tidak dapat berjalan kerana di dalam ni keadaannya sangatlah gelap gelita.

Di ruang yang sekejap sempit dan sekejap luas dalam 6th Mile Tunnel anda perlu berhati-hati kerana mungkin korang akan terhantuk dengan batu-batuan dan Kristal dari arah atas kepala korang tu. Jadi semasa menjelajah ke dalam 6th Mile Tunnel  ni berhati-hati sepanjang masa amatlah perlu.

Di dalam 6th Mile Tunnel  ini juga korang dapat lihat sendiri bagaimana kristal-kristal ini terbentuk. Dari sekecil-kecil kristal sehingga yang besar. Jika korang peka dengan keadaan sekeliling korang akan terjumpa satu kubu yang difahamkan ianya digunakan oleh pihak komunis satu ketika dulu.

Stalactite / Crystal (gambar kecil) : 6th Mile Tunnel - Lost World of Tambun
Kalau nak cerita memang susah nak gambarkan kepada korang. Korang di syorkan sendiri mencuba pengalaman yang berharga ni. Apa yang sangat mengecewakan pada saya, saya tiada kamera yang kalis air pada ketika ini. Jika korang ke sini, jangan lupa sediakan beg kalis air untuk yang guna smart phone dan kamera yang diasang dengan kalis air. Terasa amat merugikan kalau tak abadikan kenangan kalau masuk ke 6th Mile Tunnel  ni.

BERJAYA MELEPASI : 6th Mile TunnelPengalaman pergi dan balik merentasi 6th Mile Tunnel yang mana air sentiasa mengalir di bawahnya membuat kami tidak berasa penat sangat. Rasa seronok dapat menerokainya di tambah lagi kami pergi dengan sahabat-sahabat yang satu kepala yang langsung tak ada kerenah dalam percutian kali ini.


Kalau korang nak rasa teruja macam kami dan merasa sendiri pengalaman macam kami ni, silalah ke Lost World of Tambun. Saya jamin ianya sangat berbaloi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Glamping dan 6th Mile Tunnel di Lost World of Tambun ni, korang boleh cuba cari info lanjut seperti yang saya sertakan di bawah ni.

Website :sunwaylostworldoftambun.com
Facebook :facebook.com/lostworldoftambun
Instagram :instagram.com/sunwaylostworldoftambun

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogger2u.com/2017/11/glamping-tarikan-terbaru-lost-world-of-tambun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dinasour Encounter Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo Melaka

Dinasour Encounter Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo Melaka

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 444 hits
Jalan Jalan Dinasour Encounter Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo MelakaBerkesempatan melawat Zoo Melaka setelah beberapa kali kami tangguhkan rancangan disebabkan PKP Alang alang balik kampung ajak pada suami untuk kemudian bawa anak anak m...
Cop26 Exhibition Showcases Malaysian Indigenous Art To The World

Cop26 Exhibition Showcases Malaysian Indigenous Art To The World

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 290 hits
The 26th United Nations Climate Change Conference was attended by more than 100 world leaders who worked around the clock to reach the hard decisions but at the very heart of the summit was the arts For the first time members of Malaysia s ...
Yoo Ahin Ahn Eunjin Dilapor Bakal Terajui Siri Netflix The Fool At The End Of The World

Yoo Ahin Ahn Eunjin Dilapor Bakal Terajui Siri Netflix The Fool At The End Of The World

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 411 hits
Makin banyak siri Netflix menyeronokkan yang akan menyapa anda tak lama lagi Terbaru Yoo Ah in dan Ahn Eun jin dilaporkan bakal menerajui siri The Fool At The End Of The World arahan pengarah Extracurricular iaitu Kim Jin min Ianya merupaka...
Why Do Some Still Think The World Of Abah

Why Do Some Still Think The World Of Abah

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 272 hits
To be honest I have never been political Growing up in a household where both parents were civil servants I lived a relatively comfortable life with no major upheavals People like me stick to our comfort zone and go with the flow Taking ris...
Video Prolog Jurassic World Dominion Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Video Prolog Jurassic World Dominion Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 339 hits
Universal telah mengeluarkan video prolog Jurassic World Dominion selama lima minit berserta poster terbaru Video prolog tersebut membawa penonton kembali ke 65 juta tahun ke masa lalu untuk merasai pengalaman dimana manusia masih belum wuj...
Senarai Pemain Badminton Yang Layak Ke Kejohanan Bwf World Tour Final 2021

Senarai Pemain Badminton Yang Layak Ke Kejohanan Bwf World Tour Final 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 974 hits
Siri kejohanan badminton BWF akan berakhir dengan satu pertandingan terakhir iaitu BWF World Tour Final dan untuk tahun 2021 ini ianya akan berlangsung pada 1 hingga 5 Disember 2021 Sepertinya kejohanan sebelumnya juga akan berlangsung di B...
Bwf World Tour Finals Sejarah Kejohanan Dan Prestasi Pemain Badminton Malaysia

Bwf World Tour Finals Sejarah Kejohanan Dan Prestasi Pemain Badminton Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 522 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBWF World Tour Finals juga dikenali sebagai HSBC BWF World Tour Finals Kejohanan ini merupakan kejohanan tiap tahun dimana ia dilangsungkan pada setiap bulan Disember Pemain dengan mata ranking terbanyak d...
Top 10 Deadliest Substances In The World You Should Never Touch Part 4

Top 10 Deadliest Substances In The World You Should Never Touch Part 4

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 253 hits
Top 10 Deadliest Substances In The World You Should NEVER Touch Part 4 Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i Watch The Previous Part Here https youtu be WCAoh3PbouA Hot peppers plasma and some messed up fish You already know ...
Lirik My World Too Fatia

Lirik My World Too Fatia

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 247 hits
i see people walkingdown the streetwith their empty eyes staring back at memy friends are talkingcheerfullyno one knows if anyone s still listeningyou ask me to believe in who i amthen you break me when i canthis is my world toono matter my...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi