Dinasour Encounter Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo Melaka


Jalan-Jalan: Dinasour Encounter, Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo MelakaBerkesempatan melawat Zoo Melaka setelah beberapa kali kami tangguhkan rancangan disebabkan PKP. 
Alang-alang balik kampung, ajak pada suami untuk check in hotel di Bandar Melaka kemudian bawa anak-anak melawat Zoo Melaka. 
Ini merupakan pengalaman pertama aku dan anak ke Zoo Melaka. Jadi semestinya jangkaan kami agak tinggi. 
Memandangkan kami dah banyak kali ke Zoo Negara, memang tak boleh elak untuk bandingkan tarikan yang ada disini. 
Kalau bawa anak-anak ke Zoo memang kami tak pernah naik tram. Sengaja nak biarkan anak-anak explore sendiri dan rasai kegembiraan berinteraksi dengan alam. 
Walaupun penat tapi berbaloi sangat. Banyak benda yang anak-anak belajar terutama tentang haiwan dan alam bila datang ke sini. Selain itu boleh asah kemahiran ikhtiar hidup dan kreativiti anak. 
Seronok tu memang pastilah, tapi panas ya ampun. Kami sampai dalam pukul 10.00 pagi dan kawasan letak kereta agak terhad dan cepat penuh. 
Kena lah menapak nak ke pintu utama. Sepanjang jalan ada gerai menjual topi dan barang kraf. Tolong bawa topi dan botol air sebab amat-amat membantu bila berada di dalam zoo. 
Kalau nak beli  dalam zoo pun boleh, ada gerai yang menjual air dan makanan. 


Tarikan Terbaru Zoo Melaka - Flying Monkey & Dinasour EncounterAntara faktor yang aku teruja nak ke Zoo Melaka adalah kerana tarikan terbaru mereka iaitu Flying Monkey & Dinasour Encounter. 
Zoo Melaka ada Night Safari, tapi untuk lawatan pertama kali kami decide untuk pergi waktu siang. 
Kami sempat tengok persembahan “Bird Show” pada pukul 11 pagi sebelum masuk ke kawasan Dinasour Encounter. 
Anak-anak enjoy tengok show dan banyak binatang yang dilatih. Kalau terlepas boleh tengok sekali lagi pada pukul 3.30 petang.  



Seperti dijangka Dinasour Encounter memang menyeronokkan terutama jika anak-anak sukakan Dinasour. 
Kawasan yang diperuntukkan agak luas dan laluan bertangga agak mengelirukan. Tidak membosankan sebab Dinasour mengeluarkan bunyi dan bergerak walaupun setempat. 
Banyak spesis Dinasour yang ada dan bersaiz besar. Satu perkara yang tak best ialah tak banyak kawasan redup dan memang mencabar kalau nak tolak stroller dan tak sesuai untuk warga emas kerana jalan yang berbukit. 
Cuaca panas sangat dan cahaya matahari memancar tepat di atas kepala. Rasa mendidih je otak. 
Berbotol-botol air mineral berjaya dihabiskan masa nak tawaf Dinasour Encounter. Kalau anak kecil anda takutkan badut, patung besar memang tak sesuai masuk ke sini. 





Flying Monkey, Zipline Pertama Di Dalam ZooAntara tarikan terbaru di Zoo Melaka juga ialah Flying Monkey yang merupakan Zipline pertama yang dibina di dalam zoo. 
Untuk yang kurang familiar, Zipline lebih kurang macam flying fox. Ada wayar dan cable dipasang pada badan dan kemudian berjalan merentasi antara pokok ke pokok. 
Untuk pengunjung yang suka aktiviti lasak dan teringin merasa memanjat dan tengok monyet boleh lah cuba. Kami decide untuk cuba bila datang lain kali. 
Boleh plan makan malam makan seafood di Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai





Seronok Atau Tidak Ke Zoo Melaka?
Seronok atau tidak Zoo Melaka bagi aku adalah sesuatu yang subjektif. 
Kalau tanya pendapat aku sebagai orang dewasa, aku lebih sukakan Zoo Negara sebab laluan dan kandang haiwan lebih teratur. Tetapi anak aku lebih sukakan Zoo Melaka berbanding Zoo Negara. 
Zoo Melaka sangatlah luas dan merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Zoo Melaka juga dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. 
Kebetulan pada hari kami ke pusing-pusing Zoo Melaka, Ikhwan terlibat dengan aktiviti sekolah MyWalk My Ride peringkat kebangsaan. 
Tak sangka selepas penyertaan peringkat Negeri, dia terpilih untuk peringkat Kebangsaan pula. 
Sewaktu MyWalk My Ride peringkat Negeri, kami bawa Ikhwan pusing Zoo Negara dan selamat tamatkan aktiviti berjalan kaki sejauh 4KM bersamaan pusingan lengkap Zoo Negara (kecuali kawasan Panda) manakala untuk peringkat kebangsaan kami berjaya tamatkan laluan sejauh 5KM di dalam Zoo Melaka. 
Jadi dapat bayangkan tak keluasan Zoo Melaka tu? Mencabar bagi orang dewasa yang kurang bersenam macam aku, tapi satu keseronokkan untuk anak-anak. 
Bezanya Zoo Melaka, keluasan kandang haiwan lebih besar dan lebih banyak binatang. Alhamdulillah binatang semuanya sihat sejahtera. 
Ada Gajah, Harimau, Singa, Pelbagai spesis Rusa, Badak Sumbu, Zirafah, petting Zoo, Horse ride dan banyak lagi binatang. 





Harga Tiket Zoo Melaka TerkiniZoo Melaka beroperasi bermula 10.00 pagi sehingga 4.00 petang pada hari bekerja dan 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hujung minggu dan cuti awam. 
Harga tiket Zoo Melaka terkini, dewasa ialah RM38 manakala kanak-kanak berumur 4 tahun sehingga 12 tahun, tiket berharga RM31. 
Dekat kaunter kita boleh hulurkan derma “food bank” untuk haiwan serendah RM10. 
Tiket berasingan dikenakan kalau nak masuk ke Petting Zone iaitu sebanyak RM5 untuk kanak-kanak. Masuk dalam petting zoo diberikan satu cawan makanan untuk arnab, hamster, burung kakak tua dan boleh beri rumput kepada rusa. 
Ada juga aktiviti ‘horse riding’ untuk anak-anak cuba. 


Live Feeding & Keeper Talk
Feeding Pulau Ungka: 10:00 Pagi & 4:00 Petang
Feeding Harimau & Singa: 12:00 Tengahari & 3:00 Petang
Keeper Talk Zirafah: 2:00 Petang
Feeding Banteng & Nilgai: 10:00 Pagi - 5:30 Petang
Feeding Gajah: 10:00 Pagi - 5:30 Petang
Petting Zone: 10:00 Pagi - 5:30 Petang
Maklumat lanjut boleh rujuk : Laman web Zoo Melaka






Perjalanan untuk sampai ke kandang Orang Hutan agak sunyi dan agak seram kalau tak ramai orang. Terbayang kalau ada binatang terlepas atau bertindak luar kawalan memang minta dijauhkan. 
Konsep Zoo Melaka mengutamakan kebebasan bergerak bagi haiwan di sana. 
Saiz kandang yang luas dan terbuka beri kepuasan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman berada di zoo sebenar. 
Sebelum sampai ke pit stop terakhir kami sempat melihat kakitangan zoo menaiki motor menghalau monyet liar. 
Bagi aku agak berbahaya sebab monyet-monyet bergerak secara berkumpulan. Potensi monyet tu nak serang pengunjung tu ada. 
Tapi mungkin itu perkara biasa dan berada dalam kawalan pihak zoo. 
Kesimpulannya, kalau datang ke Zoo Melaka pastikan anda berada lebih dari 3 jam untuk melihat binatang yang ada supaya ianya menjadi kenangan bermakna dan berbaloi dengan harga yang dibayar. 
Kalau di Zoo Negara ada Panda, di Zoo Melaka ada Dinasour. 
Percutian seterusnya kita pergi Zoo Taiping la pula. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/11/Dinasour%20Encounter%20Zoo%20Melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Flight Of Fancy The Adventurists Flying Monkey Bike

Flight Of Fancy The Adventurists Flying Monkey Bike

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 183 hits
Millions of articles have been written debating the ultimate adventure bike And not a single one of them matters Because the team of maniacs who run The Adventurists have designed what is possibly the ultimate off road machine a that litera...
Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World Of Tambun

Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World Of Tambun

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 300 hits
Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun Salam hormat semua kali ni saya nak kongsikan satu percutian yang sangat ohsem Percutian kali ni amat berbeza dari kebiasaanya Apa yang berbeza Ye lah selalunya kalau pergi bercuti penginapa...
Ucaptama Anwar Terbaru Ph Akan Bangkit Selepas Pru Melaka Kejayaan L

Ucaptama Anwar Terbaru Ph Akan Bangkit Selepas Pru Melaka Kejayaan L

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 185 hits
UCAPTAMA ANWAR TERBARU PH AKAN BANGKIT SELEPAS PRU MELAKA KEJAYAAN LALU PEMANGKIN KEBANGKITAN PH SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH KREDIT TO FB ANWAR IBRAHIM
Lebih Baik Rm100 Juta Diberi Kepada Penduduk Melaka

Lebih Baik Rm100 Juta Diberi Kepada Penduduk Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 283 hits
Nilai hadiah hartanah RM100 juta yang diberikan oleh Kerajaan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak begitu besar bagi beliau atau kabinet PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Namun menurut Timbalan Ketua Penerangan ...
Godam Telefon Lawan Ph Semakin Terdesak Di Melaka

Godam Telefon Lawan Ph Semakin Terdesak Di Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 390 hits
Penggodaman nombor telefon calon calon Pakatan Harapan mungkin dilakukan oleh pasukan lawan yang sudah terdesak dan kekeringan idea Hal itu diungkapkan Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung dalam sidang media tengah hari tadi Pastinya me...
Pilihan Raya Negeri Melaka Bukan Pilihan Raya Kecil

Pilihan Raya Negeri Melaka Bukan Pilihan Raya Kecil

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 284 hits
Pengundi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu pastikan anda balik untuk mengundi calon Pakatan Harapan Saudara Danish dalam kertas undi nombor 1 katanya dalam satu video yang dimuatnaik dalam laman Facebooknya Calon Ketua Menteri Melaka bag...
With Just Moments Left Here S A Recap Of The Melaka Election Campaign So Far

With Just Moments Left Here S A Recap Of The Melaka Election Campaign So Far

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 273 hits
The Melaka state flag seen waving at Ayer Keroh Melaka on November 10 2021 Picture by Shafwan ZaidonMELAKA Nov 19 Melaka will head to the ballot boxes tomorrow after nearly two weeks of campaigning for a premature state election that was fo...
Jom Balik Melaka Mengundi

Jom Balik Melaka Mengundi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 323 hits
What message will Melaka voters send Today s Melaka state election will depend as much on how voters vote as it will on whether they come out to vote Two factors will be playing on the minds of the voters whether to risk the possibility of ...
Prn Melaka Rafiq Hormati Keputusan Pucuk Pimpinan Pilih Mas Ermieyati Calon Km

Prn Melaka Rafiq Hormati Keputusan Pucuk Pimpinan Pilih Mas Ermieyati Calon Km

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 242 hits
MELAKA Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menghormati keputusan pucuk pimpinan yang memilih Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka daripada parti itu Mohd Rafiq yang juga calon PN Dew...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita