Giant Malaysia Kini Dimiliki Oleh Datuk Andrew Lim


GIANT MALAYSIA KINI DIMILIKI OLEH DATUK ANDREW LIM | Assalammualaikum semua. 23 Februari 2023, Dairy Farm International Ltd (DFI) Hong Kong, yang mengendalikan rangkaian pasar raya besar di bawah jenama Giant, Giant Mini, Cold Storage, TMC, dan Mercato telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia yang diketuai ahli perniagaan dan usahawan, Datuk Andrew Lim, untuk mengambil alih keseluruhan perniagaan makanan DFI di Malaysia

GIANT MALAYSIA KINI DIMILIKI OLEH DATUK ANDREW LIM

DFI, yang mengendalikan rangkaian runcit di bawah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, telah dijual kepada Datuk Andrew Lim. Datuk Andrew Lim merupakan pengerusi eksekutif kumpulan KL Sogo dan beliau juga menganggotai lembaga pengarah Gama Supermarket & Departmental Store Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang. 
GCH memasuki negara ini pada tahun 1999 dan merupakan sebahagian daripada kumpulan DFI. DFI diperbadankan di Bermuda dan mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham London dan penyenaraian sekunder di Bermuda dan Singapura. Di Malaysia, DFI juga mengendalikan rangkaian farmasi kesihatan dan kecantikan di bawah Guardian Health & Beauty Sdn Bhd

DFI Group akan mengalihkan perniagaan makanan Malaysianya kepada syarikat tempatan yang terkemuka. Kesemua pekerja Giant, Cold Storage dan Mercato seramai 2,500 orang dikekalkan. Syarikat tempatan itu dikemudi usahawan terkenal Datuk Andrew Lim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA dan Timbalan Pengerusi SOGO. DFI Group kekal komited terhadap perniagaan di Malaysia dengan fokus kepada pengukuhan perniagaan Guardian Malaysia

DFI GROUP (“DFI”) mengumumkan ia telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia, diketuai oleh ahli perniagaan dan usahawan tempatan Datuk Andrew Lim, untuk memperoleh kesemua perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant. 
Peralihan ini dijangka selesai awal Mac 2023. Syarikat tempatan ini diterajui oleh Datuk Andrew Lim. Datuk Lim mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta dikreditkan dengan sumbangan ketara kepada pertumbuhan dan transformasi landskap runcit di Malaysia. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan SOGO Department Store Sdn Bhd, serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA yang memiliki dan mengendalikan jenama ikonik GAMA Supermarket & Departmental Store di Pulau Pinang

Syarikat tempatan ini berkongsi kepercayaan yang sama seperti DFI dalam memberi fokus kepada menyampaikan kualiti, perkhidmatan serta nilai hebat kepada pelanggan. 
DFI yakin pemilik tempatan berpengalaman seperti Datuk Lim akan memberi manfaat serta perubahan positif kepada pelanggan dan kakitangan Giant, Cold Storage dan Mercato. Perkembangan positif ini sudah pasti akan menjana pertumbuhan masa depan berdasarkan pengetahuan pasaran yang mendalam, pelaburan jenama dan kekuatan daya saing untuk membentuk landasan kukuh

Syarikat tempatan ini akan mengambil alih 2,500 kakitangan sedia ada. DFI berterima kasih ke atas dedikasi dan komitmen kakitangannya, serta percaya pengalaman dan semangat mereka terhadap jenama ini akan diteruskan dengan memberi sokongan padu kepada cita-cita kompetitif Datuk Lim dan pasukan kepimpinan tempatan ini. Mereka juga akan menerima manfaat daripada peluang pertumbuhan kerjaya dengan menjadi sebahagian daripada syarikat yang lebih besar di Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush berkata, “Kami amat gembira apabila dapat memastikan perolehan perniagaan makanan ini diberi kepada sebuah syarikat tempatan yang dihormati serta berjaya, dengan mengekalan kakitangan berdedikasi syarikat, di mana ia menyediakan peluang pertumbuhan kerjaya untuk kakitangan dan meningkatkan daya saing, perkhidmatan serta memberi nilai yang lebih besar untuk pelanggan di Malaysia. 
Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kejayaan masa depan perniagaan makanan di bawah kepimpinan baru. Kami mendoakan yang terbaik kepada pemilik baharu serta semua rakan sekerja kami di masa hadapan.”


Datuk Andrew Lim berkata, “Kami mengucapkan terima kasih kepada DFI Retail Group kerana memberi kepercayaan serta amanah kepada kami memajukan lagi jenama runcit terkenal di Malaysia ini. Kami bersama-sama dengan 2,500 rakan serta teman sekerja yang baru ini akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah nilai dan meningkatkan ekuiti jenama Cold Storage, TMC, Giant dan Mercato di Malaysia

DFI kekal komited terhadap perniagaan runcit di Malaysia dengan mempertajamkan fokus strategik kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan yang kini berkembang pesat. DFI Group akan terus memiliki dan mengendalikan sepenuhnya kedai Guardian Health and Beauty yang menyandang tempat pertama dalam undian oleh pelanggan Malaysia pada 2022. 
DFI merancang pertumbuhan pesat Guardian Malaysia dengan jangkaan penambahan rangkaian kedai (kini melebihi 500) serta penambahan ratusan perkerjaan dalam tempoh dua tahun ini.”

Chris Bush berkata, “Peralihan ini akan membolehkan DFI Group menumpukan perhatian eksklusif kepada pengembangan perniagaan Guardian di Malaysia. Kami memang teruja dengan peluang untuk memajukan Guardian dengan lebih pesat disokong dengan penambahan cawangan yang ketara, penambahbaikan kedai dan peningkatan tawaran kepada pelanggan. 
Langkah ini akan membolehkan kami memberi impak yang lebih besar kepada pelanggan sambil membina kekuatan runcit kami dalam memberi kecemerlangan kepada pelanggan setiap hari.”
MENGENAI DFI GROUP
DFI Retail Group (‘DFI’) ialah peruncit pan-Asia terkemuka. Pada 30 Jun 2022, DFI dan syarikat bersekutu serta usaha samanya mengendalikan lebih 10,300 cawangan dan menggaji kira-kira 220,000 orang. Kumpulan mempunyai jumlah jualan tahunan pada 2021 melebihi AS$27 bilion. 
DFI memberikan kualiti dan nilai kepada pelanggan Asia dengan menawarkan jenama terkemuka, pengalaman runcit yang menarik dan perkhidmatan yang hebat; semuanya dikendali melalui rangkaian kedai yang kukuh disokong oleh rantaian bekalan yang cekap

DFI (termasuk syarikat bersekutu dan usaha sama) beroperasi di bawah beberapa jenama terkenal merentasi makanan, kesihatan dan kecantikan, kelengkapan rumah, restoran dan peruncitan lain


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/giant-malaysia-kini-dimiliki-oleh-datuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
How To Save Malaysia With A Reset Lim Kit Siang

How To Save Malaysia With A Reset Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 184 hits
Is it possible to group together some 200 300 public intellectuals to save Malaysia by a reset and a return to the original nation building principles to unite a plural nation and to become a first rate world class nation I thank my family ...
Samsung Galaxy S23 Series Kini Di Malaysia

Samsung Galaxy S23 Series Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 186 hits
Era baharu inovasi Galaxy akhirnya tiba Samsung Galaxy S23 Series Kini Di Malaysia Kami tahu anda juga tidak sabar untuk memiliki salah satu peranti revolusioner ini jadi pra pesan siri Galaxy S23 anda bermula hari ini 2 Februari hingga 23 ...
Restoran Mtr 1924 Original Makanan Vegetarian Daripada Selatan India Kini Di Malaysia

Restoran Mtr 1924 Original Makanan Vegetarian Daripada Selatan India Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 211 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Jarang sebenarnya untuk Maha mencuba makanan daripada negara India yang original Tapi semua orang tahu bahawa makanan India ba...
Tema Logo Lagu Hari Kemerdekaan Malaysia 2016

Tema Logo Lagu Hari Kemerdekaan Malaysia 2016

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 104 hits
Tema Lagu Logo Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan Malaysia 2016 Tanggal 31 Ogos 2016 merupakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke 59 Pada tahun ini Sehati Sejiwa dipilih menjadi tema hari kebangsaan ke 59 yang mencermink...
Group Telegram Messenger Guru Guru Di Malaysia

Group Telegram Messenger Guru Guru Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 119 hits
Berikut adalah senarai alamat Group Telegram Guru Guru Seluruh Malaysia mengikut negeri subjek dan tujuan sebagai rujukan untuk Guru Guru mendapatkan serta menyampaikan maklumat berdiskusi serta menjalin ukhwah untuk kemudahan dan perkongsi...
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Bulan Februari Tahun 2023

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Bulan Februari Tahun 2023

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 130 hits
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Bulan Februari Tahun 2023 Kini dibuka berkenaan jawatan kosong yang ditawarkan khusus kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk membuat permohonan jawatan kosong serta memulakan kerjaya bagi tahun...
Peminat Indonesia Claim Lagu Dicuri Agensi Stayc Mohon Maaf Nyanyi Rasa Sayang Di Malaysia

Peminat Indonesia Claim Lagu Dicuri Agensi Stayc Mohon Maaf Nyanyi Rasa Sayang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 138 hits
Selepas dunia mula melalui penyembuhan dek wabak COVID 19 sebelum ini semua dah boleh melawat ke negara lain termasuklah artis Korea yang semakin kerap mengadakan acara luar negara ARTIKEL BERKAITAN Malaysia juga tidak terkecuali daripada m...
Kisah Fantasi Seram Nenek Bongkok Tiga Buka Tirai 2023 Untuk Viu Malaysia

Kisah Fantasi Seram Nenek Bongkok Tiga Buka Tirai 2023 Untuk Viu Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 271 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku berpeluang untuk hadir ke majlis tayangan perdana siri terbaru Viu Original berjudul Nenek Bongkok Tiga Tayangan perdana ini diadakan dengan penuh meriah di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lum...
Tak Duduk Lagi Di Malaysia Dia Pandai Komen

Tak Duduk Lagi Di Malaysia Dia Pandai Komen

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 82 hits
Saya sudah semak dengan dan beliau bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras keras...
Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur