Geran Agropreneur Nextgen Bantuan Barangan Hingga Rm50 000
Permohonan Geran Agropreneur NextGen kini dibuka dengan wajah baharu bermula tahun 2026, khas untuk belia yang ingin memulakan atau mengembangkan projek dalam sektor tanaman, ternakan dan perikanan yang boleh dipohon menerusi portal eGAN iaitu https://app-egam.kpkm.gov.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai geran ini.

Mengenai Geran Agropreneur Nextgen
Geran Agropreneur NextGen merupakan penjenamaan semula daripada Geran Agropreneur Muda bermula pada tahun 2026.
Geran ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur antara 18 hingga 43 tahun tahun bagi start-up dan 21 hingga 45 tahun bagi scale-up.
Ini untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Start-Up: Nilai maksimum berbentuk barangan sehingga RM30,000
Scale-Up: Nilai maksimum berbentuk barangan sehingga RM50,000
Pakej Program
Pakej program yang ditawarkan adalah seperti:
Tanaman
Ternakan
Perikanan
Industri Makanan dan Asas Tani
Syarat Permohonan
Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
Start-UpScale-UpSyarat UtamaWarganegara
Individu berumur 18-43 tahunWarganegara
Individu berumur 21-45 tahunPendapatanPendapatan bersih kurang RM5,000 (<RM5,000)Pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM5,000 ke atas (>RM5,000)Peralatan ProjekPeralatan asas atau teknologi pertanianPeralatan atau teknologi pertanianPengalaman Projek1 pusingan hasil pertanian @ sekurang-kurangnya 6 bulan beroperasi (mengikut kesesuaian projek)Projek berjalan minimum 3 tahun / penerima GAM Start-UPSkop ProjekTanaman / Ternakan / Perikanan / Industri Asas TaniTanaman / Ternakan / PerikananKursusTelah mengikuti latihan teknikal, memiliki kelayakan akademik berkaitan pertanian atau mendapat pengecualian Jabatan/AgensiTelah mengikuti latihan teknikal, memiliki kelayakan akademik berkaitan pertanian atau mendapat pengecualian Jabatan/AgensiStatus TanahTanah Sendiri / Sewa / TOL atau Premis yang bersesuaian dengan projekTanah Sendiri / Sewa / TOL atau Premis yang bersesuaian dengan projekPlatform Permohonan Dalam TalianManual
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
Daftar Akaun: Layari portal eGAN di https://app-egam.kpkm.gov.my/ untuk mendaftar akaun.
Lengkapkan Borang: Isi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan secara dalam talian.
Hantar & Tunggu: Hantar permohonan & semak status. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Geran Agropreneur NextGen? Geran ini merupakan geran untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang berumur antara 18 hingga 43 tahun tahun bagi start-up dan 21 hingga 45 tahun bagi scale-up.
Apakah geran ini sama dengan Geran Agropreneur Muda? Ya cuma geran ini dijenamakan semula dengan wajah baharu.
Berapakah jumlah bantuan yang disediakan? Untuk Start-Up, bantuan berbentuk barangan sehingga RM30,000 manakala untuk Scale-Upbantuan barangan sehingga RM50,000.
Apakah pakej program yang ditawarkan menerusi geran ini? Ada 4 pakej program ditawarkan iaitu:
– Tanaman
– Ternakan
– Perikanan
– Industri Makanan dan Asas Tani
Dimanakah saya boleh memohon geran ini? Permohonan boleh dibuat menerusi portal eGan di pautan https://app-egam.kpkm.gov.my/.
Bilakah tarikh permohonan ditutup? Permohonan dibuka sepanjang tahun dan pemohon boleh membuat permohonan pada bila-bila masa.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai geran ini, sila layari laman web https://egam.kpkm.gov.my/ atau
Unit Agropreneur Muda
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya.
[email protected]
Baca juga: TVET Pertanian: Permohonan Kemasukan Januari 2026
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/geran-agropreneur-nextgen/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=geran-agropreneur-nextgen