Gerakan Jatuhkan Kerajaan Kerja Sia Sia Dan Buang Masa


 
Sama ada Langkah Tropicana yang diperbualkan ketika ini benar-benar wujud atau sebaliknya, sebarang gerakan untuk menggugat kerajaan perpaduan yang diterajui Anwar Ibrahim sekarang hanyalah kerja sia-sia serta membuang masa.
Realitinya kerajaan ini sedang diterima baik oleh rakyat dan cubaan menggugatnya bukan saja dianggap suatu penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong kerana idea kerajaan perpaduan itu sendirinya datangnya daripada baginda, malah mereka yang bertindak demikian juga pasti akan dicop sebagai orang jahat di mata rakyat.
Rakyat baru saja selesai menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRU15 dan walaupun tiada majoriti mutlak diperolehi oleh mana-mana parti, tetapi selain PH merupakan pemenang kerusi terbanyak, penggabungan melalui beberapa parti untuk membentuk kerajaan perpaduan juga bermakna jumlah majoriti telah diperolehi.
Dengan PH, BN, GPS, GRS, Muda, Warisan, PBM dan Bebas bergabung membentuk kerajaan perpaduan, majoritinya kini adalah berjumlah 148 kerusi Parlimen.
Ini bukan saja bererti majoriti sudah dimiliki, bahkan telah mencapai tahap dua pertiga.
Maka, mahu digugat apa lagi?
Walaupun Anwar sendiri telah mengumumkan kesediaan membawa undi percaya di Parlimen pada 19 Disember nanti, soalnya apakah PN mampu menggugatnya dalam undian itu nanti?
Selain itu, berikutan kerajaan perpaduan yang diterajui Anwar ini turut diterima baik di seluruh dunia dengan ucapan tahniah datang bertalu-talu, pihak yang ingin menjadi jahat ini sepatutnya berfikir sepuluh kali jika ingin terus menggugatnya.
Sebahagian dunia pasti akan mengecam dan mengutuk perbuatan mereka itu, di samping rakyat juga tidak terkecuali akan berbuat demikian.
Begitu pun, sesuai dengan semangat demokrasi, jika gugatan ingin dilakukan dengan cara menumbangkan Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dalam pemilihan parti, masa untuk berbuat demikian juga belum tiba.
Pemilihan UMNO hanya akan diadakan pada tahun depan, kemungkinan bulan Mac atau April, jadi bersabarlah dulu.
Setelah tarikh pemilihan UMNO ditetapkan, barulah boleh kalau nak turun mengadakan apa jua gerakan yang diingini.
Buat masa sekarang, jadilah orang baik yang bersama-sama menyokong kerajaan terlebih dahulu, sambil tidak cuba melakukan apa-apa tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai penderhakaan dan membawa kesusahan kepada rakyat.
Lebih daripada itu, jika benar mahu melakukan apa-apa gerakan untuk menjatuhkan kerajaan, siapakah calon Perdana Menteri yang ingin ditonjolkan?
Baik Mahiaddin Md Yasin atau Ismail Sabri Yaakob, kedua-dua bekas Perdana Menteri itu telah diangagp gagal oleh rakyat selama 31 bulan mereka berpeluang memegang kuasa sebelum ini.
Di mana logik dan munasabahnya jika pemimpin yang pernah gagal itu mahu ditonjolkan kembali?
Masa paling baik untuk menggugat kerajaan sekarang ialah pada PRU16 tahun 2027 akan datang, itu pun calon Perdana Menteri yang ingin ditonjolkan mestilah pemimpin baru yang diyakini lebih baik dan lebih berkaliber daripada Anwar yang ada sekarang.
Kalau tidak, sekali lagi, semua itu kerja sia-sia dan membuang masa saja. – ShahbudinHusin 26/112022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/gerakan-jatuhkan-kerajaan-kerja-sia-sia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Tropicana Mahu Jatuhkan Kerajaan Baginda

Langkah Tropicana Mahu Jatuhkan Kerajaan Baginda

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 241 hits
LANGKAH TROPICANA Norman RadzuanJangan lalai broker2 politik tidak akn diamBAIK DAN BURUKNYA KEABSAHAN DI PARLIMENBuka HP dlm percutian kawan send foto ini yg sebenarnya saya sudah melihatnya di group Saya ditanya mengenai isu keabsahan di ...
Membentuk Kerajaan Bersama Ph Tidak Menggelapkan Masa Depan Umno Hanya Masa Depan Annuar Musa Yang Mungkin Gelap

Membentuk Kerajaan Bersama Ph Tidak Menggelapkan Masa Depan Umno Hanya Masa Depan Annuar Musa Yang Mungkin Gelap

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 202 hits
Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ialah urusan untuk membentuk kerajaan selepas berakhirnya PRU15 Sabtu lalu Walaupun BN hanya mendapat 30 kerusi Parlimen mereka sepatutnya berbangga kerana dipelawa oleh PH yang memenangi 82 kerusi Parli...
Kerajaan Anwar Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat

Kerajaan Anwar Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 415 hits
DS Anwar telah berjanji untuk laksanakan undi percaya pada 19 Disember Adakah ini hero atau malapetaka pada DS Anwar Prinsipnya bagus namun risikonya tetap ada Namun aku positif DS Anwar akan mendapat undian majoriti Cuma ada gerakan dari p...
Agong Beri Lagi Masa Bentuk Kerajaan

Agong Beri Lagi Masa Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 174 hits
Upacara menghadap Yang di Pertuan Agong petang ini bagi urusan menubuhkan Kerajaan Persekutuan baharu tidak membawa sebarang keputusan kepada mana mana pihak dilantik sebagai Perdana Menteri yang berhak membentuk KerajaanMenurut Pengerusi P...
Setiap Masa Serang Dap Pas Dan Walaunya Dulu Boleh Peluk Sekrang Peluk Mca Dan Gerakan Ok Pulak

Setiap Masa Serang Dap Pas Dan Walaunya Dulu Boleh Peluk Sekrang Peluk Mca Dan Gerakan Ok Pulak

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 199 hits
Jenis budak jahat kat sekolah tadika Dia ambik kotak pensil budak lain Bila yang punya kotak pensil tu ambik balik pensil dia si budak nakal tu pulak yang meraung macam dia yang kena buli Rasanya semua orang boleh nampak Yang setiap masa se...
Rafizi Hanya Kerjasama Ph Gps Dapat Bentuk Kerajaan Stabil

Rafizi Hanya Kerjasama Ph Gps Dapat Bentuk Kerajaan Stabil

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 307 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tidak menjangkakan mana mana gabungan akan mendapat mandat yang jelas untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15 Bagaimanapun beliau menjangkakan Pakatan Harapan da...
Kerajaan Melayu Islam Najib

Kerajaan Melayu Islam Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 262 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Apabila Najib kalah dalam PRU 14 ia dengan serta merta mencadang kerjasama dengan musuhnya PAS untuk diri kononnya Kerajaan Melayu Islam 2 Sebabnya ialah kerana Kerajaan PH tidak punyai dominasi Melayu Islam De...
Kerajaan Stabil

Kerajaan Stabil

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 284 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Kerajaan menjadi tidak stabil apabila Kerajaan PH dijatuhkan melalui pintu belakang 2 Kerajaan PN pintu belakang yang pada mulanya tidak cukup bilang hanya dapat kelebihan 2 3 kerusi sahaja setelah beberapa ahl...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material