Georgetown Restoran Nasi Kandar Popular Kena Kompaun



Sebuah restoran nasi kandar terkenal dikompaun kerana didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan selepas pemeriksaan dijalankan oleh pasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Restoran yang terletak di Jalan Gudwara itu dikenakan dua kompaun atas kesalahan menyimpan tepung di atas lantai dan telur rebus tidak dibasuh dengan bersih.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Pelesenan MBPP, M Bawani berkata, restoran itu dikenakan kompaun sebanyak RM160 bagi kedua-dua kesalahan itu.



"Bahan makanan iaitu tepung disimpan di atas lantai yang mana ia kesalahan utama dan telur rebus tidak dibasuh dengan bersih.

"Telur rebus itu didapati masih ada bekas kotor dan telur yang dikopek juga masih ada sisa kotoran," katanya kepada media selepas Operasi Penutupan Establisymen Makanan Siri 3/2020 Bahagian Pelesenan MBPP di sekitar negeri ini tadi.

Pegawai MBPP sedang memeriksa sisa bahan masakan (minyak) di restoran nasi kandar dalam operasi tadi.

Pegawai MBPP sedang memeriksa sisa bahan masakan (minyak) di restoran nasi kandar dalam operasi tadi.

Menurutnya, pemeriksaan dan pemantauan susulan akan dilakukan ke atas premis itu bagi memastikan langkah pembersihan dan penambahbaikan dijalankan oleh pengendali restoran terbabit.

Dalam operasi sama, Bawani berkata, tiga buah restoran diarahkan tutup selepas pihak penguat kuasa menjumpai najis dan bangkai tikus sekitar dapur premis tersebut.

Beliau berkata, sebanyak enam premis makanan telah diperiksa dan tiga daripadanya diarahkan tutup selama 14 hari.

"Kita telah periksa enam premis makanan iaitu satu di Pulau Tikus dan selebihnya di Jalan Gudwara. Restoran di Pulau Tikus diarahkan tutup selepas kita menjumpai najis tikus di stor yang diletakkan peralatan memasak.

"Selain itu, kita juga mendapati stor tersebut sebenarnya adalah sebuah tandas lama.

"Sementara itu, sebuah kedai runcit juga diarahkan tutup selepas kita menjumpai bangkai tikus di tempat menyimpan barangan manakala sebuah restoran lagi didapati berada dalam keadaan kotor," katanya.

Pegawai MBPP menunjulkan najis tikus yang dijumpai di salah sebuah restoran dalam operasi tadi.
Pegawai MBPP menunjulkan najis tikus yang dijumpai di salah sebuah restoran dalam operasi tadi.
Beliau berkata, sebanyak tujuh kompaun bernilai RM560 dikeluarkan dalam operasi tersebut.

"Sejak 1 November tahun lalu sehingga hari ini, lapan operasi telah dijalankan iaitu 28 premis telah diperiksa. 21 daripadanya diarah tutup dan 33 kompaun berjumlah RM2,500 telah dikeluarkan.

"Kita akan berterusan menjalankan operasi dari masa ke semasa untuk memastikan premis makanan mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan," katanya.


Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/02/georgetown-restoran-nasi-kandar-popular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepung Atas Lantai Bangkai Tikus Ditemui Dalam Restoran Nasi Kandar Popular

Tepung Atas Lantai Bangkai Tikus Ditemui Dalam Restoran Nasi Kandar Popular

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 428 hits
GEORGETOWN Sebuah restoran nasi kandar terkenal dikompaun kerana didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan selepas pemeriksaan dijalankan oleh pasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang Restoran yang terletak di J...
Najis Tikus Lipas Di Dapur Restoran Nasi Kandar

Najis Tikus Lipas Di Dapur Restoran Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 392 hits
RESTORAN nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling Georgetown diarah tutup 14 hari sehingga The post appeared first on
Makanmakan Nasi Kandar Haji Ramli Seksyen 13 Shah Alam

Makanmakan Nasi Kandar Haji Ramli Seksyen 13 Shah Alam

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1605 hits
nasiKandar kedahNasi Kandar Haji Ramli resepi kedah mai Terbaek la bak hang Buka dari tengahari sampai petang sahaja Kepada peminat nasi kandar melayu selain daripada Nasi Lan Kedah memang abang suggest kedai ni Kedai pun tak ramai sangat s...
Makan Nasi Beriani Di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby Taman Pertam Jaya Melaka

Makan Nasi Beriani Di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby Taman Pertam Jaya Melaka

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 1016 hits
Restoran Nasi Beriani Haji TambyRestoran Nasi Beriani haji Tamby ni terletak di Taman Pertam Jaya Melaka Nampak macam biasa biasa kan Tapi restoran ni pernah di terjah oleh team Jalan Jalan Cari Makan TV3 Jadi tak hairanlah kalau restoran n...
Famous Stall In Bangsar That Sells Rm3 Nasi Kandar Ordered To Close By Authorities

Famous Stall In Bangsar That Sells Rm3 Nasi Kandar Ordered To Close By Authorities

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 408 hits
The premises were so dirty that it may put people s health at risk small Cover image via Bangsar Fish Head Corner Facebook Migrationology small Anuar s Fish Head Curry in Bangsar Kuala Lumpur has been ordered to close down temporarily Accor...
Makanmakan Nasi Goreng Cina Restoran Hong Kong Muslim Food

Makanmakan Nasi Goreng Cina Restoran Hong Kong Muslim Food

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 394 hits
Makan Nasi Goreng Cina dan Nasi Goreng Daging di Restoran Hong Kong Muslim Food Kedai makan cina muslim di Shah Alam Saya kira nasi goreng ni walaupun hanya masakan yang ringkas tetapi resepi untuk nasi goreng ni ada pelbagai Nanti mungkin ...
Nasi Kandar Pak Ali Di Pekan Jeniang Memang Padu

Nasi Kandar Pak Ali Di Pekan Jeniang Memang Padu

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 820 hits
Nasi kandar sedap Jangan ingat kawasan kampung tak ada nasi kandar yang sedap ya amat Nasi Kandar Pak Ali Jeniang Kedai biasa biasa ja tapi hidangan nasi kandar memang padu Terletak di pekan Jeniang boleh nampak kedai yang sentiasa penuh de...
Nasi Kandar Pokok Ketapang Bagan Penang

Nasi Kandar Pokok Ketapang Bagan Penang

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 847 hits
Depa dok sebut banyak kali dah akhirnya aku pun p la try Memang masa sampai tu orang tengah beratur Nampak sempoi sebab mantan PM pun pernah mai Dengan tag line dia malu apa bossku Jom kalau hangpa nak tengok tengok full video kat sini Jang...
Hidup Susah Ji Changwook Dedah Pernah Makan Nasi Berlaukkan Garam Semasa Belum Popular

Hidup Susah Ji Changwook Dedah Pernah Makan Nasi Berlaukkan Garam Semasa Belum Popular

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 346 hits
Ji Changwook ternyata mempunyai peminat yang ramai Berbekalkan wajahnya yang tampan dan mutu lakonan yang mantap memang tak peliklah dia sering dipilih sebagai teraju utama untuk pelbagai drama Perjalanan karier seni pelakon itu bukanlah mu...
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025