Gesa Wanita Miliki 6 Anak Demi Kebaikan Negara




CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolás Maduro menggesa wanita memiliki enam anak demi 'kebaikan negara'.Lapor BBC News dalam penampilannya di televisyen ketika mempromosikan pelan penjagaan kesihatan wanita nasional, Maduro menggalakkan wanita melahirkan anak lebih ramai.“Setiap wanita perlu melahirkan enam anak demi kebaikan negara.“Semoga Tuhan merahmati kamu dengan menganugerahkan enam anak lelaki dan perempuan,” katanya.Negara terbabit berdepan krisis ekonomi dengan kekurangan beberapa makanan dan perubatan.Sebuah badan amal mendakwa, peningkatan 70 peratus bilangan bayi ditinggalkan di jalanan dan di pintu masuk bangunan awam pada 2018.Berdasarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kanak-kanak di Venezuela kekurangan nutrisi sejak 2013 hingga 2018.Kajian Program Makanan Dunia PBB mendedahkan, satu dalam tiga rakyat Venezuela berdepan kesukaran untuk mendapatkan makanan berkhasiat sekurang-kurangya mencapai tahap minimum kadar keperluan nutrisi.Pertelagahan kuasa antara kerajaan dan pembangkang memburukkan lagi pelbagai usaha negara.Ketua pembangkang, Juan Guaido dianggap sebagai pemimpin Venezuela yang sah oleh lebih 50 negara.Namun, Maduro yang juga pemimpin sayap kiri negara kekal berkuasa selepas meraih sokongan tentera Venezuela.Penyokong Guaido, Manuela Bolivar memberikan reaksi berang di Twitter. Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Firman Allah SWT:وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةًAl-Rum:21Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”Agama kita amat menggalakkan setiap umatnya agar berkahwin berdasarkan hadith-hadith yang sahih. Namun di sana terdapat beberapa ciri-ciri yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kita sebagai panduan sebelum mendirikan rumahtangga.Terdapat sebuah hadith daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata:إِنِّي أَصَبْتُ امْرَأَةً ذَاتَ حَسَبٍ وَجَمَالٍ، وَإِنَّهَا لَا تَلِدُ، أَفَأَتَزَوَّجُهَا، قَالَ: "لَا." ثُمَّ أَتَاهُ الثَّانِيَةَ فَنَهَاهُ، ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: "تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ."Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda SAW juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi SAW bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” [Riwayat Abu Daud (1050)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith adalah kuat]Hadith ini menunjukkan bahawa anjuran Nabi SAW agar lelaki ini berkahwin dengan wanita yang penyayang supaya dia (isteri) dapat menyayangi suaminya dan yang subur pula adalah yang boleh melahirkan ramai anak. Hadith ini diikat dengan dua ciri ini kerana jika seorang wanita itu tidak bersifat dengan penyayang maka ia akan menjadikan tarikan suami kepadanya berkurangan. Jika wanita itu tidak bersifat subur maka ia tidak mencapai salah satu tuntutan iaitu meramaikan umat dengan melahirkan ramai anak. Selain itu, kedua ciri ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang masih dara. Tambahan pula, hadith ini juga menunjukkan isyarat agar kekal dengan perkahwinan yang mana terdapat padanya (pada isteri) dua ciri atau sifat tersebut. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 33-34/6]Justeru itu, hadith ini merupakan salah satu petunjuk atau hadyu nabawi dalam memilih pasangan hidup. Tuntutan ini bukanlah bersifat wajib, bahkan ia merupakan satu galakan kerana Nabi SAW berbangga melihat umatnya ramai di akhirat kelak. Seperkara lagi, anak merupakan rezeki daripada Allah SWT dan Allah SWT berhak untuk memberikan rezeki tersebut kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Untuk itu, janganlah kita bersedih jika Allah SWT belum lagi mengurniakan kita cahaya mata atau Allah SWT tidak mengurniakan kita cahaya mata. Tugas kita sebagai seorang hamba adalah sentiasa berdoa serta berusaha dengan bersungguh-sungguh dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT.Itu pandangan dari sudut Islam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/gesa-wanita-miliki-6-anak-demi-kebaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takutnya Diri Sendiri Jadi Carrier Kepada Anak Pengorbanan Frontliners Demi Negara

Takutnya Diri Sendiri Jadi Carrier Kepada Anak Pengorbanan Frontliners Demi Negara

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 227 hits
Syukurlah kita masih lagi boleh berada bersama anak anak di rumah Bagi petugas barisan hadapan sekarang ni yang bekerja tanpa rehat nak balik ke rumah bertemu ahli keluarga pun risau Mereka telah banyak berkorban masa demi kesejahteraan rak...
Demi Cegah Corona Wanita Ini Rombak Botol Plastik Bekas Menjadi Masker

Demi Cegah Corona Wanita Ini Rombak Botol Plastik Bekas Menjadi Masker

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 153 hits
Salah seorang wanita ini yang mengenakan masker dari bahan yang mengejutkan untuk melindungi diri dari virus corona
Demi Keselamatan Jururawat Hanya Mampu Tatap Anak Dari Jauh Lepas 5 Hari Tak Jumpa

Demi Keselamatan Jururawat Hanya Mampu Tatap Anak Dari Jauh Lepas 5 Hari Tak Jumpa

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 312 hits
Bukan satu tugas mudah para barisan hadapan khususnya terdiri daripada petugas kesihatan setiap hari perlu mengerah tenaga untuk berperang dengan virus pembunuh Covid 19 Demi tugas terhadap negara dan masyarakat mereka terpaksa berkorban de...
Video Jaringan Menarik Penjaga Gol Futsal Wanita Negara

Video Jaringan Menarik Penjaga Gol Futsal Wanita Negara

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 192 hits
Kelibat pasukan futsal wanita negara mungkin tidaklah begitu popular dan mendapat perhatian ramai seperti skuad lelaki tetapi tahukah anda bahawa mereka pernah meraih tempat keempat dalam Kejuaraan Futsal AFC 2015 yang berlangsung di Stadiu...
Covid19 Anak Bertugas Barisan Depan Negara Ayah Pohon Doa Rakyat Malaysia

Covid19 Anak Bertugas Barisan Depan Negara Ayah Pohon Doa Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 749 hits
BALING Dua anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu Abd Nasir Idris antara petugas kesihatan yang berada di barisan depan mengekang wabak COVID 19 Menerusi satu perkongsian di Facebook beliau Abd Nasir menzahirkan ucapan tahniah kepada d...
Wanita Kurang Waras Bersalin Tepi Jalan Tetap Jaga Anak Penuh Kasih Sayang

Wanita Kurang Waras Bersalin Tepi Jalan Tetap Jaga Anak Penuh Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 294 hits
Tular di media sosial kisah seorang wanita hamil yang kurang waras telah selamat melahirkan bayinya pada 18 Mac yang lalu Wanita itu bersalin seorang diri di tepi jalan di Makati Filipina sebelum anggota polis membawa dia dan bayinya ke hos...
Tempat Pariwisata Tutup Pemprov Jabar Minta Semua Pihak Dukung Demi Kebaikan Bersama

Tempat Pariwisata Tutup Pemprov Jabar Minta Semua Pihak Dukung Demi Kebaikan Bersama

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 169 hits
Sejumlah destinasi pariwisata di berbagai daerah memutuskan untuk menutup kunjungan untuk sementara berkaitan dengan upaya pencegahan penyebaran virus corona Kebijakan ini harus dihargai dan diterima dengan bijak termasuk oleh masyarakat de...
Bawak Teksi Demi Besarkan Anak Anak Sehingga Anaknya Kini Bergelar Doktor

Bawak Teksi Demi Besarkan Anak Anak Sehingga Anaknya Kini Bergelar Doktor

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 278 hits
Siapa yang tidak kenal dengan Mr os seorang pelawak yang selalu menghiburkan kita dengan telatahnya Pasti kita semua merindui akan lawak yang telah dipersembahkan arwah kita bawa kata2 anaknya hasil didikan arwah Selepas empat tahun allahya...
Kebaikan Sektor Pertanian Kepada Negara

Kebaikan Sektor Pertanian Kepada Negara

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 1189 hits
Walaupun pada masa kini struktur perindustrian lebih banyak diberi perhatian namun sektor pertanian tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Banyak langkah yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memajukan lagi sektor pertanian negara Ji...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025