Generasi Keadilan Akan Gempur Tawan Kerusi Yang Dikhianati



Pertubuhan Generasi KEADILAN Malaysia berikrar akan membantu parti menawan semula kerusi-kerusi yang telah dikhianati oleh segelintir pimpinan yang menyertai Langkah Sheraton pada Februari lalu sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Generasi KEADILAN, Senator Yusmadi Yusof berkata, pertubuhan itu akan mengembeleng tenaga aktivis parti sama ada yang baharu atau lama dalam memastikan usaha menawan kerusi-kerusi pengkhianat dan mengambil semula kerajaan di Putrajaya akan tercapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
“Saya pada malam ini mengisytiharkan Generasi KEADILAN akan membantu parti untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dikhianati.
“Di Pulau Pinang kita ada Nibong Tebal, di Selangor ada Ampang, ada Gombak, di Johor ada Segamat, Batu Pahat. Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada rakan-rakan, tubuhkanlah Generasi KEADILAN Negeri, Generasi KEADILAN Cabang dan Generasi KEADILAN Ranting.
“Kita sama-sama bantu parti. Kita beri platform kepada rakan-rakan (di peringkat bawahan) yang tidak ada peranan,” kata Yusmadi dalam majlis Makan Malam Mantan AMK Malaysia 2020 di Shah Alam yang dianjurkan oleh pertubuhan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Dengan slogan ‘Generasi KEADILAN, generasi penerus agenda perubahan’, menurut Yusmadi, pertubuhan itu akan mengumpul tenaga-tenaga akar umbi untuk menjadi penggerak di peringkat Cabang dan Ranting.
Yusmadi juga bernostalgia mengenai tercetusnya ilham untuk menubuhkan gerakan itu ketika mana beliau bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari kemenangan PH pada PRU 14 lalu.
“Untuk apa Generasi KEADILAN ini? Ramai yang bertanya. Terus terang saya katakan ketika menang, saya bersama Datuk Seri Anwar dalam penjara. Saya sebagai peguam beliau, hadir bersama Datuk Seri Anwar.
“Saya kata, bos bayangkan rakan-rakan yang pernah jadi Ketua AMK Negeri, pernah jadi AMK Pusat, pernah jadi pimpinan peringkat Cabang, pernah jadi pimpinan peringkat negeri. Mereka dahulu ahli pimpinan biasa, sekarang kebanyakan mereka berumur 36 hingga 50an.
“Ini gambaran individu yang ada pengalaman, juga kepakaran, walau tak banyak. Dan saya yakin kalau dapat kita garapkan (gembelengkan) untuk membantu KEADILAN, membantu Datuk Seri Anwar, ia pasti akan menguatkan parti,” katanya.
Menurut Yusmadi, perjuangan Anwar yang telah berjaya mewujudkan satu generasi baharu Malaysia yang mana dhomirnya ingin melakukan keadilan untuk semua masyarakat, boleh dimantapkan dengan gerak kerja bersama Generasi KEADILAN.
Justeru, beliau berharap pertubuhan itu akan mempunyai cawangan di seluruh negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31057

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahfuz Macam Bagi Hint Jer Ph Berebut Kerusi Parlimen

Mahfuz Macam Bagi Hint Jer Ph Berebut Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 318 hits
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar menasihatkan pembangkang mencari kesepakatan jika mahu mengekalkan 108 kerusi yang ia miliki sekarang di sebalik perbezaan pandangan mengenai pembentukan suatu grand coalition atau gabungan besar untuk pilih...
Umno Selangor Ingatkan Ppbm Jangan Usik Kerusi

Umno Selangor Ingatkan Ppbm Jangan Usik Kerusi

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 341 hits
UMNO Selangor mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar tidak mengganggu kawasan yang dimiliki UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang nanti Pengerusi UMNO Selangor Noh Omar berkata bagaimanapun UMNO akan mengelakkan pertembung...
Bersatu Sedang Bekerja Keras Untuk Memastikan Pru15 Kerusi Mb Johor Milik Mereka

Bersatu Sedang Bekerja Keras Untuk Memastikan Pru15 Kerusi Mb Johor Milik Mereka

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 342 hits
PRU15 MB Johor dari BersatuHARUN ZAKARIAPerlumbaan Bersatu dalam merebut gelaran MB Johor kali ini semakin hangat Manakan tidak bila rakan mereka Umno sedang leka mereka menyusun langkah untuk merampas kerusi di Johor untuk PRU akan datang ...
Ambil Alih Kerusi Pas Exco Wanita Pahang Di Ingatkan Tidak Mendabik Dada Dengan Kuasa

Ambil Alih Kerusi Pas Exco Wanita Pahang Di Ingatkan Tidak Mendabik Dada Dengan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 352 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang mengingatkan seorang exco wanita Pahang supaya tidak mendabik dada dan takbur dengan pangkat dan kuasa yang diberikan rakyat pada masa kini Pengerusinya Haslihelmy DM Zulhasli berkata maklumat daripada p...
Baru Beli 150 Kerusi Roda Ebit Lew Nak Bagi Free Kepada Yang Memerlukan

Baru Beli 150 Kerusi Roda Ebit Lew Nak Bagi Free Kepada Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 255 hits
Siapa yang tidak mengenali pendakwah muda Ustaz Ebit Lew yang tidak henti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bersama teamnya iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia Beliau yang menjelajah seluruh negara telah menghulurkan bantu...
Bagaimana Kamu Nak Bantah Secara Dalaman Sedangkan 8 Kerusi Senator Dap Yang Pecah Lobang

Bagaimana Kamu Nak Bantah Secara Dalaman Sedangkan 8 Kerusi Senator Dap Yang Pecah Lobang

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 227 hits
Pas kata buat bantah arak dan judi secara dalamanJanuary 2 2021 Pas nafi berlembut dalam memperjuangkan isu lesen arak dan judi Sebaliknya Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary menegaskan selaku parti dalam kerajaa...
Mahathir Perlekeh Dap Tetapi Partinya Sendiri Dapat Berapa Kerusi

Mahathir Perlekeh Dap Tetapi Partinya Sendiri Dapat Berapa Kerusi

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 249 hits
Mahathir ego menongkat langit Orang kata hidung tinggi bukan sahaja hidung panjang yang kuat menipu Mahathir kata tanpa bantuannya Dap tidak pernah dapat lebih dari 18 Kerusi Parlimen Jelas sekali bekas PM dua kali yang khianat kepada PH in...
Pengerusi Finas Di Sebut Bakal Jadi Calon Pn Bertanding Kerusi Parlimen Kuantan Pru15 Ini

Pengerusi Finas Di Sebut Bakal Jadi Calon Pn Bertanding Kerusi Parlimen Kuantan Pru15 Ini

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 221 hits
KUANTAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini sedang giat turun padang untuk membela dan menyelesaikan isu isu rakyat di kawasan Parlimen Kuantan Ini memberi petanda PPBM kemungkinan besar akan meletakkan calon mereka bertanding di kerusi itu...
The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru

Salam Ramadhan Al Mubarak Dari Akifimtiyaz Com

Ssf Pembukaan Stor Utama Di Glenmarie Dan Haqqi Mall

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Ismail Sabri Disiasat Sprm

Just Pets Megastore Harga Cara Beli Tiket Masuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Niat Solat Sunat Tarawih Dan Witir

Anwar Harap Rafizi Diberi Laluan Mudah Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Top Commentator Of February 2025 Tahniah Blogger Cuya

Datuk Dan Cucu Dilanggar Warga Asing Yang Memandu Laju Meninggal Di Tempat Kejadian

Nak Kurus Sebelum Raya Tapi Malas Nak Keluar Rumah Gunakan Stepper Ini Sebagai Solusi

Baki Boleh Tampung 50 Pelajar Kptm Asyraf Wajdi Dedah Che Ta Belum Lunas Hutang Mara