Pengerusi Finas Di Sebut Bakal Jadi Calon Pn Bertanding Kerusi Parlimen Kuantan Pru15 Ini


 

KUANTAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini sedang giat turun padang untuk membela dan menyelesaikan isu-isu rakyat di kawasan Parlimen Kuantan.
Ini memberi petanda, PPBM kemungkinan besar akan meletakkan calon mereka bertanding di kerusi itu pada PRU-15 nanti.
Difahamkan, mantan Pengerusi PKR Pahang, Zakaria Abd Hamid antara nama-nama yang disebut bakal dipertaruhkan oleh Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Kuantan
Beliau yang juga merupakan Pengerusi FINAS, dan Pengerusi NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang, adalah orang kanan Azmin Ali, Menteri Kanan Ekonomi sekarang.
NGO terbabit, kini begitu aktif diseluruh pelusuk Parlimen Kuantan sekarang ini. Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan tindakan Zakaria menyertai PPBM secara rasmi di bahagian Kuantan baru-baru ini.
Zakaria sebelum ini, aktif berpolitik di Parlimen Bera. Bahkan beliau hampir menewaskan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada PRU-14 lalu.
Ismail hanya menang dengan majoriti 2,311 undi sahaja dalam pertembungan tiga penjuru antara BN, PKR dan PAS.
Zakaria mendapat 18,449 undi, sementara Ismail 20,760 dan calon PAS, Musaniff Abd Rahman hanya mendapat 8,096 undi. Agak jauh juga Zakaria meninggalkan undi PAS ketika itu.
Ini bermakna, beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Bera, tambahan pula dia adalah anak jadi Felda Bukit Mendi yang berada dalam kawasan parlimen Bera itu sendiri.
Jika benar, Zakaria mahu meninggal Bera maka ia memberi tamparan cukup hebat kepada BN di sini. Apatah lagi ada ura-ura, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Sri Ab Hamid Nazahar dikhabarkan bakal menjadi calon untuk merampas kerusi Parlimen Kuantan dari tangan PKR.
Namun, berdasarkan rekod dua penggal terdahulu UMNO mencuba namun tewas ditangan Fuziah Salleh. Maka ada harapan PPBM pula mencuba pada kali ini.
Dengan ahli yang ramai, jentera yang hebat dan cawangan di merata tempat BN sepatutnya menang pada PRU-14 yang lalu. Namun, mungkin ketika itu MCA yang bertanding.
Tambahan pula undi yang memenangkan Fuziah sejak dua penggal lalu, iaitu dari kalangan pengundi PAS sudah berpecah apabila parti itu juga meletakkan calon mereka iaitu Sulaiman Md Derus.
Namun, Fuziah tetap menang dengan majoriti undi yang agak besar iaitu 8,111 undi pada PRU-14 lalu. Beliau mendapat 22,807 undi.
Sementara itu calon BN, Wong Kean Hwee hanya mendapat 13,667 dibelakang calon PAS yang mendapat 14,698 undi.
Andaian pengundi BN jika undi PAS dan BN diambil kira maka mereka akan menang kerana ada lebih dari 28 ribu undi pada PRU-14 lalu juga wajar diambilkira.
Apa pun, siapa yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Kuantan hanya pucuk pimpinan sahaja yang akan menentukannya. Sanggupkah UMNO benarkan PPBM meletakkan calon mereka? Atau akan ada calon bebas dari kalangan ahli UMNO jika situasi ini berlaku?
Jika dilihat kepada suasana politik semasa, memang sesuai Zakaria menentang Fuziah di Parlimen Kuantan kali ini. Fuziah kini adalah Pengerusi PKR Pahang, dan Zakaria mantan.
Umum mengetahui, Fuziah adalah orang kuat Anwar Ibrahim, dan Zakaria orang Azmin Ali. Makanya, jika mereka berlawan pada PRU15 ini, sudah pasti pertembungan yang cukup sengit akan berlaku.
Cuma, adakah ahli akar umbi UMNO bersetuju dengan semua ini. Sama-sama kita nantikan adengan panas seterusnya. Kedua-dua pihak kini sedang sibuk bekerja menyantuni rakyat untuk persediaan menjelang PRU-15.
Soalnya, benarkah Zakaria bakal menjadi calon PN yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuantan?. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/pengerusi-finas-zakaria-abd-hamid-calon.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Parlimen Indera Mahkota Panas Akar Umbi Umno Mahu Calon Mereka Bertanding

Pru 15 Parlimen Indera Mahkota Panas Akar Umbi Umno Mahu Calon Mereka Bertanding

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 325 hits
KUANTAN Menjelang pilihan raya umum ke 15 tidak lama lagi Kerusi Parlimen Indera Mahkota dilihat antara kerusi panas yang menjadi pertikaian di Pahang Biar pun umum mengetahui status quo kerusi itu bakal memihak kepada Parti Pribumi Bersatu...
Wan Rosdy Ppbm Tidak Perlu Bertanding Di Mana Mana Kerusi Dun Parlimen Di Pahang

Wan Rosdy Ppbm Tidak Perlu Bertanding Di Mana Mana Kerusi Dun Parlimen Di Pahang

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 268 hits
KUANTAN Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang merangkap Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan tiada keperluan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertanding di mana mana kerusi DUN dan Parlimen Pahang pada PRU15 ...
Parlimen Bubar Pada Mac 2021 Dan Pru15 Bulan Jun

Parlimen Bubar Pada Mac 2021 Dan Pru15 Bulan Jun

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 319 hits
PKR kata kerajaan Perikatan Nasional akan jatuh pada bulan Mac 2021 Yang sebenarnya Parlimen akan dibubarkan pada Mac 2021 dan PRU15 pula akan diadakan pada bulan Jun
Mca Didesak Serah Kerusi Parlimen Alor Setar

Mca Didesak Serah Kerusi Parlimen Alor Setar

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 306 hits
ALOR SETAR Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar semalam mengemukakan usul mendesak MCA menyerahkan kerusi Parlimen Alor Setar kepada parti berkenaan dalam pilihan raya umum ke 15 Usul berkenaan dikemukakan salah seorang perwakilan ...
Umno Mahu Bertanding Sekurang Kurangnya 96 Kerusi

Umno Mahu Bertanding Sekurang Kurangnya 96 Kerusi

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 236 hits
Mohd Amin Jalilam hmetro com myDatuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2020 di Dewan Biduanda Universiti Teknologi Mara Rembau FOTO Mohd Amin JalilRembau Umno bersikap terbuka dan tidak m...
Umno Pas Rebut Kerusi Alor Setar Pada Pru15 Laporan

Umno Pas Rebut Kerusi Alor Setar Pada Pru15 Laporan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 285 hits
Malaysiakini Umno dan PAS bersaing untuk bertanding kerusi parlimen Alor Setar pada pilihan raya ke 15 kata laporan Menurut Utusan Malaysia kerusi itu bakal menjadi rebutan Umno dan PAS yang saling menaruh keyakinan mempunyai peluang meramp...
Kerusi Selamat Parlimen Alor Setar Milik Umno Atau Pas

Kerusi Selamat Parlimen Alor Setar Milik Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 218 hits
Umno dan PAS bersaing untuk bertanding kerusi parlimen Alor Setar pada pilihan raya ke 15 kata laporan Menurut Utusan Malaysia kerusi itu bakal menjadi rebutan Umno dan PAS yang saling menaruh keyakinan mempunyai peluang merampas kawasan te...
Bukan Pandemi Virus Corona Who Sebut Ada Virus Yang Lebih Mematikan Bakal Melanda Dunia

Bukan Pandemi Virus Corona Who Sebut Ada Virus Yang Lebih Mematikan Bakal Melanda Dunia

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 251 hits
Bukan pandemi virus corona WHO sebut ada virus yang lebih mematikan bakal melanda dunia Organisasi Kesehatan Dunia menyatakan pandemi Virus Corona bukankah wabah yang paling mematikan WHO memperingatkan bahwa virus yang lebih mematikan masi...
Golongan B40 Calon Spm Dan Stpm Bakal Nikmati Kemudahan Internet Lebih Baik

Golongan B40 Calon Spm Dan Stpm Bakal Nikmati Kemudahan Internet Lebih Baik

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 249 hits
Oleh Saifuddin Abdullah Foto Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR Golongan isi rumah B40 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di seluruh negara berpeluang menikmati kemudahan internet lebih baik melalui pe...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming