Gencatan Politik Umno Ppbm Mungkin Cetus Pru Kilat


Minderjeet Kaurfreemalaysiatoday.com
-October 23, 2020 10:52 AM

Sumber berkata, Umno dan PPBM mempunyai kelebihan di kawasan luar bandar dan separa bandar.
PETALING JAYA: Beberapa ahli Parlimen Umno sedang bekerjasama dengan pemimpin PPBM mengenai kemungkinan pilihan raya umum diadakan secara mengejut, menurut individu yang tahu rundingan itu.

Mereka memberitahu FMT, pilihan raya antara langkah yang dipertimbangkan susulan pengumuman gencatan politik oleh Umno dalam pertelingkahannya dengan PPBM.

Mereka berkata, kedua-dua pihak sedang mempertimbangkan untuk mengadakan PRU selepas kes Covid-19 menurun secara ketara.

“Rancangannya ialah mengehadkan ceramah dan menggunakan televisyen, radio serta media sosial.

“Pembangkang akan mempunyai jangkauan baik di kawasan bandar melalui media sosial, tetapi kami akan memberi saingan kepada mereka di kawasan luar bandar, di mana kami berhubung lebih baik dengan pengundi.”

Katanya, kelebihan Umno dan PPBM dengan pengundi luar bandar serta separa bandar akan berlipat ganda dengan mengehadkan ceramah akibat Covid-19 dan hubungan mereka dengan PAS.

Beliau berkata, Muhyiddin Yassin dianggap calon perdana menteri kumpulan itu, susulan kemenangan dalam pilihan raya.

Satu lagi sumber berkata, PPBM gembira dengan gencatan politik itu dan kerajaan Perikatan Nasional mungkin melantik ahli Umno sebagai timbalan perdana menteri.

“Gencatan politik itu bersifat sementara kerana Umno mahu pilihan raya kilat. Semua parti, bahkan PPBM, perlu akur supaya BN, PAS dan PPBM terus bersama sehingga PRU15.

“Tetapi, gencatan politik penting. Ia menyebabkan sokongan beralih daripada Anwar Ibrahim kepada Muhyiddin.”

Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beberapa ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar, selepas ketua pembangkang itu mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.

Baru-baru ini, Umno mahu diberikan jawatan timbalan perdana menteri dan kuasa sama dalam gabungan parti pemerintah itu.

Satu lagi sumber Umno berkata, PN membuat keputusan berhubung gencatan politik dengan persefahaman pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, lebih mudah untuk Umno membincangkan pembahagian kerusi bagi pilihan raya kerana beberapa pemimpinnya sudah lemah.

“Ada beberapa puak dalam Umno. Ada yang menentang PPBM, ada yang sokong Zahid dan Najib Razak. Puak lain menyokong Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.”

Merujuk Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan, sumber itu berkata, beliau kelihatan diketepikan sekarang, walaupun ramai ahli parti percaya beliau boleh mengembalikan kegemilangan kepada Umno.

Katanya, ahli Parlimen Umno akan menyokong seorang pemimpin, jika mereka yakin beliau akan menjadi perdana menteri seterusnya atau timbalan perdana menteri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/gencatan-politik-umno-ppbm-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gencatan Senjata Politik Umno Ppbm Tidak Akan Bertahan Penganalisis Politik

Gencatan Senjata Politik Umno Ppbm Tidak Akan Bertahan Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 281 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik memandang sinis kenyataan Umno berhubung gencatan senjata politik dalam pertikaiannya dengan PPBM dengan berkata ia tidak akan bertahan lama Bercakap kepada FMT Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal An...
Tindakan Gencatan Politik Pengorbanan Kedua Umno

Tindakan Gencatan Politik Pengorbanan Kedua Umno

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 266 hits
SHAH ALAM UMNO telah melakukan pengorbanan untuk kali yang kedua bagi menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional demi kepentingan rakyat dan negara Pengerusi Veteran UMNO Datuk Othman Desa berkata pengorbanan yang pertama dilakukan oleh part...
Umno Umum Gencatan Politik Dukung Kerajaan Pn

Umno Umum Gencatan Politik Dukung Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 314 hits
PETALING JAYA Umno hari ini mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid 19 dan membantu rakyat yang susah akibat hambatan ekonomi dapat diutamakan Presiden Zahid Hamidi juga mengumumkan Umno mendukung kerajaan Perika...
Umno Umum Gencatan Politik

Umno Umum Gencatan Politik

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 296 hits
Ekhwan Haque Fazlul Haqueekhwan hmetro com myPresiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Kuala Lumpur UMNO melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid 19 dapat diutamakan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
Gencatan Politik Manifestasi Umno Tak Boleh Hidup Susah

Gencatan Politik Manifestasi Umno Tak Boleh Hidup Susah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 314 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI 5 Rabiulawal 1442H Khamis Pendirian UMNO untuk melaksanakan gencatan politik bagi mendukung kerajaan Perikatan Nasional yang sedang berusaha membantu rakyat dan negara mendepani pandemik COVID 19 serta ...
Pkr Hormat Gencatan Politik Umno Kekal Agenda Kembali Mandat Rakyat

Pkr Hormat Gencatan Politik Umno Kekal Agenda Kembali Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 414 hits
October 21 2020 10 38 PMSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli Parlimen yang mendokong cita cita dan harapan sama PETALING JAYA PKR...
Mampu Kah Umno Bersendirian Tanpa Kerjasama Politik Dengan Pn

Mampu Kah Umno Bersendirian Tanpa Kerjasama Politik Dengan Pn

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 369 hits
Add captionMampukan UMNO bersendirian masuk PRU 15 tanpa kerjasama dengan PN Itu lah persoalan yang diperdebatkan penganalisis dan pemerhati politik selepas UMNO pertimbang menarik diri menyokong kerajaan PN dan meletakkan syarat baru jika ...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak