Geran Pemulihan Industri Kreatif Penjana


GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF (GPIK) PENJANA

Pelan PENJANA bagi Industri Kreatif adalah pelbagai inisiatif pemulihan bagi industri kreatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek PENJANA, yang akan ditadbir dan diurus oleh MyCreative Ventures, di bawah kawalselia Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
APA ITU GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF (GPIK)
Ia telah dirangka khas untuk membantu industri seni, budaya, hiburan dan pementasan, samaada di kalangan penggiat mahupun perniagaan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk bangkit semula menjalankan aktiviti kreatif mereka.
OBJEKTIF
Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula  demi kelangsungan pendapatan penggiat industri yang amat bergantung kepadanya.
SENARAI BANTUAN GPIK
Bantuan – bantuan berikut ditawarkan di bawah inisiatif GPIK:
GERAN PEMENTASAN ACARA & PAMERAN DIGITAL (GPIK PEMENTASAN DIGITAL)
Tujuan
Bantuan untuk memulakan semula acara langsung, persembahan dan pertunjukan kreatif yang tertunda akibat COVID-19
Projek yang disokong hendaklah relevan dengan definisi industri kreatif yang didokong oleh MyCreative Ventures dan KKMM.
Skop Bantuan
Bantuan meliputi :
Bantuan kos untuk menerapkan aspek digital dan tontonan atas talian kepada pementasan acara langsung dan persembahan Bantuan untuk kos tambahan bagi menerapkan ciri-ciri keselamatan awam akibat Covid-19, Bantuan untuk kos untuk mengatur semula acara yang telah tertunda akibat Covid-19 Sebarang kos yang dipertimbangkan. Syarat Khusus
Syarikat (Sdn Bhd) Lebih 50% pemilikan sah dan kepentingan terletak pada Warganegara Malaysia Sekurang-kurangnya RM20,000 modal berbayar. Acara langsung, persembahan atau pertunjukan yang dirancang hendaklah dilangsungkan di dalam negara. Mengemukakan bukti bahawa projek yang dirancang telah tertunda atau akan mengalami kos tambahan akibat Covid-19. Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan.  
Pusingan
Tarikh Penerimaan Permohonan
Pusingan 1
30 Julai 2020
 
Pusingan 2
31 Ogos 2020
 
Pusingan 3
1 Oktober 2020
 
Pusingan 4
2 November 2020
GERAN SASTERA & TERBITAN BUKU (GPIK SASTERA) – permohonan akan dibuka pada 28 Julai 2020
Tujuan
Bantuan kepada penerbit-penerbit buku tempatan dan majalah serta karyawan buku demi merangsang dan memudahcara kelangsungan aktiviti kajian, penulisan, penerbitan dan jualan karya buku sastera tempatan, serta mempromosi karya-karya sastera tempatan, karya fiksyen, karya bukan fiksyen, novel grafik, buku komik, puisi, biografi, kajian dan laporan.
Skop Bantuan
Bantuan meliputi :
Bantuan kos untuk menerapkan aspek digital dan saluran jualan atas talian kepada operasi syarikat. Sokongan kos promosi jualan secara atas talian dan penghantaran bagi karya terbitan tempatan Bantuan kos pengeluaran manuskrip pertama Sebarang kos yang dinilaikan sebagai wajar. Syarat khusus
Terbuka untuk individu, perniagaan, pertubuhan, perkongsian atau syarikat yang ditubuhkan di Malaysia sahaja Warganegara Malaysia untuk individu Untuk syarikat atau perkongsian, lebih 50% pemilikan sah dan kepentingan terletak pada Warganegara Malaysia. Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan (untuk Syarikat) atau individu yang muflis (untuk individu).  
Jumlah bantuan
Bergantung pada permohonan
 
Pusingan
Tarikh Penerimaan Permohonan
Pusingan 1
31 Ogos 2020
 
Pusingan 2
1 Oktober 2020
 
Pusingan 3
2 November 2020
 
GERAN FILEM CEREKA SENI ATAU FESTIVAL (GPIK FILEM SENI)
Tujuan
Untuk membantu kelangsungan dan pemulihan filem cereka seni atau filem cereka festival tempatan melalui pembangunan dan penerbitan filem-filem berkenaan, termasuk filem dokumentari
Output
Hasil kerja sama ada dalam bentuk filem, filem pendek, dokumentari atau dokumentari pendek
Syarat khusus
Syarikat (Sdn Bhd) Lebih 50% pemilikan sah dan kepentingan terletak pada Warganegara Malaysia Modal berbayar yang berpatutan dengan jumlah bantuan yang dipohon. Mengemukakan kertas cadangan dan/atau pitch trailer-teaser. Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan. Hak Milik (IP)
Projek menjadi hak milik penerima dana
Penerima dana perlu mendaftar IP mereka kepada MyIPO
Pusingan
Tarikh Penerimaan Permohonan
Pusingan 1
30 Julai 2020
 
Pusingan 2
31 Ogos 2020
 
Pusingan 3
1 Oktober 2020
 
Pusingan 4
2 November 2020
Baca tentang GERAN PEMASARAN DAN PROMOSI DIGITAL (GPPD) PENJANA
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
Kelayakan umum:
Penggiat dan perniagaan di dalam bidang industri kreatif; Warganegara Malaysia dan/atau syarikat yang majoriti pemilikan adalah warganegara Malaysia; dan Rekod pengalaman selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan di dalam bidang yang berkaitan dengan bantuan yang dipohon di bawah inisiatif ini. TARIKH PERMOHONAN GPIK
Permohonan untuk Geran Pementasan Acara & Pameran Digital dan Geran Filem Cereka Seni atau Festival dibuka dari 16 haribulan Julai 2020 sehingga seluruh dana diguna pakai.
Permohonan untuk Geran Sastera & Penerbitan Buku dibuka dari 28 haribulan Julai 2020 sehingga seluruh dana diguna pakai.
CARA PERMOHONAN  GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF MYCREATIVE
Lengkapkan Pemohonan Geran Pemulihan Industri Kreatif  secara atas talian melalui laman web MyCreative Ventures www.mycreative.com.my mulai 16 Julai 2020.
Pemohon dikehendaki melengkapkan permohonan dan menyediakan maklumat yang berikut antaranya seperti:
Pengenalan tentang pemohon – perincian mengenai individu, syarikat, persatuan dan/atau pertubuhan Portfolio & Sejarah (harus mempunyai rekod prestasi terdahulu dan sedia ada yang memuaskan, ) Projek yang dicadangkan dan bantuan yang diperlukan Bahan sokongan projek dan dokumen. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat asas seperti yang disenaraikan di S4 akan ditolak. Walaubagaimanapun, anda akan dimaklumkan melalui e-mel dan masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan yang lebih lengkap.
Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi dalam masa dua minggu selepas tempoh permohonan ditutup dan mungkin akan dipanggil untuk sesi pembentangan serta temuduga;
Dalam masa dua minggu selepas sesi penilaian dibuat, pemohon yang berjaya dan juga yang tidak berjaya akan dimaklumkan oleh MyCreative menerusi email.
Pemohon yang berjaya perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak MyCreative.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan hendaklah disalurkan kepada [email protected] atau temujanji boleh dibuat untuk membincangkan permohonan anda secara terperinci.
 
The post GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF (GPIK) PENJANA appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/geran-pemulihan-industri-kreatif-gpik-penjana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantu Industri Kreatif Yang Terjejas Akibat Covid 19 Finas Lancar Pelaksana

Bantu Industri Kreatif Yang Terjejas Akibat Covid 19 Finas Lancar Pelaksana

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 297 hits
Hiburan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia telah melancarkan Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif bagi membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat impak wabak pandemik Covid 19 Pelanca
Fasa Pemulihan Pasca Covid 19 Industri Pelancongan Di Negeri Selangor

Fasa Pemulihan Pasca Covid 19 Industri Pelancongan Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 310 hits
Pemberian Baucar Pelancongan Dan Insentif Pemandu Pelancong Berjumlah RM 2 6 Juta Bukti Kerajaan Negeri Selangor Komited Dalam Membangunkan Semula Industri Pelancongan NegeriImpak Covid 19 ke atas Industri Pelancongan di Negeri Selangor Pan...
Klwbc 2020 Youtuber Dan Revolusi Industri 4 0

Klwbc 2020 Youtuber Dan Revolusi Industri 4 0

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 296 hits
KLWBC siri ke 48 menjengah perkembangan kandungan media baharu sebagai silang rujukan Gambar FailBAGI KLWBC siri ke 48 elok kita menjengah perkembangan kandungan media baharu sebagai silang rujukan Satu kilas pandang untuk melihat trend kan...
Aktor Muda Haruma Miura Meninggal Dunia Kehilangan Untuk Industri Film Jepang

Aktor Muda Haruma Miura Meninggal Dunia Kehilangan Untuk Industri Film Jepang

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 624 hits
Berita duka datang dari Jepang Selamat jalan Haruma Miura Aktor kenamaan yang telah memerankan berbagai tokoh keren di industri perfilman Jepang
Makeover Library Sekolah Paling Havoc Cikgu Yang Sangat Kreatif

Makeover Library Sekolah Paling Havoc Cikgu Yang Sangat Kreatif

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum wbt Memang havoc sangat sangat Sapa cakap cikgu hanya goyang kaki duduk di rumah sepanjang PKPP nie Seorang cikgu yang sentiasa aktif di sekolah bila mana seluruh dunia menghadapi wabak COVID 19 semuanya berubah secara tak l...
Berawal Dari Industri Rumahan Tehbotol Sosro Dukung Dan Berkolaborasi Dengan Merek Lokal Lewat Gerakan Localsunite

Berawal Dari Industri Rumahan Tehbotol Sosro Dukung Dan Berkolaborasi Dengan Merek Lokal Lewat Gerakan Localsunite

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 199 hits
Lewat kolaborasi LocalsUnite Tehbotol Sosro ingin merek merek lokal bisa jadi ikon Indonesia di panggung dunia
China Fortune Land Development Dan Beberapa Proyek Kota Industri Baru

China Fortune Land Development Dan Beberapa Proyek Kota Industri Baru

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 374 hits
China Fortune Land Development mempunyai banyak proyek yang telah dilakukan dan juga sedang dalam pengerjaan Tidak hanya tersebar di berbagai Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Home Industri Tembakau Gorila Di Bandungan Dibongkar

Home Industri Tembakau Gorila Di Bandungan Dibongkar

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 176 hits
Kapolres Semarang AKBP Gatot Hendro Hartono mengatakan tembakau yang diproduksi di Bandungan tersebut diedarkan tersangka dengan cara dikirim lewat jasa paket pengiriman di beberapa daerah di Jawa Tengah hingga sampai ke luar pulau
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa