Gempar Rusia Berjaya Menggali Lubang Paling Dalam Di Dunia Apa Yang Di Temui Amat Mengejutkan


Gempar!!! Rusia Berjaya Menggali Lubang Paling Dalam Di Dunia. Apa Yang Di Temui Amat Mengejutkan
Dataran Antartika merupakan sebuah dataran yang sangat luas terletak di Kutub Selatan. Ianya mempunyai cuaca yang sangat sejuk sepanjang tahun dan tiada penempatan tetap manusia yang wujud disana.

Pada masa kini, kawasan Antartika menjadi antara tempat tumpuan para saintis dari seluruh dunia untuk menjalankan pelbagai jenis kajian termasuklah kumpulan NASA dari Amerika Syarikat dan juga para penyelidik daripada Rusia.

Baru tahun 2015, pihak Rusia mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menggali lubang sedalam 3.7 km di Laut Vostrok. Usaha penggalian ini telah dilakukan berdekatan stesyen kajian milik Rusia yang diberi nama Stesyen Vostok. Pencapaian ini membolehkan ianya diiktiraf sebagai lubang yang paling dalam di dunia berjaya digali oleh manusia.


Proses penggalian keduaMengikut rekod, pihak saintis Rusia telah berjaya menggali ke permukaan Laut Vostok ini pada tahun 2012 lagi. Walau bagaimanapun, kerana terdapat dakwaan pencemaran bahan kimia kerosin dan kreon, sampel yang diambil dikhuatiri sudah tercemar.


Hal ini memaksa pasukan ini menggali semula lubang yang baru bagi memastikan sampel yang diambil benar-benar tidak tercemar daripada bendasing. Mereka menggali semula 0.48 km terakhir dengan menggali lubang yang baru selari dengan lubang yang pertama. Proses penggalian lubang yang baru  ini akhirnya siap pada tahun 2015.

Penemuan spesis hidupan baruKejayaan menggali lubang sedalam kira-kira 3.7 km ini merupakan satu kejayaan besar mengambil kira pelbagai kesukaran daripada segi teknikal untuk menggali lubang sedalam itu dan kewajiban untuk mematuhi undang-undang alam sekitar yang ketat dikenakan terhadap aktiviti penggalian itu bagi memastikan ianya tidak tercemar dengan bendasing dari luar.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting daripada itu adalah penemuan kira-kira 3500 jenis hidupan di kedalaman seperti itu. Antara penemuan penting yang telah direkodkan adalah bakteria baru dimana DNA yang dimilikinya sangat unik dan tidak menyamai mana-mana hidupan lain yang wujud di tempat lain di bumi ini.

Brent Christner, seorang ahli biologi berkata, kajian yang dilakukan ke atas sampel yang diambil daripada kawasan Laut Vostok menunjukkan bahawa lapisan ais tebal yang wujud di atas Laut Vostok itu dianggarkan sudah wujud kira-kira 15 juta tahun dahulu.


Ini bermakna apa-apa hidupan yang wujud di bawah ini hanya wujud disini dah tidak tercemar daripada kawasan lain. Hidupan-hidupan ini juga mempunyai karakter khas yang membolehnya mengadaptasi diri dengan cuaca Antartika yang sangat ekstrim ini.

Petunjuk baru bagi saintis

Penemuan air pada kedalaman tersebut juga merupakan satu perkara yang menakjubkan. Walaupun suhu pada kedalaman tersebut adalah dibawah takat beku, air di Laut Vostok tidak membeku kerana tekanan yang tinggi pada kedalaman tersebut.

Penemuan spesis hidupan baru pada kedalaman ini juga memberi petunjuk dan harapan baru kepada para saintis untuk mencari hidupan baru di planet lain seperti Marikh. Para saintis berpendapat walaupun dalam keadaan ekstrim sekalipun, selagimana air wujud maka terdapat kemungkinan spesis hidupan yang wujud disitu.

Sumber : Illuminasi.com
_________________________

“Setiap kali dia nampak lubang, dia sentiasa ingin tahu kedalamnnya. Padanya, ini amat penting.” –Kata-kata Jules Verne dalam bukunya yang bertajuk Journey to the Center of the Earth.

Pernah tak korang terfikir mengenai lubang-lubang terdalam yang pernah digali oleh manusia kat dunia ni? Sejak tahun 1950-an lagi banyak percubaan untuk menggerudi kerak bumi. Tapi nampaknya sampai sekarang usaha tu tak berjaya.

Kebanyakkan perkara yang saintis tahu mengenai struktur bumi bermula pada tahun 1950-an, tu pun hanya berdasarkan teori je. Tapi segalanya berubah sekitar awal tahun 1960-an apabila Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet memulakan perlumbaan angkasa lepas “versi baharu”, iaitu perlumbaan menjelajahi pusat bumi.

Jadi kali ini SOSCILI cuba senaraikan beberapa lubang terdalam yang pernah digali oleh manusia.

1. Kola Superdeep Borehole: Lombong yang dikatakan dekat dengan pintu neraka
Pekerja-pekerja bergambar di tapak penggerudian.

Kola Superdeep Borehole merupakan lubang paling dalam yang pernah digali oleh manusia. Ia merupakan satu projek penggerudian di bawah kendalian pihak Kesatuan Soviet. Penggerudian telah bermula pada 24 Mei 1970 dan dijalankan di daerah Pechengsky yang terletak di Semenanjung Kola, Rusia.

Namun pada tahun 1993, dorang terpaksa menghentikan operasi penggerudian yang telah mencapai kedalaman sehingga 49,000 kaki kerana keadaan suhu yang tinggi.


Keratan akhbar mengenai proses penggerudian.

Salah satu penemuan paling menarik adalah kehadiran fosil plankton mikroskopik empat batu di bawah permukaan 6,700 meter. Apa kejadah tu fosil plankton mikroskopik? Boleh tengok di sini. Fosil ini telah dijumpai di dalam kedalaman yang tidak dijangka dan amat kukuh di sebalik tekanan yang luar biasa.Walau bagaimanapun, apa yang lebih mengagumkan ialah para saintis menganggarkan bahawa jarak ke pusat bumi adalah hampir 4,000 batu (6,400 kilometer).


Tinggalan mesin gerudi yang tidak digunakan lagi.

Semasa proses penggerudian mencecah kedalaman 12.262 meter, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa kerja-kerja penggalian ditamatkan pada 1992 setelah sekumpulan saintis menembusi kebuk haba yang sangat panas dan terdengar jeritan manusia di dalam lubang tersebut.

Mereka beranggapan bahawa proses penggerudian menghampiri ke lubang neraka.Tapi perkara tu telah dinafikan oleh pihak Kesatuan Soviet. Korang boleh tengok dekat sini untuk dengar rakaman suara misteri tu.

2. Bingham Canyon Mine: Ditutup serta merta setelah terjadinya runtuhan besar
Bingham Canyon Mine yang terletak di barat daya Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat, adalah lombong lubang terbuka yang paling dalam di dunia. Kedalaman Bingham Canyon adalah lebih daripada 1.2km dengan kelebaran kira-kira 4 km. Ia jugak telah menghasilkan kira-kira 179,317t tembaga, 279.200 auns emas, 2.4 juta auns (Moz) perak dan 20 juta pound (Mlbs) molibdenum pada tahun 2012.

Pada 10 April 2013 telah berlaku kejadian tanah runtuh besar berketinggian 20 meter yang cukup untuk menenggelamkan bandar New York. Runtuhan pertama mengandungi batuan dasar yang dapat dilihat di pinggir bawah runtuhan. Manakala runtuhan kedua mengandungi batu berwarna jingga.

Kedua-dua runtuhan tersebut telah mencetuskan sebanyak 16 gempa bumi kecil. Ekoran daripada runtuhan tersebut telah menyebabkan operasi perlombongan ditutup serta merta. Nasib baiklah runtuhan ni tak menyebabkan kematian dan tiada orang yang terperangkap seperti yang berlaku di Chile.


Kesan runtuhan di tapak lombong.

3. Kimberley Diamond Mine: Sering menjadi tarikan pelancong serata dunia
Lombong berlian Kimberley.

Kimberley Diamond Mines juga dikenali sebagai “Big Hole.” Ia merupakan lombong berlian terbesar di dunia yang pernah digali oleh manusia. Kimberley merujuk kepada nama ibu negara Northern Cape di Afrika Selatan.

Proses penggalian berlian telah bermula pada pertengahan Julai tahun 1871 dan berterusan sehingga tahun 1914 dengan menggunakan tenaga buruh seramai 50,000 orang yang hanya menggunakan pahat dan penyodok je. Lombong tersebut telah menghasilkan kira-kira 2722 kilogram berlian dan telah mengekstrak lebih daripada 22.5 juta tan hasil galian bumi.

Semasa proses menggali itu dijalankan, sebilangan besar pelombong telah menemui ajal. Kematian mereka disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah kemalangan perlombongan, kekurangan air dan sayur-sayuran segar, serta kepanasan di musim panas.

Pada tahun 1914, lombong ini telah mencapai kedalaman sehingga lebih 700 kaki dan lebarnya telah diperluaskan kepada lebih 1,500 kaki. Apa yang menariknya, sebanyak 6,000 paun berlian telah berjaya dikeluarkan kat lombong ni.

Lombong ini sangat besar sehinggakan dapat dilihat dari angkasa lepas. Lubang ini juga digali dengan menggunakan tangan dan telah menghasilkan antara berlian terbesar di dunia.


Sebahagian berlian yang dikeluarkan.

Pada 4 Ogos 1914, kerja-kerja penggalian telah terhenti di kawasan lombong selepas beberapa tahun beroperasi. Ini disebabkan kerana lombong dah tak lagi memberikan hasil selepas mencapai kedalaman 1083 meter. Apa yang tinggal pada hari ni hanyalah kawah besar sedalam 214 meter dengan kawasan permukaan seluas 17 hektar.

Ia dikelilingi oleh bangunan-bangunan asal yang wujud sejak zaman kegemilangan lombong . Selepas operasi perlombongan tamat, bekas tapak Big Hole telah menjadi satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke sana.Terdapat juga pakej lawatan yang disediakan kepada pengunjung yang berminat untuk melihat tapak lombong dengan lebih dekat lagi.

4. The Berkeley Pit, Montana: Lombong yang dipenuhi dengan ratusan bangkai
The Berkeley Pit adalah lombong tembaga yang terletak di Butte, Montana, Amerika Syarikat. Kepanjangan lombong ini kira-kira setengah batu lebar dengan kedalaman lebih kurang 1780 kaki atau bersamaan 540 meter.

Lombong ini telah dibuka pada tahun 1955 oleh Anaconda Copper dan kemudian dikendalikan oleh Syarikat Atlantic Richfield (ARCO). Tapi ia telah ditutup pada Hari Bumi tahun 1982.

Kandungan air dalam lombong ini sangat berasid dan mempunyai kepekatan arsenik, tembaga. kadmium, kobalt, besi, mangan, zink dan sulfat yang tinggi ditambah pula dengan kehadiran unsur bahan bukan organik yang lain.

Bacaan paras air terkini lombong.
Pada November 1995, dilaporkan lebih lebih 1000 ekor bangkai angsa salji dijumpai terapung pada permukaan lombong. Punca kejadian disebabkan angsa-angsa tersebut telah minum air di kawasan lombong serta kepekatan warna lombong telah menarik perhatian angsa-angsa untuk menghampiri kawasan lombong. Selain itu, air di dalam lombong itu mengandungi kandungan asid yang tinggi yang berbahaya kepada hidupan liar.


Kandungan air yang terlalu berasid telah menyebabkan lombong ini ditutup serta-merta kerana boleh mengancam alam sekitar. Airnya yang berasid sampaikan tiada hidupan mikroorganisma serta ikan hidup dalam kawasan lombong tersebut. Lombong Berkeley juga telah dikategorikan sebagai lombong yang paling berbahaya di dunia.

Banyak lagi rahsia alam semulajadi yang tidak diketahui oleh manusiaBerdasarkan logik akal pemikiran manusia, kita tidak boleh menggali hingga ke pusat Bumi, tetapi itu tidak menghalang kita daripada cuba untuk mengetahui apa khazanah yang terdapat di dalamnya. Manusia telah melakukan banyak usaha untuk menggali secara serius.

Penemuan setiap lombong ini telah memberi manfaat kepada manusia. Antaranya mewujudkan sesuatu inovasi dan penemuan yang berguna untuk kegunaan masyarakat akan datang. Contohnya penemuan alat gerudi yang lebih maju dan mampu menebuk lubang dengan lebih dalam lagi.

Selain tu, ia juga boleh dijadikan sebagai tempat rekreasi. Kat Malaysia pun ada jugak tau,macam Taman Tasik Taiping tu. Haa kalau korang nak tahu, taman ni telah dibina di atas lombong bijih timah terbiar. Ianya telah dibuka pada tahun 1880 dan menjadi taman awam pertama kat Tanah Melayu ketika itu.

Taman Rekreasi Gunung Lang juga dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah.

Obsesi manusia terhadap sesuatu kajian juga berbeza-beza mengikut tahun. Contohnya kesan daripada Perang Dingin yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan Russia telah mewujudkan persaingan untuk memperkenalkan teknologi baharu dalam penjelajahan ke angkasa lepas.

