Gerhana Matahari Separa Di Malaysia 29 Mac 2025


Malaysia bakal mengalami Gerhana Matahari Separa pada 29 Mac 2025 ini, bersamaan dengan hari Ahad.
Berikut dikongsikan maklumat rasmi dari MYSA tentang fenomena ini.
Apa itu Gerhana Matahari Separa Mac 2025 ? Gerhana Matahari adalah fenomena alam yang terjadi apabila Matahari, Bumi, dan Bulan berada dalam satu garis lurus. 
Sewaktu ia berlaku, bayangan bulan akan menutupi sebagian atau seluruh permukaan matahari, berikut adalah jenis gerhana berdasarkan peratus permukaan matahari yang ditutupi bulan:
Gerhana Matahari Penuh  Berlaku apabila diameter Bulan lebih besar daripada Matahari, sehingga menghalangi semua cahaya matahari.  Gerhana Matahari Anulus  Berlaku apabila diameter Bulan lebih kecil daripada Matahari, sehingga menyebabkan Matahari terlihat seperti cincin.  Gerhana Matahari Separa  Berlaku ketika bayangan Bulan hanya menutup sebagian cahaya matahari.  Untuk pengetahuan anda, pada tahun ini, kita akan sekali lagi mengalami fenomena gerhana matahari separa pada 29 Mac 2025. Namun begitu negara kita bukan kawasan yang dapat melihat fenomena ini.
Tarikh & Waktu Gerhana Matahari Separa Di Malaysia (29 Mac 2025) Di Malaysia, kita tidak dapat menyaksikan Gerhana Matahari Penuh / Gerhana Matahari Anulus kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
Menurut sumber dari FALAKONLINE, gerhana matahari separa pada 29 Mac 2025 akan berlaku antara pukul 4:50 PM hingga 8:43 PM, dengan kemuncak sekitar pukul 6:47 PM. Namun, fenomena ini tidak akan kelihatan di Malaysia.
Menurut laporan NASA, gerhana matahari separa pada tarikh tersebut hanya dapat dilihat di wilayah seperti Eropah, Asia, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Samudra Atlantik, dan Samudra Arktik.
Bagi pembaca yang berada di wilayah tersebut sewaktu fenomena ini berlaku, anda boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗮𝗸𝗶:
Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan). Penumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan). Antumbra adalah bahagian bayang yang muncul di luar umbra pada jarak tertentu dari objek yang menghasilkan bayang. Ia hanya wujud jika sumber cahaya mempunyai diameter yang lebih besar daripada objek. Magnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Eclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Litupan adalah peratusan cakera Matahari dilitupi semasa gerhana maksimum Kalender Astronomi Gerhana Mac 2025 Bagi anda yang sangat meminati bidang astronomi ini, berikut merupakan kalender astronomi yang menyatakan apa yang akan berlaku sepanjang bulan Mac 2025 ini selain gerhana matahari separa ini:
𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲 Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 361,964 km. 𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗹𝗲𝗶𝗮𝗱𝗲𝘀 Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sekitar 0.6 darjah di langit barat. *Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi. 𝟳 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Pertama pada jam 12:31 pagi. 𝟴 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 Utarid pada elongasi paling timur iaitu pada 18.2 darjah. Utarid boleh kelihatan di langit barat selepas Matahari terbenam (waktu Maghrib). 𝟭𝟰 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮 Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 02:54 petang. 𝟭𝟴 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲 Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,754 km. 𝟮𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗘𝗾𝘂𝗶𝗻𝗼𝗸𝘀 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗰 Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Di Hemisfera Utara, ekuinoks pada bulan Mac dikenali sebagai ekuinoks musim bunga manakala di Hemisfera Selatan ia dikenali sebagai ekuinoks musim luruh. 𝟮𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada jam 07:29 petang. 𝟮𝟵 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂 Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 06:57 petang. 𝟯𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲 Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 358,126 km. Panduan Melihat Gerhana Matahari Orang awam adalah dinasihatkan untuk menggunakan penuras khas bagi menyaksikan fenomena Gerhana Matahari.
Berikut adalah panduan melihat gerhana matahari separa yang dikongsikan oleh Kementerian Sains Dan Inovasi (MOSTI ) dengan kerjasama Planetarium Negara.
Melihat terus ke arah Matahari tanpa mengunakan sebarang penuras yang sesuai adalah dilarang kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kerosakan mata atau mengakibatkan buta kekal.
Baca juga: Niat & Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari – JAKIM
Apakah Gerhana Matahari Hibrid? Gerhana Matahari Hibrid ialah gerhana yang sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan sekali setiap dekad di mana kedua-dua jarak Bulan dan Matahari ke Bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.
Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. Ia dipanggil ‘hibrid’ kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.
Jenis gerhana yang kita dapat lihat adalah bergantung kepada lokasi pemerhati di sepanjang laluan gerhana tersebut (bahagian bayang Bulan yang kita berada).

Fasa Lintasan Fenomena Gerhana Matahari Hibrid pada 20 April 2023 akan berlaku di Hemisfera Selatan mulai jam 09:35:34.3 dan berakhir pada 15:00:31.9 waktu tempatan.
Fenomena tersebut (Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua) manakala Gerhana Matahari Separa boleh dilihat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.
Fenomena Gerhana Matahari Hibrid ini berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km. Magnitud Gerhana Matahari Hibrid kali ini adalah 1.0132.
Laluan gerhana selebar 49km ini bermula di Lautan Hindi ketika Matahari terbit dan berakhir ketika Matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat.
Ketika fenomena ini berlaku, gerhana anulus akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (~ 1 minit), Timor-Leste (1 minit 14 saat) dan Papua Barat (1 minit 9 saat). Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/gerhana-matahari-mac-2025-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gerhana-matahari-mac-2025-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pavilion Malaysia Di Mwc 2025 Serlah Komitmen Perkasa Agenda Pendigitalan Negara

Pavilion Malaysia Di Mwc 2025 Serlah Komitmen Perkasa Agenda Pendigitalan Negara

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 95 hits
Para delegasi Malaysia diketuai Mohammad Fauzi dan Annuar Zaini bergambar ketika perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 di Barcelona Sepanyol pada 3 Mac 2025 BARCELONA 3 Mar Penyertaan Malaysia dalam Mobile World Con...
Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 94 hits
MALAYSIA terus mengorak langkah ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur digital dengan peningkatan ketara dalam capaian internet serta penerapan teknologi kecerdasan buatan dan 5G menjadikannya antara negara terkemuka di rantau ini Ketua...
Malaysia Tarik Perhatian Dunia Di Mwc 2025 Pamer Kemajuan 5g Amp Infrastruktur Digital

Malaysia Tarik Perhatian Dunia Di Mwc 2025 Pamer Kemajuan 5g Amp Infrastruktur Digital

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 87 hits
Malaysia turut sama menyertai pameran MWC 2025 dengan pembukaan rasmi Malaysia Pavilion di Mobile World Congress 2025 Dirasmikan oleh Setiausaha Agung Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa Pavilion ini menampilkan kemajuan tekno...
Ramadan 2025 Malaysia

Ramadan 2025 Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 172 hits
Menjelang beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan datang kepada kita Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini InsyaAllah Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi...
Kunjungan Hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Polis Kl 18 02 2025

Kunjungan Hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Polis Kl 18 02 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 129 hits
18 Februari 2025 YDH CP Dato Rusdi bin Mohd Isa Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia YBhg Dato Nadzim Johan Toqqi di Bilik Kunjungan Hormat Tingkat 12 Menara A Ibu Pej...
Vietnam Sokong Malaysia Pimpin Asean 2025

Vietnam Sokong Malaysia Pimpin Asean 2025

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 76 hits
KUALA LUMPUR Vietnam baru baru ini menunjukkan sokongan penuh untuk Malaysia yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini Mereka yakin Malaysia mampu memimpin blok serantau ke arah kemajuan yang lebih bermakna Dalam satu kenyataan Jabatan Da...
Kenapa Rayer Obses Campuri Hal Ehwal Umat Islam Ppim Malaysia Gazette 19 02 2025

Kenapa Rayer Obses Campuri Hal Ehwal Umat Islam Ppim Malaysia Gazette 19 02 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 96 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer kerana tidak henti henti mencampuri urusan berkaitan umat Islam di negara ini Ketua aktivisnya Nadzim Johan mendakwa Rayer dan beberapa pemimp...
Wibawa Pm Anwar Angkat Martabat Malaysia Selaku Pengerusi Asean 2025 Di Wef

Wibawa Pm Anwar Angkat Martabat Malaysia Selaku Pengerusi Asean 2025 Di Wef

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 90 hits
Menurut Trinth ASEAN di bawah kepengerusian Anwar mesti menunjukkan nilainya sebagai kuasa pengantara mempengaruhi dialog dan menggalakkan kerjasama dengan rakan luar untuk memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini Foto Facebook Anwa...
Pm Malaysia Anwar Ibrahim Terima Lawatan Ketua Umum Muhammadiyah Cnn Indonesia Senin 03 Mar 2025 20 51 Wib

Pm Malaysia Anwar Ibrahim Terima Lawatan Ketua Umum Muhammadiyah Cnn Indonesia Senin 03 Mar 2025 20 51 Wib

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 90 hits
CNN INDONESIAAseanPM Malaysia Anwar Ibrahim terima lawatan Ketum PP Muhammadiyah Haedar Nashir PM Malaysia Anwar Ibrahim terima lawatan Ketum PP Muhammadiyah Haedar Nashir Jakarta CNN Indonesia Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menerim...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

How To Find Undervalued Domains

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025