Girls Day Out Lunch Sushi King
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Girls Day Out : Lunch Sushi King. Kisah last weekend outing bersama Aryssa sebabnya nak beli barang-barang keperluan Aryssa nak sambung belajar. Mrs. A ajak Aryssa beli barang-barang dia tu di Aeon S2 senang setempat lagipun Mrs. A dah hadam (sebelah office je) selok-belok kat Aeon S2 ni al-maklumlah asal lunch aje ke sini muahahhaaa... (over ko Mrs.A hoi!)
Setelah membeli barang-barang tu Aryssa kata lapar pulak so ajak lunch. Kononnya nak lunch kat food court nak nasi ayam tonggek. Tapi ntah! sejak bila Nasi Ayam Tonggek punya outlet tidak wujud lagi di Arena Food Court adehhh! sendu. Ketika sedang lalu di depan Sushi King ternampak ada seat kosong terus Mrs. A ajak lunch di Sushi King aje lagipun Mrs. A dah lama tak makan Salmon Steak set Sushi King nih! Aryssa okay aje lagipun ini pengalaman pertama dia 😊😊😊
Girls Day Out : Lunch Sushi King.
Sebelum set lunch sampai tiga piring bergerak telah disambar Aryssa 😇😇😇
Dalam menu set yang Mrs. A nak tu tiada pula Salmon Steak set so Mrs. A pilih ajelah menu lain yang ada sekali dengan nasi. Di menu set itu ada tiga pilihan je... uols! huhuhu... Mrs. A assume itu aje menu set di branch Aeon S2 ni tempat lain tak pastilah nak tanya hakak! Sushi King tu malaslah pulak lagipun dia busy ramai customer gittewww...
Muka budak nak sambung belajar ke Seberang Perai, PP
Set pilihan Aryssa Grand Tenpura Yaki Sakana
Mrs. A cuba set Grilled Salmon Belly
Dalam semua menu set tiada air. So kekdahnya air kena order berasingan. Mrs. A pilih air mango peach. Aryssa pula pilih air ice honey lemon tea dan satu plain ice water tujuh puloh sen gittewww..
Alhamdulillah kenyang perut suka hati 😂😂😂 Setelah settle membeli di Aeon S2 girls day out diteruskan ke destinasi seterusnya ke Senawang pula iaitu Mydin dan Harmony Cat world dah dekat waktu asar barulah selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/08/girls-day-out-lunch-sushi-king.html