Terdengar Suara Jeritan Neraka dari dalam Lubang Terdalam di Dunia yang Digali di Tempat ini? 


sumber: theklasik.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omakkauviral.blogspot.com/2019/03/gempar-rusia-berjaya-menggali-lubang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Narkoba Paling Mengerikan Di Dunia Itu Bernama Kecubung Bukannya Kokain

Narkoba Paling Mengerikan Di Dunia Itu Bernama Kecubung Bukannya Kokain

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 293 hits
Skopolamin merupakan obat yang dikenal dengan sebutan the devil s breath alias napas setan Obat ini dibuat dari tanaman Borrachero Di Indonesia tanaman ini biasa disebut kecubung Dirangkum dari Thereadersfile com dalam sebuah film dokumente...
8 Kota Di Dunia Dengan Biaya Backpackeran Paling Murah Menurut Backpacker Index 2019 Mau Ke Sana

8 Kota Di Dunia Dengan Biaya Backpackeran Paling Murah Menurut Backpacker Index 2019 Mau Ke Sana

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 298 hits
Kasih tahu teman temanmu soal informasi ini Liburan ala backpacker ke kota kota ini udah menanti untuk dijelajahi 3
Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 572 hits
Islam membenarkan penganutnya mengahwini wanita secara berpoligami tanpa melebihi empat pasangan Mengapa wanita tidak boleh mengamalkan perkahwinan melebihi seorang suami sedangkan mereka mempunyai hak dan keadilan yang sama rata dengan lel...
Sophea Anak Kacukan Terengganu Rusia Tercantik Dunia Dah Jadi Kakak Adik Pun Seirasnya

Sophea Anak Kacukan Terengganu Rusia Tercantik Dunia Dah Jadi Kakak Adik Pun Seirasnya

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1075 hits
Seminggu selepas kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry pasangan ini telah mendedahkan wajah bayi perempuan mereka di media sosial Anak kedua ini juga adik kepada kanak kanak yang pernah diiktiraf ba...
Lelaki Samun Wanita Dalam Lif Mrt Berjaya Ditahan Dan Hasil Siasatan Ini Yang Polis Temui Ada Video Dan Gambar

Lelaki Samun Wanita Dalam Lif Mrt Berjaya Ditahan Dan Hasil Siasatan Ini Yang Polis Temui Ada Video Dan Gambar

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1251 hits
POLIS pada hari Isnin berjaya menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Cheras Jalan Cheras kerana disyaki menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di Stesen Aliran Transit Massa Taman Mutiara Cheras Khamis lepas Ketua Polis Kuala Lum...
20 Tahun Lagi Orang Melayu Dan India Mungkin Akan Menganggur Kajian Isu Rasisme Dalam Dunia Pekerjaan Mengejutkan Ramai

20 Tahun Lagi Orang Melayu Dan India Mungkin Akan Menganggur Kajian Isu Rasisme Dalam Dunia Pekerjaan Mengejutkan Ramai

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 400 hits
20 tahun lagi orang Melayu dan India mungkin akan menganggur Kajian isu rasisme dalam dunia pekerjaan mengejutkan ramai Sejak kebelakangan ini kemahiran berbahasa Mandarin dijadikan sebagai salah satu syarat utama bagi seseorang untuk memoh...
Gempar Seorang Lelaki Cuba Rampas Pesawat Berjaya Ditembak Mati Komando

Gempar Seorang Lelaki Cuba Rampas Pesawat Berjaya Ditembak Mati Komando

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 362 hits
Semalam digemparkan dengan cubaan seorang lelaki yang mencuba untuk merampas pesawat penerbangan ke Dubai Walaubagaimanapun dilaporkan cubaan lelaki terbabit berjaya digagalkan dan telah ditembak mati komando Bangladesh Suspek merupakan seo...
Traveler Ini Keliling Dunia Buat Motoin Gedung Bioskop Ini 10 Bioskop Unik Yang Telah Dipotretnya

Traveler Ini Keliling Dunia Buat Motoin Gedung Bioskop Ini 10 Bioskop Unik Yang Telah Dipotretnya

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 175 hits
Mulai dari bioskop outdoor sampai bioskop yang kaya kantor kelurahan semuanya direkam dengan baik oleh Stephan Zaubitzer
Dunia Tidak Akan Kiamat Selama Orang Masih Mau Ngaji

Dunia Tidak Akan Kiamat Selama Orang Masih Mau Ngaji

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 555 hits
KEMULYAAN HADIR DIMAJLIS ILMU BARENG ORANG ALIM WALAUPUN TIDAK MAMPU MENGHAFALKAN ILMUNYA Dikatakan bahwa seseorang yang telah sampai kepada orang yang alim dan duduk bersamanya tetapi dia tidak mampu menghafalakan ilmu maka orang tersebut ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids