Geng Katak Cuba Sabotaj Ruu Anti Lompat Parti Sebab Takut Patah Kaki








*GENG KATAK CUBA SABOTAJ RUU ANTI LOMPAT PARTI SEBAB TAKUT PATAH KAKI*


- Saya sudah mendengar pelbagai polemik mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti ini sejak hampir setahun lalu lagi.


- Pada awal cadangannya, ramai pihak terutamanya ahli-ahli politik begitu beriya-iya menyokong RUU ini dengan harapan mahu membendung MP-MP melompat parti dan mengelakkan pengkhianatan terhadap mandat rakyat serta parti.


- Masing-masing bersemangat beri kenyataan. Ada yang menyokong penuh, ada yang mahu disegerakan dan tak kurang juga yang 'claim' mereka kononnya sudah lama memperjuangkan RUU Anti Lompat Parti ini.


- Namun bila proses perundangan ini mula dirangka dan mahu dibentangkan di Parlimen, tiba-tiba pula macam banyak halangan. Macam susah sangat nak dibentangkan. Macam ada cubaan untuk menangguhkan atau mensabotaj perbentangan RUU Anti Lompat Parti ini.


- Kemelut ini diakui sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Facebook beliau. “Dengan kata lain, perundangan ‘Antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali. Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” kata Zahid.


- Kenapa Zahid cakap begitu? Kerana UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas.


- Anda rasa siapakah yang cuba mensabotaj pembentangan, kelulusan dan pelaksanaan RUU Anti Lompat Parti ini? Mestilah katak-katak yang sebelum ini begitu ghairah bertukar parti demi menjaga kepentingan mereka.


- Geng katak seperti bekas MP-MP UMNO yang melompat ke Bersatu selepas BN tewas pada PRU14 lalu, mula takut kalau RUU ini sudah diluluskan peluang mereka untuk lompat ke parti lain tak ada lagi.


- Sebenarnya ramai katak-katak dalam Bersatu itu risau dan takut tentang masa depan politik mereka selepas PRU15 nanti. Mereka tahu Bersatu tak akan menang dalam PRU15 dan hanya akan jadi sebuah parti yang hidup segan, mati tak mahu.


- Bersatu hidup dulu pun sebab Mahathir dan katak UMNO seperti Muhyiddin sekongkol dengan PH jatuhkan BN. 


- Muhyiddin pun jadi PM pasal UMNO tolong angkat dia dan akhirnya sampai cita-citanya nak jadi PM. Maka dapatlah Bersatu sambung nyawa balik. 


- Sekarang bila Muhyiddin suddah tak jadi PM , prospek Bersatu makin malap dan geng katak mulalah resah. 


- Tambah lagi apabila, saksi dalam kes Zahid mendedahkan dalam mahkamah semalam, bahawa Muhyiddin ketika menjadi Menteri Dalam Negeri pada turut menerima imbuhan sebanyak RM1.3 juta dari projek Visa Luar Negara (VLN)! Lagilah buat Bersatu patah kaki dan terduduk.


- Jadi mereka sudah ada niat dan pelan untuk lompat parti, tinggalkan Bersatu untuk masuk semula UMNO atau mencari parti-parti lain. Memang peel katak, bila satu kolam sudah kering, ia akan cari kolam lain untuk lompat dan untuk hidup. 


- Begitu juga katak politik, bila parti yang mereka sertai itu sudah tak boleh beri manfaat kepada kepentingan diri dan kuasa, mereka akan cari parti lain untuk mereka terus hidup. Macam yang YB Zuraida buat tu.


- Saya dapat tahu, bukan hanya katak-katak politik dalam Bersatu saja yang nak sabotaj RUU Anti Lompat Parti ini, ada juga dalam kalangan MP BN ketika ini yang bernada musuh politik UMNO juga mahu sabotaj RUU dengan harapan mereka dapat terus bekerjasama dengan sekutu mereka yang melompat parti.


- Sebab itulah bila kita ikuti perkembangan mengenai RUU ini, hanya pemimpin-pemimpin dari UMNO saja yang benar-benar menyokong pembentangan RUU ini. Pemimpin-pemimpin katak dalam Bersatu dan sebahagian pemimpin UMNO yang bersekutu dengan mereka seperti kunci mulut. Tak mahu bercakap dan tak mahu komen banyak. Pemimpin PH dan Pas pula hanya suam-suam kuku saja bercerita pasal RUU ini.


- Mereka takut kalau RUU ini sudah jadi undang-undang, katak-katak ini akan patah kaki dan tak boleh melompat lagi. Padan muka!


DATUK NUR JAZLAN MOHAMED 
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/geng-katak-cuba-sabotaj-ruu-anti-lompat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Katak Takut Patah Kaki Kalau Ada Akta Anti Lompat Parti

Katak Takut Patah Kaki Kalau Ada Akta Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 178 hits
Menurut Nur Jazlan Ahmad Zahid berpandangan sedemikian kerana UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya melompat parti selepas Barisan Nasional tewas Anda rasa siapakah yang cuba...
Ruu Anti Lompat Parti Ph Kecewa Pm Gagal Panggil Sidang Khas Parlimen

Ruu Anti Lompat Parti Ph Kecewa Pm Gagal Panggil Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 256 hits
Pakatan Harapan kecewa terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang gagal memanggil Sidang Khas Parlimen berhubung perbahasan Rang Undang undang Anti Lompat Parti sebagaimana dijanjikan Menurut Majlis Presiden PH s...
Takut Di Siasat Sprm Punca 3 Mp Umno Lompat Dedah Zahid

Takut Di Siasat Sprm Punca 3 Mp Umno Lompat Dedah Zahid

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 246 hits
Ini apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Mahkamah Alaaa Zahid Hamidi Presiden UMNO tu dia kata MP MP UMNO yang lompat ke BERSATU tu sebab nak elak dari didakwa oleh SPRM KUALA LUMPUR Tiga Ahli Parlimen UMNO termas...
Panas Ruu Antilompat Parti Bakal Dibentang Pada Julai Nanti

Panas Ruu Antilompat Parti Bakal Dibentang Pada Julai Nanti

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 215 hits
TAJUK BICARA SEMASA DI MANAKAH PEMISAH ANTARA INSTITUSI KEHAKIMAN DAN POLITIK
Zuraida Berharap Ismail Kekalkannya Sebagai Menteri Walaupun Dah Lompat Parti

Zuraida Berharap Ismail Kekalkannya Sebagai Menteri Walaupun Dah Lompat Parti

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 149 hits
Foto Zuraida The StarWalaupun tahu tindakannya melompat parti akan menyebabkan dirinya kehilangan kedudukan sebagai menteri Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin masih berharap Perdana Menteri Ismail Sabri akan mengekalkannya statusnya se...
Tak Mustahil Parti Komponen Mesra Grs Bertembung Pada Pru15 Kata Penganalisis

Tak Mustahil Parti Komponen Mesra Grs Bertembung Pada Pru15 Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 188 hits
Penganalisis politik berkata walaupun GRS dilihat meyakinkan namun ia bukan jaminan tiada pertembungan sesama sendiri kerana kemampuannya dalam perkara itu belum dapat dipastikan KOTA KINABALU Dua penganalisis politik berpendapat tidak must...
Kerajaan Mula Takut Dengan Tiktok

Kerajaan Mula Takut Dengan Tiktok

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 243 hits
Kerajaan mula takut dengan TikTok Posted By on June 29 2022Soal siasat ke atas mantan Senator Siti Aishah Shaik Ismail semalam berikutan video tular TikTok mengkritik kerajaan BN PN menimbulkan persoalan adakah pihak berkuasa mula takut ter...
Orang Kita Sekarang Takut Sangat Kena Cahaya Matahari Takut Gelap Ustaz Kazim Elias

Orang Kita Sekarang Takut Sangat Kena Cahaya Matahari Takut Gelap Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 219 hits
Orang Kita Sekarang Takut Sangat Kena Cahaya Matahari Takut Gelap Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua