Generasi Merdeka Harus Ambil Alih Pimpin Negara Ini


 
Apabila Ismail Sabri Yaakob yang berusia 62 tahun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lalu, ia adalah berita gembira buat generasi yang lahir selepas merdeka.
Sementara di negara-negara lain sudah ramai pemimpin yang lebih muda daripada beliau dipilih mengetuai kerajaan, di negara kita inilah pertama kali generasi merdeka iaitu yang lahir selepas kemerdekaan negara pada 1957 menjadi Perdana Menteri.
Dengan Ismail Sabri yang lahir pada tahun 1960 menjadi Perdana Menteri, semua parti-parti politik utama di negara ini juga harus terus bergerak ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang.
Dalam konteks UMNO, parti yang Ismail Sabri adalah Naib Presidennya serta mengetuai kerajaan, sekarang adalah masanya yang tepat untuk melakukan perubahan dalam pemilihannya yang akan datang nanti.
Selain Ismail Sabri atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri paling sesuai mengetuai UMNO, pemimpin generasi merdeka yang lain juga harus diberi tempat menyemarakkan perjuangan parti bersama-sama dengannya.
Mereka yang sudah tua atau yang lahir sebelum merdeka, apa lagi yang sudah pernah menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau mengetuai kerajaan negeri, eloklah segera mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada generasi baru meneruskan perjuangan.
Lagi pun dengan dunia sekarang adalah dunia yang dikuasai oleh orang muda dan mereka yang berusia 18 tahun pun sudah boleh mengundi untuk memilih kerajaan, tampak tidak cocok lagi jika generasi tua terus mahu tercongok enggan melepaskan jawatan seolah-seolah tidak pernah puas dengan kuasa.
Sementara parti lain seperti DAP misalnya yang telah memilih Anthony Loke yang lahir pada tahun 1977 sebagai Setiausaha Agungnya yang baru menggantikan Lim Guan Eng, jika diperhatikan, kebanyakan parti-parti lain juga sedang bergerak ke arah yang sama.
Walaupun Mahiaddin Md Yasin masih memimpin Bersatu, tetapi orang nombor duanya, Ahmad Faizal Azumu atau Peja adalah generasi yang lahir selepas merdeka.
Memandangkan Mahiaddin pernah memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, adalah lebih cantik jika beliau juga segera berundur dan melepaskan tanggungjawabnya kepada timbalannya itu dalam pemilihan Bersatu yang akan datang nanti.
Tidak terkecuali dengan PKR, di sebalik Anwar Ibrahim masih aktif dan berupaya memimpin parti itu, tetapi dengan pengumuman Rafizi Ramli kembali aktif dalam politik sekaligus bertanding jawatan Timbalan Presiden, keterujaan ahli-ahli PKR dan rakyat meraikan beliau ternampak begitu hebat sekali.
Lebih-lebih lagi bersama kembalinya Rafizi itu, Nurul Izzah yang selama ini tidak aktif dan mendiamkan diri, dilihat turut sama ingin mewarnai semula kepimpinan PKR dan gandingan mereka seolah-olah sedang dipotretkan sebagai harapan parti di masa depan.
Kedua-dua anak muda generasi merdeka itu, bersama Anwar, adalah watak-watak yang merupakan “material” sebagai Perdana Menteri masa depan buat negara ini.
Sementara Anwar, di mana PRU15 akan datang barangkali adalah medan terakhirnya untuk berjuang menggapai kerusi Perdana Menteri, Rafizi dan Nurul Izzah adalah sosok pertaruhan tahun-tahun seterusnya bagi jawatan tersebut.
Apa yang nyata, apabila ada tiga pemimpin yang bermaterial Perdana Menteri berada dalam satu parti, sudah tentu tarikan dan keyakinan rakyat kepada PKR akan melonjak dengan sendirinya.
Amanah yang merupakan komponen PH juga semestinya tidak terkecuali daripada harus melakukan perubahan memenuhi tuntutan zaman di mana Salahuddin Ayub atau Husam Musa sebaik-baiknya dipersiapkan sebagai peneraju parti yang seterusnya.
Sama seperti Anwar, PRU15 nanti adalah medan terakhir buat Mohamad Sabu membenarkan dirinya aktif dalam politik untuk turut sama menyahut keperluan generasi merdeka memimpin Amanah selepas itu.
Daripada sebilangan parti-parti utama yang lain di negara ini, hanya Pas yang masih kelihatan terkepung dalam kepompong kepimpinan generasi sebelum merdeka di mana Presiden dan Timbalan Presidennya yang sedia ada masih kekal berwajah tua.
Tetapi, di lapisan kedua dan ketiga, Pas masih tidak kurang dengan barisan pemimpin generasi merdeka yang sebenarnya sudah patut ditonjolkan ke depan, sesuai dengan tuntutan zaman.
Begitu pun, baik Hadi Awang mahu pun Tuan Ibrahim Tuan Man, belum terlihat lagi tanda-tanda mereka mahu mengundurkan diri atau bersara, sebaliknya seperti tengah seronok menikmati “ghanimah” jawatan menteri dan bertaraf menteri dalam kerajaan.
Muda, sebagaimana kita tahu memang dipimpin oleh generasi muda dalam barisan kepimpinannya, manakala Pejuang terlihat ada wajah Mukhriz Mahathir sebagai peneraju generasi merdekanya.
Selain bapanya, Tun Mahathir Mohamad yang barangkali situasi kesihatan tidak lagi mengizinkan untuk terus aktif dalam politik, beliau juga sudah mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam PRU15 akan datang ini.
Maknanya, Pejuang pun sedang bergerak ke arah generasi merdeka mengetuainya.
Dalam hal ini, PRU15 harus menjadi medan terakhir untuk pemimpin yang lahir sebelum merdeka untuk bertanding dalam pilihan raya dan aktif dalam politik parti masing-masing.
Bersaralah dan biar generasi merdeka mengisinya pula!! – ShahbudinHusin 30/03/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/generasi-merdeka-harus-ambil-alih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Malaysia Era Moden Harus Ambil Iktibar Kemelut Negara Luar

Politik Malaysia Era Moden Harus Ambil Iktibar Kemelut Negara Luar

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 158 hits
Politik Malaysia era moden harus ambil iktibar kemelut negara luar Oleh Dr Kamarulnizam Abdullah Kita masih lagi bertuah kerana di sebalik ketidaktentuan politik dan kemurungan ekonomi dunia Malaysia masih mampu mengharunginya dan tidak ter...
Bunda Fatma Duta Genre Harus Jadi Role Model Di Kalangan Generasi Z

Bunda Fatma Duta Genre Harus Jadi Role Model Di Kalangan Generasi Z

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 126 hits
Fatma juga menyebutkan bahwa pemilihan Duta Genre kali ini mengusung tema brave to fight stunting Artinya dibutuhkan peran remaja dalam membantu mempercepat penurunan angka stunting utamanya di Kota Pasuruan
Sepasang Kepala Lanun Negara

Sepasang Kepala Lanun Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 145 hits
Cakap berdegar degar tumit di keting Umat Menyamun Number OneCorruption Are We Past The Rubicon How fearful are Najib and Rosmah of having to spend time behind bars Do you not think that they have thought over and over again what their life...
Keistimewaan Negara Israel Berbanding Mana Mana Negara Lain

Keistimewaan Negara Israel Berbanding Mana Mana Negara Lain

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 150 hits
Di dalam Islam Yahudi dan Nashrani dikelompokkan sebagai Ahlul Kitab yakni para umat nabi yang diberi kitab suci seperti orang Yahudi dan Nasrani Mereka diberi kitab taurat dan injil Sebagaimana diindikasikan di dalam Alquran yang ertinya a...
Ayuh Malaysia Wajar Disertai Seluruh Rakyat Yang Patriotik Cintakan Negara

Ayuh Malaysia Wajar Disertai Seluruh Rakyat Yang Patriotik Cintakan Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 210 hits
MALAYSIA DATELINEKempen Ayuh Malaysia yang digerakan Rafizi Ramli Nurul Izzah dan pimpinan muda Pakatan Harapan yang lain wajar disertai seluruh rakyat yang petriotik dan cintakan negara ini Meskipun diakui masa agak suntuk dan sumber juga ...
Usul Sosma Ditolak Di Dewan Rakyat Bukti Umno Bn Punca Ketidakstabilan Politik Negara

Usul Sosma Ditolak Di Dewan Rakyat Bukti Umno Bn Punca Ketidakstabilan Politik Negara

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 181 hits
USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT BUKTI UMNO BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA 1 Sejarah telah tercipta semalam di Dewan Rakyat apabila kerajaan gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4 Akta Kesalahan Ke...
Janganlah Penyanyi Nombor Satu Negara Seganlah Digelar Penyanyi No 1 Siti Nurhaliza Malu Malu

Janganlah Penyanyi Nombor Satu Negara Seganlah Digelar Penyanyi No 1 Siti Nurhaliza Malu Malu

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 216 hits
Penyanyi No 1 negara Itulah gelaran yang sudah menjadi kebiasaan setiap kali mana mana pihak hendak memperkenalkan kemunculan atau keberadaan Datuk Seri Siti Nuhaliza Bagaimanapun tanpa kita semua sedar Siti sebenanya berasa sangat rendah d...
Pengembara Dari 18 Negara Berisiko Tinggi Dibenar Ke Malaysia

Pengembara Dari 18 Negara Berisiko Tinggi Dibenar Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 155 hits
Pengembara dari 18 negara berisiko tinggi dibenar ke Malaysia Kerajaan akan membenarkan kemasukan pengembara dari 18 negara berisiko tinggi Covid 19 mulai bulan depan seiring fasa peralihan kepada endemik Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin...
Aktiviti Lawatan Toqqi Ke Hari Usahawan Negara 2022 Ppim 27 03 2022

Aktiviti Lawatan Toqqi Ke Hari Usahawan Negara 2022 Ppim 27 03 2022

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 223 hits
Lawatan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ke Hari Usahawan Negara 2022 di World Trade Centre Kuala Lumpur
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini