Gila Asam Pedas Pulak Dah
Betullah peribahasa mengatakan "Tak kenal maka tak cinta". Dulu jual mahal tak suka makan asam pedas. Sekarang mencari cari asam pedas! Sejak suka dengan rasa asam pedas power Melaka, terus dah cop mohor asam pedas tu sedap rupanya.
Konon nak repeat lah makan asam pedas Melaka. Tak kesampaian nak repeat bila encik suami dah full time Isnin-Jumaat. Tak dapatlah nak berfoya-foya hari bekerja. Nak pergi hujung minggu memang taklah. Tahulah Melaka tu kalau jem padat macamana kan.
Tak dapat ke Melaka, dapat juga makan asam pedas claypot UDA PD di Port Dickson. Asam pedas jenis kuah pekat. Tak tahu lah asam pedas Melaka ke Johor ke memang asam pedas Negeri Sembilan yang asli. Yang penting rasa dia sedap menepati selera
Bila teringin, nak pergi PD tu taklah jauh mana tapi kemalasan tu nak pergi tu melebihi segalanya. Carilah kedai asam pedas di sekitar Seremban. Cuba lah beli asam pedas di Resto Selera Nogori Oakland, Asam Pedas Claypot Sikamat dan Asam Pedas Dapo Omak Den.
Ketiga-tiga asam pedas tu sedap jugalah. Rasa dan kepekatan kuah tu berbeza. Tapi tak boleh lawan kesedapan asam pedas di Melaka dan PD tu lah. Mungkin sebab saya bungkus jadi kurang sikit kot rasanya. Kalau makan kat kedai mungkin sedap lagilah kot.
Setiap kali order, saya akan order ikan kembung je. Ikan pari, tetel daging, telur mayong memang saya tak makan. Ikan tenggiri macam kurang minat sikit. Bila order saya akan request kuah lebih. Sebabnya kuah lebih tu saya akan simpan untuk saya masak ikan lain nanti
Cara saya, rebus ikan lepas tu buang air rebusan. Masukkan kuah asam pedas dan masukkan sayur bendi. Tunggu masak kejap. Siap! Senang dah ada kuahnya. Boleh makan bila teringin. Tapi untuk sekali makan esoknya lah. Taklah sampai berminggu. Simpan sehari je buat lepas mengidam makan asam pedas
Tengok kejadian dalam periuk acah-acah macam pandai masak asam pedas kan. Acah-acah je mampu. Nak masak sendiri tak pandai. Dah cuba sekali dua, tetap jadi penggagal pemasak asam pedas.
Kalau beli asam pedas, mesti didatangkan dengan ulam timun dan telur masin. Kadang ada sayur kubis. Memang regu asam pedas ada timun dan telur masin ke macamana? Tolong jawab sikit siapa penggemar asam pedas
Tak tahulah kenapa gila asam pedas pulak dah! Nak kata mengidam tu taklah. Sekarang tengah gila kita layankan je tekak. Esok esok dah jemu, pandang pun tak lalu. Kan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/07/gila-asam-pedas-pulak-dah.html