Gencatan Senjata Politik Umno Ppbm Tidak Akan Bertahan Penganalisis Politik




PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik memandang sinis kenyataan Umno berhubung gencatan senjata politik dalam pertikaiannya dengan PPBM, dengan berkata, ia tidak akan bertahan lama.
Bercakap kepada FMT, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura menyifatkan gencatan itu sebagai “kosmetik dan oportunistik” serta “sementara”.
Beliau mendakwa Umno membuat pengisytiharan itu untuk mengelak diri daripada dipersalahkan kerana bermain politik pada masa yang sukar buat negara.
Oh Ei Sun.“Ia mengambil kesempatan daripada situasi pandemik yang sukar ini untuk meletakkan parti itu di kedudukan yang tinggi, sedangkan pada hakikatnya ia tidak menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,” katanya.
“Dapat juga difahami bahawa Umno dan PAS bermain “rakan dan musuh” dalam memaksa Muhyiddin, sekali gus mengalih perhatiannya dengan tujuan akhir untuk memenatkan beliau supaya mengikut permintaan mereka.”
Semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan senjata politik dan mengulangi sokongan parti itu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di sebalik hubungan tegang antara Umno dan PPBM.
Minggu lalu, Umno berkata partinya sudah menetapkan “syarat baru” untuk terus menyokong kerajaan itu.
Oh berkata, beliau percaya kedua-dua parti itu akan bertelingkah semula apabila jangkitan Covid-19 reda kerana Umno mahu menjadi pemimpin dalam gabungan pemerintah itu dengan Muhyiddin dijadikan lambang semata-mata.


Jeniri Amir.
Jeniri Amir daripada Majlis Profesor Negara berkata, gencatan senjata politik akan membantu menyejukkan keadaan politik ketika negara memfokus kepada usaha memerangi wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi.
“Umno bersikap realistik dan memahami sentimen di lapangan, tetapi saya percaya ini hanya sementara,” katanya.
“Sekiranya ia terus mendesak permintaannya sekarang, Umno akan dianggap gila kuasa meskipun ia berasa adalah munasabah untuk membuat permintaan itu kerana jumlah kerusi yang dimiliki dan kerana layanan yang diterimanya dianggap tidak adil.”
Beliau berkata hampir semua individu dalam kumpulan Mohamed Azmin Ali dijadikan menteri atau timbalan menteri walaupun ia mempunyai kerusi yang jauh lebih sedikit daripada Umno.
Katanya, Umno, yang dahulunya dominan di Sabah, kini menjadi “pengikut” di belakang PPBM di negeri itu.
“Jadi mereka sudah pasti akan berselisih lagi.”
Nazri Aziz.Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz semalam berkata, perselisihan di Perak belum boleh diselesaikan walaupun ahli Umno di negeri itu akan mengikut keputusan Zahid.
Bekas menteri persekutuan itu berkata, Umno Perak akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan perkara itu, selain menambah beliau mahu mengambil kira perasaan PPBM mengenainya.
“Kita hanya mahu masalah di Perak diselesaikan, seperti pelantikan Adun dan pelantikan ketua kampung tanpa rundingan.”
Beliau merujuk kepada pelantikan Adun Umno, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu di tengah-tengah desas-desus mengenai penghijrahan kepada PPBM daripada Umno.
Azmi Hassan.Faizal mewakili PPBM.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, gencatan senjata politik akan menjadi tidak relevan apabila keadaan wabak Covid-19 terkawal.
“Apabila itu berlaku, saya rasa rakyat akan terima pembubaran Parlimen sebagai tukaran bagi kerajaan yang lebih stabil,” katanya.
#Sumber : FMT 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/gencatan-senjata-politik-umno-ppbm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gencatan Politik Umno Ppbm Mungkin Cetus Pru Kilat

Gencatan Politik Umno Ppbm Mungkin Cetus Pru Kilat

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 373 hits
freemalaysiatoday com October 23 2020 10 52 AMSumber berkata Umno dan PPBM mempunyai kelebihan di kawasan luar bandar dan separa bandar PETALING JAYA Beberapa ahli Parlimen Umno sedang bekerjasama dengan pemimpin PPBM mengenai kemungkinan p...
Pkr Hormat Gencatan Politik Umno Kekal Agenda Kembali Mandat Rakyat

Pkr Hormat Gencatan Politik Umno Kekal Agenda Kembali Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 387 hits
October 21 2020 10 38 PMSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli Parlimen yang mendokong cita cita dan harapan sama PETALING JAYA PKR...
Umno Umum Gencatan Politik Dukung Kerajaan Pn

Umno Umum Gencatan Politik Dukung Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 289 hits
PETALING JAYA Umno hari ini mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid 19 dan membantu rakyat yang susah akibat hambatan ekonomi dapat diutamakan Presiden Zahid Hamidi juga mengumumkan Umno mendukung kerajaan Perika...
Gencatan Politik Manifestasi Umno Tak Boleh Hidup Susah

Gencatan Politik Manifestasi Umno Tak Boleh Hidup Susah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 294 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI 5 Rabiulawal 1442H Khamis Pendirian UMNO untuk melaksanakan gencatan politik bagi mendukung kerajaan Perikatan Nasional yang sedang berusaha membantu rakyat dan negara mendepani pandemik COVID 19 serta ...
Umno Umum Gencatan Politik

Umno Umum Gencatan Politik

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 272 hits
Ekhwan Haque Fazlul Haqueekhwan hmetro com myPresiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Kuala Lumpur UMNO melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid 19 dapat diutamakan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
Tindakan Gencatan Politik Pengorbanan Kedua Umno

Tindakan Gencatan Politik Pengorbanan Kedua Umno

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 248 hits
SHAH ALAM UMNO telah melakukan pengorbanan untuk kali yang kedua bagi menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional demi kepentingan rakyat dan negara Pengerusi Veteran UMNO Datuk Othman Desa berkata pengorbanan yang pertama dilakukan oleh part...
Ppbm Jangan Jadi Bacul Tikam Belakang Umno

Ppbm Jangan Jadi Bacul Tikam Belakang Umno

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 252 hits
Semalam UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian ber...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint