Pavilion Malaysia Di Mwc 2025 Serlah Komitmen Perkasa Agenda Pendigitalan Negara


 

Para delegasi Malaysia diketuai Mohammad Fauzi (empat dari kanan) dan Annuar Zaini (empat dari kanan) bergambar ketika perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.
BARCELONA, 3 Mar – Penyertaan Malaysia dalam Mobile World Congress 2025 (MWC 2025) terus menyerlahkan komitmen negara dalam peranan memperkasa agenda pendigitalan serta mempamerkan kemajuan teknologi dan wawasan Malaysia untuk masa depan.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohammad Fauzi Md Isa, kewujudan Pavilion Malaysia di MWC 2025 dizahirkan sebagai bukti komitmen Malaysia dalam mempamerkan kemajuan teknologi negara dan menetapkan pintu masuk kepada inovasi di kalangan negara-negara ASEAN.
“Tahun ini mencerminkan cita-cita dan komitmen teguh kami untuk memperjuangkan kemajuan pesat dalam inovasi dan transformasi teknologi. Ia menandakan peranan Malaysia sebagai jambatan yang menghubungkan inovasi global—hab di mana idea, teknologi dan perkongsian bersatu untuk membentuk masa depan.
Mohammad Fauzi (tengah) bersama Annuar Zaini (kanan) dan Hong Leong (kiri) berdiri ketika perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.“Malaysia kini sedang membina ekosistem infrastruktur digital yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan rakan kongsi serantau kami. Dengan mengutamakan kemajuan dalam sektor seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan bandar pintar, kami meningkatkan kualiti hidup dan mentakrifkan semula pengalaman pengguna,” katanya pada ucapan perasmian Pavilion Malaysia sempena MWC 2025 pada Isnin.
Yang turut hadir pada perasmian itu ialah Ahli Suruhanjaya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Dr. Chee Hong Leong, Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa MCMC, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini, Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA) Dato’ Dr Anderson Tiong serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.
Tambah beliau, visi kementerian jelas untuk memulakan kemajuan transformatif yang memartabatkan negara dan mengukuhkan kedudukan sebagai hab bagi kecemerlangan teknologi.
Mohammad Fauzi (dua dari kanan) bersama Annuar Zaini (kanan) mendengar penerangan bahan-bahan pameran selepas majlis perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.Ia diperkasa lagi dengan usaha-usaha pelaburan berterusan, kerjasama yang berkesan dan komitmen terhadap kemampanan, sudah pasti Malaysia bersedia untuk membentuk masa depan inovasi digital, menjadikannya mercu tanda untuk kemajuan dan kerjasama lebih kukuh di rantau ini.
“Melalui inisiatif strategik seperti Pelan Infrastruktur Digital Nasional (JENDELA) yang sedang giat melaksanakan ketersambungan di seluruh negara dan pelaksanaan 5G yang berjaya, Malaysia sedang mengukuhkan industri, memberdayakan komuniti, dan meletakkan asas untuk kemajuan serantau.
“Setakat 31 Disember 2024, di bawah inisiatif JENDELA, lebih 9.03 juta premis kini mempunyai akses kepada Internet berkelajuan tinggi dan sambungan gentian. Ini melebihi sasaran awal sebanyak 9 juta menjelang 2025.
Barisan pimpinan Kementerian Komunikasi bergambar bersama Mohammad Fauzi (tiga dari kiri) pada perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.”Selain itu, hasil daripada pencapaian ini, kelajuan jalur lebar mudah alih Malaysia telah mencapai median 105.36 Mbps, manakala liputan Internet di kawasan berpenduduk meningkat kepada 98.66% pada suku keempat tahun 2024, secara beransur-ansur menuju liputan penuh menjelang pertengahan 2025,” ujarnya lagi.
Antara kejayaan yang diraih setakat ini termasuk pelaksanaan 5G yang berjaya mencapai sebanyak 82.4% liputan kawasan berpenduduk (CoPA) dan kadar penembusan mudah alih 5G sebanyak 56.18% setakat ini.
“Kami komited untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai akses yang sama kepada sambungan dan teknologi yang memberdayakan dan mengangkat komuniti setempat seperti penubuhan Pusat Penyebaran Maklumat Kebangsaan (NADI).
Mohammad Fauzi (dua dari kanan) meninjau pameran yang disediakan MEASAT bersama Annuar Zaini (dua dari kiri) pada perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 (MWC) di Barcelona, Sepanyol pada 3 Mac 2025.Mengulas lanjut, Mohammad Fauzi berkata, di bawah inisiatif ‘1 DUN 1 NADI’, 1,099 pusat NADI telah ditubuhkan di seluruh negara dan peranan NADI telah berkembang daripada hanya menyediakan akses Internet secara kolektif kepada secara aktif memberdayakan komuniti melalui inisiatif Perkhidmatan Pintar, yang memberi tumpuan kepada lima teras utama—keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan, kesedaran dan inisiatif kerajaan.
“Malah, tidak pernah berlaku sebelum ini di rantau ASEAN, inisiatif 6-Way Multi-Operator Core Network (MOCN) menggambarkan kuasa kerjasama dan sumber yang dikongsi dalam mengumpulkan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) dan kerajaan negeri untuk menetapkan piawaian baru dalam kesalinghubungan,” ujarnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/pavilion-malaysia-di-mwc-2025-serlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Unveils Pavilion At Mwc 2025 Showcasing Innovation And Global Collaboration

Malaysia Unveils Pavilion At Mwc 2025 Showcasing Innovation And Global Collaboration

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 171 hits
BARCELONA 4 March 2025 Malaysia positioned itself as a gateway to future innovation today with the official opening of the Malaysia Pavilion at Mobile World Congress 2025 nbsp Inaugurated by the Secretary General of the Ministry of Communic...
Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 165 hits
MALAYSIA terus mengorak langkah ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur digital dengan peningkatan ketara dalam capaian internet serta penerapan teknologi kecerdasan buatan dan 5G menjadikannya antara negara terkemuka di rantau ini Ketua...
Malaysia Tarik Perhatian Dunia Di Mwc 2025 Pamer Kemajuan 5g Amp Infrastruktur Digital

Malaysia Tarik Perhatian Dunia Di Mwc 2025 Pamer Kemajuan 5g Amp Infrastruktur Digital

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 143 hits
Malaysia turut sama menyertai pameran MWC 2025 dengan pembukaan rasmi Malaysia Pavilion di Mobile World Congress 2025 Dirasmikan oleh Setiausaha Agung Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa Pavilion ini menampilkan kemajuan tekno...
Kenapa Rayer Obses Campuri Hal Ehwal Umat Islam Ppim Malaysia Gazette 19 02 2025

Kenapa Rayer Obses Campuri Hal Ehwal Umat Islam Ppim Malaysia Gazette 19 02 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer kerana tidak henti henti mencampuri urusan berkaitan umat Islam di negara ini Ketua aktivisnya Nadzim Johan mendakwa Rayer dan beberapa pemimp...
Mwc 2025 Infinix Memperkenalkan Inovasi Tenaga Suria Berasaskan Ai Penyesuaian Generasi Baharu

Mwc 2025 Infinix Memperkenalkan Inovasi Tenaga Suria Berasaskan Ai Penyesuaian Generasi Baharu

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 133 hits
KUALA LUMPUR 3 Mac 2025 Infinix jenama teknologi moden untuk pengguna muda melangkah berani ke masa depan di ShowStoppers MWC 2025 dengan menampilkan dua inovasi utama Teknologi Simpanan Tenaga Suria yang menggunakan cahaya ambien untuk mem...
Kunjungan Hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Polis Kl 18 02 2025

Kunjungan Hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Polis Kl 18 02 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 180 hits
18 Februari 2025 YDH CP Dato Rusdi bin Mohd Isa Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia YBhg Dato Nadzim Johan Toqqi di Bilik Kunjungan Hormat Tingkat 12 Menara A Ibu Pej...
Ramadan 2025 Malaysia

Ramadan 2025 Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 323 hits
Menjelang beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan datang kepada kita Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini InsyaAllah Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi...
Vietnam Sokong Malaysia Pimpin Asean 2025

Vietnam Sokong Malaysia Pimpin Asean 2025

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Vietnam baru baru ini menunjukkan sokongan penuh untuk Malaysia yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini Mereka yakin Malaysia mampu memimpin blok serantau ke arah kemajuan yang lebih bermakna Dalam satu kenyataan Jabatan Da...
Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025

Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 166 hits
Barcelona Sepanyol 3 Mac 2025 Selain pelan strategik tiga tahun realme jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia telah mengumumkan pelancaran global realme 14 Pro 5G dan memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar realme di MW...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif