Gerak Tuntut Peranan Kpt Di Institusi Awam Dikendur


 
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) mahu diubah sistem subordinasi politik yang sedia wujud kepada hubungan lebih menghormati dan berinteraksi secara kritikal. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menyerahkan memorandum mengandungi enam cadangan pembaharuan pendidikan tinggi kepada Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir di Putrajaya.
Dalam kenyataan, NGO kumpulan akademik itu berkata, antara cadangan dikemukakan adalah peruntukan khas menjalankan kajian menyeluruh dan bebas mengenai keadaan sektor pendidikan tinggi, selain mendesak pentadbiran universiti distruktur semula.
“Langkah ini adalah permulaan penting ke arah pembaharuan pendidikan. Sudah terlalu lama, universiti di Malaysia berada di bawah pengaruh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Hubungan ini perlu diubah dari sistem subordinasi politik yang sedia wujud kepada hubungan yang lebih menghormati dan berinteraksi secara kritikal, menurut ahli jawatankuasa Gerak.
Menurutnya, peranan Jawatankuasa Pencarian Nasional juga perlu dihidupkan semula bagi memastikan ketelusan dalam proses pelantikan jawatan seperti naib canselor, timbalan naib canselor, pengerusi, dan lembaga pengarah baharu.
Cadangan seterusnya adalah pindaan dan pemansuhan undang-undang menyekat kebebasan akademik termasuk Akta 605 serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
“Hanya melalui pindaan Akta 605, kakitangan akademik dapat bebas untuk berpartisipasi dalam kehidupan akademia tanpa takut dikenakan tindakan tatatertib oleh perkhidmatan awam.

Akta Auku juga memberi kesan negatif terhadap kecemerlangan akademik kerana ia menghalang pemikiran analitik dan bebas yang penting untuk menghasilkan pengetahuan baharu dan kesarjanaan objektif, katanya.
Selain itu, Gerak meminta kerajaan mengkaji semula kebergantungan universiti tempatan terhadap sistem penarafan universiti antarabangsa, sambil mencadangkan kaedah penilaian alternatif yang bersifat kualitatif untuk menilai universiti tempatan.
Gerak juga mahu kerajaan menangani amalan paksaan pengarang bersama dalam artikel penyelidikan antara penyelia pelajar PhD dan siswa, yang disifatkan satu bentuk eksploitasi terhadap pelajar.
Terakhir, NGO itu turut mencadangkan sistem kehadiran dihapuskan, kerana amalan berkenaan tidak sesuai dilaksanakan dalam profesion pensyarah kerana keterlibatan mereka dalam menjalankan penyelidikan memerlukan masa fleksibel. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/a_67.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Usul Gantung Mp Machang Fitnah Penjawat Awam Mp Pas Akan Pertahan

Panas Usul Gantung Mp Machang Fitnah Penjawat Awam Mp Pas Akan Pertahan

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 180 hits
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata beliau bersama wakil rakyat Perikatan Nasional yang lain akan membantah usul menggantungnya daripada Dewan Rakyat selama enam bulan apabila ia dibentangkan esok Kami mempunyai imuniti dalam Dewan da...
Hiburan Bayar Wang Jaminan Rm200k Suami Isteri Influencer Didakwa Seleweng Dana Derma Awam Dibebaskan

Hiburan Bayar Wang Jaminan Rm200k Suami Isteri Influencer Didakwa Seleweng Dana Derma Awam Dibebaskan

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 295 hits
Difahamkan suami isteri pempengaruh serta dua orang lagi individu yang telah direman oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak 11 Julai lalu telah pun dibebaskan Melalui laporan kesemua suspek terlibat diarah untuk bayar wang ...
Kes Nur Farah Kartini Dipercayai Dibunuh Polis Tahan Seorang Penjawat Awam

Kes Nur Farah Kartini Dipercayai Dibunuh Polis Tahan Seorang Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 506 hits
Polis dilaporkan telah menahan seorang lelaki berumur 26 tahun susulan penemuan mayat seorang wanita dipercayai Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang pada petang Isnin Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Oma...
Penjawat Awam Depa Sembang Kemudian Bca Qunut Nazilah

Penjawat Awam Depa Sembang Kemudian Bca Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 272 hits
Surat layang aku guna ChatGPT Write a story into how a member of parliament from Machang Wan Fayhsal Wan Ahmad is engaged with frog smuggling and frog kissing Penjawat awam dizalimi Wan Fayhsal tapi depa baca Qunut Nazilah seolah olah depa ...
Mappa 2024 Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024 Ogos Ini

Mappa 2024 Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 315 hits
MAPPA 2024 Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024 Ogos Ini Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam telah menjadi acara tahunan yang dinanti nantikan oleh penjawat awam di Malaysia sejak tahun 2000 Pada tahun 2024 MAPPA kali ke 19 akan...
Hiburan Rusuhan Ragut Ratusan Nyawa Askar Enggan Akur Arahan Pm Bangladesh Temb K Orang Awam Di Jalanan

Hiburan Rusuhan Ragut Ratusan Nyawa Askar Enggan Akur Arahan Pm Bangladesh Temb K Orang Awam Di Jalanan

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 233 hits
Hujung minggu lalu kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis ketika protes pelajar memetik Bernama Difahamkan Perdana Menteri negara itu telah mengarahka...
Mcmc Panggil Penjawat Awam Siasat Komen Jelik 3r

Mcmc Panggil Penjawat Awam Siasat Komen Jelik 3r

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 202 hits
Oleh Julai 15 2024 9 53pmKUALA LUMPUR Seorang penjawat awam berusia 29 tahun dari Sungai Petani Kedah dipanggil memberi keterangan berhubung komen jelik berkaitan 3R menerusi media sosial TikTok Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysi...
Pentingnya Hubungan Awam Dalam Komunikasi Krisis Pemimpin Asean Kata Fahmi

Pentingnya Hubungan Awam Dalam Komunikasi Krisis Pemimpin Asean Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 351 hits
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menekankan peranan penting hubungan awam terutamanya dalam era digital dan semasa cabaran global Beliau mengingati sumbangan penting para profesional hubungan awam semasa wabak COVID 19 yang bekerja tanpa hen...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Anniversary 01 Januari 2026

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2025

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Anak Perempuan Pelakon Tommy Lee Jones Ditemui Meninggal Dunia Di Hotel California

Fenomena Buat Ram Sendiri Mungkin Jadi Trend Baharu

Lelaki Indonesia Kongsi Hal Yang Buatnya Faham Tentang Malaysia