Gesa Pengundi Undi Ph Dirinya Aiman Zainali Langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya Kata Bersih


Nur Hasliza Mohd Salleh
-March 2, 2019 10:28 AM
Calon PH, Muhammad Aiman Zainali menunjukkan jarinya yang bertanda dakwat selepas mengundi dalam PRK Semenyih sebentar tadi.
SEMENYIH: Pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 hari ini berkata, calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali telah secara lansung melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggesa pengundi supaya mengundi dirinya dan kerajaan yang memerintah selepas tamat tempoh berkempen.

Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann ketika dihubungi mengesahkan kata-kata Muhammad Aiman melanggar akta tersebut kerana berkempen selepas tamat tempoh walaupun beliau bercakap kepada pemberita yang juga dianggap sebagai orang ramai.

“Mengikut Sekysen 26(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan dengan jelas bahawa tiada sesiapa yang dibenarkan berkempen kepada orang ramai pada hari mengundi,” kata Thomas kepada FMT.

Sebelum itu, Aiman ketika bercakap kepada pemberita berkata, pengundi haruslah membuat pilihan bijak dengan memilih dirinya untuk kebaikan rakyat di kawasan itu.

“Dan saya harap pengundi buat pilihan yang bijak, dapat memberi kebaikan kepada rakyat Semenyih dan insha Allah saya harap mereka semua undilah Pakatan Harapan (PH).

“Undilah Aiman Zainali,” katanya selepas membuang undi di Sekolah Menengah Engku Husain, di sini, hari ini.

Seksyen 26(2) menyebut mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen berkaitan boleh dipenjarakan tidak lebih 1 tahun, denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Muhammad Aiman hadir ke pusat mengundi di sekolah tersebut diiringi isteri, Nurul Filzah Bakthiar.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli jawatankuasa pusat PSM, S Arutchelvan, yang juga merupakan pengurus kempen parti itu di Semenyih mendakwa PH dan Barisan Nasional (BN) “secara terang-terangan melanggar” Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan berkempen secara terbuka di luar pusat mengundi.

Beliau juga mendakwa PH memberi makanan berdekatan dengan pusat mengundi Sin Ming, sementara penyokong BN berhampiran pusat mengundi SMK Engku Husain meminta orang ramai mengundi calon mereka.

Arutchelvan berkata, beliau bercakap kepada pegawai SPR yang “hanya mengambil gambar tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan atau menegur mereka”.

“PSM berpegang pada pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Kami berhenti berkempen pada tengah malam dan mengarahkan ahli serta sukarelawan kami supaya mematuhi undang-undang.

“Malangnya kejadian yang berlaku hari ini sangat mengecewakan. SPR tidak dapat berbuat apa-apa. Ini sangat berlawanan dengan semangat Malaysia Baru,” katanya dalam satu kenyataan.

PRK DUN Semenyih menyaksikan saingan 4 penjuru antara Aiman dengan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi; Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan calon bebas, Kuan Chee Heng.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/gesa-pengundi-undi-ph-dirinya-aiman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kata Penduduk Semenyih Mengenai Aiman Zainali

Apa Kata Penduduk Semenyih Mengenai Aiman Zainali

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 293 hits
Temuramah rakan calon pakatan Harapan N24 Semenyih Muhammad Aiman Zainali dan penduduk sekitar Semenyih
Warkah Dr Mahathir Rayu Pengundi Pilih Calon Ph Muhammad Aiman Zainali

Warkah Dr Mahathir Rayu Pengundi Pilih Calon Ph Muhammad Aiman Zainali

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Mandat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan akan digalas sebaik baiknya dan kerajaan tidak akan mensia siakan usaha memastikan tadbir urus negara dan kebajikan rakyat terjamin kata Perdana Men...
Terbaru Sarawak Report Dedah Bukti Baru Umno Biaya Kempen Pilihan Raya Pas

Terbaru Sarawak Report Dedah Bukti Baru Umno Biaya Kempen Pilihan Raya Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 360 hits
Paparan skrin yang didedahkan Sarawak Report berhubung pemindahan wang ke akaun PAS FMT Reporters PETALING JAYA Sarawak Report hari ini menyiarkan apa yang didakwa bukti baru yang menunjukkan PAS menerima dana daripada Umno 3 minggu sebelum...
Umno Wujudkan Jabatan Pilihan Raya Dan Aktifkan Semula Sistem Keahlian Online

Umno Wujudkan Jabatan Pilihan Raya Dan Aktifkan Semula Sistem Keahlian Online

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR 7 Mac Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas presiden parti Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ibu pejabat parti akan mewujudkan Jabatan Pilihan Raya dalam usaha memperkemaskan lagi perjalanan serta perancangan untuk...
Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous Ini Kata Jangan Muntah Sebab

Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous Ini Kata Jangan Muntah Sebab

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 600 hits
Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous ini Kata Jangan Muntah Sebab Dikenali apabila pernah dikaitkan dengan pelakon jelita Fasha Sandha tidak lama dulu Mukhlis Rosdi ada berkongsi kisah percintaa...
Keputusan Rasmi Spr Pilihan Raya Kecil N24 Semenyih

Keputusan Rasmi Spr Pilihan Raya Kecil N24 Semenyih

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 277 hits
Keputusan RASMI SPR Pilihan Raya Kecil Semenyih BN 19 780 PH 17 866 Bebas 725 PSM 847 Majoriti Undi 1 914 HULU LANGAT 2 Mac Barisan Nasional menerusi gabungan UMNO Pas berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih selepas menang de...
Ph Candidate Aiman Broke Election Rules Bersih Alleges

Ph Candidate Aiman Broke Election Rules Bersih Alleges

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 145 hits
Electoral watchdog Bersih 2 0 this morning alleged that Muhammad Aiman Zainali the Pakatan Harapan candidate for the Semenyih by election had contravened the Election Offences Act 1954 by urging voters to support him and the ruling coalitio...
Pengumuman Penting Mengenai Tol Untuk Pancing Undi Kata Najib

Pengumuman Penting Mengenai Tol Untuk Pancing Undi Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 229 hits
BANGI Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa pengumuman berkaitan tol lebuh raya yang akan dibuat dalam masa terdekat seperti yang dimaklumkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk memancing undi Ditemui pemberita di gedung ...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Mak Tatang Abg Sampai Kahwin Pun Dia Sanggup Gadai Emas Tak Cukup Itu Abg Siap Suruh Jual Kereta

Intervensi Kemahiran Asas Membaca Klinik Asas 2m Klinik Asas Membaca Menulis

Comment On Tak Perlu Berpantang Lepas Bersalin By Pantang Bersalin Berapa Hari Blog Muhasabahtrading Dot Com

Comment On Pembekal Baja Bio Organik Felcra By Ps Goh

Comment On Pembekal Baja Bio Organik Felcra By Admin 2