Genius Bahasa Melayu Atau Tidak


Oleh : KU SYAFIQ

GENIUS : BAHASA MELAYU ATAU TIDAK?

Kritikan terhadap pertukaran nama Permata kepada Genius seakan-akan telah terpindah kepada perbahasan sama ada kata genius itu adalah perkataan bahasa Melayu atau tidak.


Sepatutnya, ia tidak perlu pergi begitu dalam. Kritikan orang (termasuk Prof. Nik Safiah) terhadap penggunaan kata genius itu tidaklah boleh dijawab dengan pendedahan perkataan itu terkandung dalam kamus bahasa Melayu.

Memang bahasa Melayu banyak meminjam dari bahasa Inggeris. Ia sesuai dengan sifat bahasa Melayu yang anjal dalam menerima perubahan dunia. Bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia banyak menghasilkan istilah baharu dan sebagai bahasa yang baik, bahasa Melayu perlu jadi anjal untuk menerima istilah-istilah itu.

Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam istilah Latin malah Yunani ketika dua bahasa itu lebih besar pengaruhnya. Rujuk kamus etimologi, sangat banyak perkataan bahasa Inggeris berasal daripada bahasa lain.

Namun, bukanlah semudah itu kita menganggap istilah-istilah yang dipinjam sebagai istilah bahasa Melayu. Kalau kita anggap begitu, akan wujud banyak kekeliruan. Keupayaan bahasa Melayu meminjam istilah asing juga sering disalah guna apabila istilah-istilah yang sudah sedia wujud dalam bahasa Melayu turut dipinjam lalu mewujudkan kasta bahasa baharu dalam bahasa Melayu, yakni bahasa 'bombastik' yang lebih dipandang tinggi.

Setiausaha akhbar Dr. Maszlee, Zul Fikri Zamir ada menulis tentang hal ini dalam bukunya, Masharakat Melawan Mahasiswa. Zamir merujuk proses meminjam istilah daripada bahasa Inggeris sebagai proses anglisasi bahasa; yakni proses meng-Inggeris-kan bahasa.

Namun, dalam artikel itu Zamir menegaskan, anglisasi yang ingin dikritik ialah anglisasi istilah yang sudah sedia wujud dalam bahasa Melayu. Seperti bajet,kita sudah ada perkataan belanjawan tapi kenapa masih perlu menggunakan kata bajet?

Maka, adakah perkataan genius tergolong dalam hasil anglisasi yang dikritik Zamir?

Aku fikir, tidak. Bahasa Melayu tidak ada istilah khusus yang menggambarkan sifat genius. Kamus Dewan pun menafsirkan ia sebagai sangat pintar. Sangat pintar tidak sesuai jadi istilah khusus kerana ada kata penguat.

Mungkin istilah yang paling sesuai ialah geliga. Tapi geliga tidak mantap penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Ini kerana kita lebih kenal konsep kepintaran luar biasa melalui perkataan genius. Barat lebih terkehadapan mengkaji hal ini maka istilahnya lebih dikenali.

Berbalik kepada pertukaran Permata kepada Genius, kita tidak patut anggap kata genius sebagai bahasa Melayu. Ia boleh diungkap menggunakan bahasa Melayu tetapi ia bukanlah kata asal daripada bahasa Melayu. Seperti bajet, adakah kita mahu anggap bajet itu istilah bahasa Melayu?

Genius lebih jauh dari bahasa Melayu berbanding bajet kerana ejaannya pun tidak diubah suai. Kalau sebutan baku, ia akan jadi ge-ni-us.

Sesuatu istilah pinjaman perlu menghadapi beberapa tahap baru dapat dianggap istilah dalam sesuatu bahasa. Seperti garfu, ia boleh dianggap istilah bahasa Melayu walaupun ia dipinjam dari bahasa Portugis. Ini kerana penggunaannya sudah mantap dalam bahasa Melayu. Apa tahap yang perlu dilalui itu aku tak mampu jelaskan, cuma aku pasti ia ada. Mungkin ia ada kaitan dengan konsep bahasa kreol atau pijin, tapi aku sudah tak berapa ingat tentang itu.

Cuma, dalam artikel Zamir itu, ada dipetik pendapat tokoh bahasa dari Kenya, Ngugi Wa Thiong'o. Ngugi menjelaskan, fungsi bahasa ada dua, iaitu sebagai ejen komunikasi dan pendukung budaya. Fungsi kedua itu yang aku kritik dalam isu pertukaran nama Permata ini.

Kata Permata (mungkin juga pinjaman tapi sayangnya PRPM belum masukkan fungsi semakan etimologi maka aku tak pasti) lebih mendukung kebudayaan dan falsafah Melayu berbanding Genius. Tapi itu hanya sampingan.

Yang utamanya tentang pertukaran nama ini ialah ia tidak perlu dan tidak tepat. Genius hanya sesuai digunakan dalam satu cabang Permata, iaitu Permata Pintar. Atas sebab ini akau akan terus tolak tindakan itu.

Gambar : Slaid pertama pembentangan tentang artikel Zamir dalam kelas Sosiolinguistik dulu, masa aku semester 5.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/genius-bahasa-melayu-atau-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nota Upsr Bahasa Melayu

Nota Upsr Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 563 hits
UPSR semakin hampir apa kata ibubapa guru atau murid dapatkan nota upsr yang ringkas padat dan terbaik sebagai bahan bacaan sewaktu masa lapang nota bmBerikut dikongsikan pelbagai nota sebagai bahan bacaan Boleh diletakkan di dalam smartpho...
Pot Pet Pot Pet Rupanya Boleh Cakap Bm Netizen Puji Anak Que Haidar Membebel Dalam Bahasa Melayu

Pot Pet Pot Pet Rupanya Boleh Cakap Bm Netizen Puji Anak Que Haidar Membebel Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 538 hits
Bagi yang mengikuti perkembangan pasti mengetahui tentang cara pertuturan anak anaknya dirumah yang menggunakan bahasa Inggeris Que Haidar yang medirikan rumah tangga bersama Linda Jasmine dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang sang...
Video Kempen Bahasa Tamil Kula Hasut India Marah Melayu

Video Kempen Bahasa Tamil Kula Hasut India Marah Melayu

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 325 hits
Pemuda UMNO desak polis siasat menteri sumber manusiaOleh Ainaa Syaza Khusli12 04 2019BANGI 6 Syaaban 1440H Jumaat Di sebalik ucapannya dalam bahasa Tamil Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran jelas membakar sentimen kemarahan masyarakat In...
Perdebatan Soal Polisi Grammar Yang Suka Patroli Bahasa Inggris Di Medsos Memperbaiki Atau Bully

Perdebatan Soal Polisi Grammar Yang Suka Patroli Bahasa Inggris Di Medsos Memperbaiki Atau Bully

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 219 hits
Hati hati kalau salah unggah status pakai bahasa Inggris langsung kena sleding nih Artis juga banyak lo Jadi takut nggak sih
Genius Kenapa Nak Tunjukkan Kita Miskin Bahasa

Genius Kenapa Nak Tunjukkan Kita Miskin Bahasa

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 362 hits
Dr Nik Safiah KarimKUALA LUMPUR Penukaran nama baharu untuk Program Permata Negara sepatutnya menggunakan Bahasa Melayu Pakar Bahasa Melayu Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata tidak sepatutnya penjenamaan semula program itu ditu...
Tiada Bukti Pelajar Sekolah Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu

Tiada Bukti Pelajar Sekolah Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 446 hits
KUALA LUMPUR 17 April Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman bahawa sekolah vernakular Cina dan Tamil memusnahkan perpaduan di Malaysia Dominic berkata ken...
Pilih Pak Jokowi Atau Prabowo Sebagai Presiden Indonesia Jawapan Win Arif Jiwa Asyraf Disokong Netizen

Pilih Pak Jokowi Atau Prabowo Sebagai Presiden Indonesia Jawapan Win Arif Jiwa Asyraf Disokong Netizen

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 332 hits
Pelakon yang juga menantu kepada Dato Siti Nurhaliza Tya Arifin memuat naik sebuah video di instagramnya Dalam video tersebut dia bertanya kepada anak lelakinya sama ada memilih Bapak Jokowi atau Bapak Prabowo sebagai presiden baru Indonesi...
Klia Atau Sepang Kenapa Suka Tukar Nama

Klia Atau Sepang Kenapa Suka Tukar Nama

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 379 hits
APA ada pada nama Itu kena tanya kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan yang menjadi perhatian warga maya sehari dua ini gara gara keghairahan untuk menjenamakan semula program kerajaan terdahulu Rasanya tiada pun perkara itu dalam manifesto...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions