Giliran Gerhana Bulan Penumbra Muncul Awal Pagi Esok


Selepas gerhana matahari cincin dan hujan meteor, rakyat Malaysia juga berpeluang menyaksikan Fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada 11 Januari 2020, esok.
Menurut laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor, gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan yang sama. Ia berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas bulan.

Dalam kajian ahli falak, gerhana merupakan salah satu fenomena penghijaban (occultation).
Ketika gerhana bulan, kesan gelap yang wujud pada permukaan bulan adalah kesan dari bayang bumi yang jatuh ke atas bulan.
Namun bayang bumi wujud dalam dua bentuk. Pertama ialah bayang umbra (Dzil) dan kedua ialah bayang penumbra (Syibhu Dzil).
Umbra merujuk kepada bahagian paling dalam dan paling gelap dari bahagian bayang. Dalam konteks gerhana bulan, bayang umbra akan menyebabkan pencerap akan melihat kesan gelap yang lebih ketara. Ketika bulan memasuki bayang umbra, cahaya bulan akan merosot hingga bulan akan bertukar sama ada menjadi hitam, merah atau oren.
Penumbra pula merujuk kepada bayangan luar bayang bumi, di mana bayang penumbra yang wujud adalah lebih cerah berbanding bayang umbra. Dalam erti kata lain ia adalah bahagian yang berlawanan dengan bahagian umbra.
Ketika ini pula, umumnya cahaya bulan akan turut merosot, namun ia kurang dikenalpasti berbanding ketika memasuki bayang umbra. Realitinya, mata kasar manusia sukar atau hampir mustahil untuk melihat perubahan kecerahan bulan yang memasuki bayang penumbra.

Ketika Gerhana Bulan Penumbra berlaku pada 11 Januari 2020 ini, kedudukan bulatan piring bulan hanya memasuki bayang penumbra bumi tanpa menyentuh bayang umbra bumi. Bulan akan mula merentasi bayang penumbra bermula jam 01.07 pagi.
Bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra pada jam 05.12 pagi. Magnitud maksimum gerhana penumbra kali ini hanya mencapai -0.896 pada jam 03.10 pagi.
Fenomena yang berlaku adalah bulan hanya akan memasuki bayang penumbra pada 89.6% sahaja sebelum keluar semula.

Bagi umat Islam, solat gerhana sunat dilaksanakan ketika berlakunya gerhana. Para ulama telah sepakat meletakkan syarat bahawa solat gerhana hanya akan dilaksanakan ketika jelas kesan gelap di bulan. Namun Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada 11 Januari ini, tidak mudah untuk dikenal pasti oleh mata kasar. Ini kerana bulan akan hanya memasuki bayang penumbra yang agak kabur, tanpa menyentuh bayang umbra yang lebih gelap. Apatah lagi tanpa bantuan dan rujukan kepada hisab yang disediakan terlebih dahulu, sukar untuk diketahui.
Walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata itu tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak disyariatkan. Permukaan bulan hanya akan mengalami sedikit perubahan warna dari putih bersinar ke warna putih suram, malah pencerap mungkin keliru dengan warna bulan yang kelihatan malap, hingga disangka perubahan cahaya bulan yang berlaku hanyalah kerana wujudnya awan.
Orang ramai juga boleh menyaksikan gerhana bulan ini secara ‘live’ di Facebook Planetarium Negara yang akan bermula pada pukul 1 pagi.
Sumber: Planetarium Negara, Jabatan Mufti Negeri Selangor
The post Giliran Gerhana Bulan Penumbra ‘Muncul’ Awal Pagi Esok appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/10/giliran-gerhana-bulan-penumbra-muncul-awal-pagi-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerhana Bulan Berlaku Awal Pagi Esok Tiada Solat Sunat Khusuf Dilakukan

Gerhana Bulan Berlaku Awal Pagi Esok Tiada Solat Sunat Khusuf Dilakukan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 559 hits
Gerhana bulan berlaku awal pagi esok tiada solat sunat Khusuf dilakukan Jika sebelum ini rakyat di Malaysia telah berpeluang melihat sendiri fenomena gerhana matahari penuh berbentuk cincin pagi esok gerhana bulan pula terjadi lebih kurang ...
Gerhana Bulan Penumbra 11 Jan 2020

Gerhana Bulan Penumbra 11 Jan 2020

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 775 hits
Jangan Lupa untuk Menyaksikan Fenomena Gerhana Bulan Penumbral MALAM INI Tarikh 11 Januari 2020 Bermula jam 1 06am Maksimum jam 3 09amBerakhir jam 5 12am CARA SOLAT
Awal Bulan Vs Hujung Bulan

Awal Bulan Vs Hujung Bulan

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 320 hits
Nak jadi kaya setiap hari setiap minggu setiap bulan Dengan ShopBack tak kira awal atau hujung bulan anda boleh shopping dan makan apa apa yang anda suka Sekarang tengah ada CNY deal Korang boleh dapatkan 30 cashback Korang nak RM5 cashback...
Gerhana Bulan Separa

Gerhana Bulan Separa

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 364 hits
Gerhana Bulan SeparaAssalamualaikum dan salam sejahtera Sekali lagi kita dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka berlaku pada 17 Julai 2019 bermula jam 4 01 pagi dan akan berakhir pada jam 6 59 pagi waktu Malaysia Apa ...
Tiga Wanita Thailand Maut Kemalangan Awal Pagi Di Karak

Tiga Wanita Thailand Maut Kemalangan Awal Pagi Di Karak

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 333 hits
KUANTAN 29 Dis Tiga wanita Thailand maut manakala tiga lagi cedera akibat kemalangan di Kilometer 43 2 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak menghala Timur dekat Karak di Bentong awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis berkata kema...
Buat Aksi Wheelie Di Jalan Raya Jam 1 20 Pagi Penunggang Motosikal Dipenjara 14 Bulan Denda Rm5 000

Buat Aksi Wheelie Di Jalan Raya Jam 1 20 Pagi Penunggang Motosikal Dipenjara 14 Bulan Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 385 hits
Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan dan denda RM5 000 oleh Mahkamah Majistret kerana menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi wheelie di jalan raya Majistret Afiq Agoes menjatuhkan huku...
Sempat Kembali Dibui Ridho Roma Bebas Dari Penjara Dua Bulan Lebih Awal Karena Berkelakuan Baik

Sempat Kembali Dibui Ridho Roma Bebas Dari Penjara Dua Bulan Lebih Awal Karena Berkelakuan Baik

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 260 hits
Putra Raja Dangdut ini sebelumnya dipenjara atas kasus narkoba Ia bahkan diketahui masuk penjara dua kali
Awal Mula Terbongkar Skandal Pemerkosaan Ratusan Pria Oleh Reynhard Sinaga Di Inggris

Awal Mula Terbongkar Skandal Pemerkosaan Ratusan Pria Oleh Reynhard Sinaga Di Inggris

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 164 hits
Sedikitnya ia telah melakukan pemerkosaan terhadap 195 pria dalam kurun waktu 2 5 tahun Dia mengaku bahwa korbannya menikmati tindakan kriminal itu
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1