Gempar 2 Jam Lalu Israel Kalah Di Gaza Jam Lgbt Pula


 


Gempar 2 jam lalu Israel kalah di Gaza & sebelumnya.
Video3:02PALESTIN | Hamas Menang, Israel Kalah Besar Di GazaYouTube · Buletin TV32 minggu yang lalu1:21Jenderal Perang IDF Akui Hamas Menang & Israel Kalah ...YouTube · Tribunnews2 jam lalu3:03PALESTIN | Netanyahu Akui Tentera Israel Kalah Di GazaYouTube · Buletin TV33 Nov 2023
1. KDN warta larangan penerbitan berunsur LGBTQ+ jam Swatch

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan berkaitan lesbian, gay, bisexual, transgender "queer” dan + Plus (LGBTQ+) pada jam jenama Swatch termasuk apa-apa koleksi kotak, pembalut dan aksesori berkaitan pada jam berkenaan.
KDN menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan perintah larangan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 itu berkuat kuasa mulai hari ini. 
Kenyataan itu menjelaskan pewartaan perintah larangan itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
Peruntukan itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan berkenaan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

"Hasil penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana ia merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan kepentingan negara dengan mempromosikan, menyokong, dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini," menurut KDN.

Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya.

KDN memberitahu pihaknya komited dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

"Kerajaan Malaysia komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan negara dalam kalangan masyarakat,” menurut KDN.

Pada Mei lepas, KDN dilaporkan telah menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT. - Bernama

2. Rampasan jam berunsur LGBT: Fadhli ‘mohon maaf’ Ahmad Fadhli Shaari
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini ‘memohon maaf’  kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Kerajaan Malaysia kerana telah mengucapkan tahniah di Dewan Rakyat pada 13 Jun 2023 ekoran tindakan KDN merampas jam yang mempunyai unsur-unsur promosi LGBT.

Rampasan itu bagaimanapun disahkan kemudiannya oleh Saifuddin bahawa ia berdasarkan kepada unsur-unsur yang jelas mempromosikan terhadap budaya songsang yang dilarang di dalam agama dan undang-undang negara ini.
“Walau bagaimanapun, saya terpaksa memohon maaf kerana tersalah mengucapkan tahniah itu ekoran pendirian terbaru Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa beliau tidak bersetuju dengan rampasan itu.
(Selanjutnya sila lihat 'Rampasan jam berunsur LGBT: Fadhli ‘mohon maaf’ –HARAKAHDAILY 7/10/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, walau apapun yang terjadi, namun PAS/PN tetap mendampingi, mentarbiah, mendidik penyokong-penyokongnya supaya bergerak, bertindak di atas 'jalan yang lurus'. 
Bukan macam pengikut-pngikut parti sekular di Malaysia yang tak faham ke mana arah perjuangan Islam sebenarnya. Mereka bagai katak bawah tempurung. Dalam kontek sekarang, bukan bawah tempurung lagi, tapi bawah gelas. Boleh lihat keluar cuma tak mampu buat apa-apa, kerana tak cerdik. Bukan macam orang yang berpolitik Islam, berpolitik matang. 
Berbalik kepada 'jalan yang lurus', atau sirathal mustaqim. Orang Islam sering baca, ulang, dan berdoa sekurang-kurangnya dalam solat 5 kali sehari. Yakni 'Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.' 
(i) Tindakan segera perlu: Henti provokasi keluar Malaysia. 

T/Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan supaya bertindak pantas dan tegas tehadap mana-mana warganegara yang berkempen dan berusaha bagi mempromosi gerakan mendesak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Persekutuan Malaysia.

Beliau menggesa perkara tersebut berikutan penularan video berkaitan kejadian menurunkan Jalur Gemilang dengan menggantikan bendera Sabah dan Sarawak yang berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September 2024 sangat membimbangkan. “Ia boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia yang hidup harmoni antara satu sama lain termasuk di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini. 


(ii) Israel tingkatkan pengeboman di Lubnan: Hizbullah serang Haifa 
Kepulan asap kelihatan di ruang angkasa bandar Haifa, Israel kesan bedilan peluru berpandu yang dilancarkan Hizbullah. (FOTO: Al Jazeera)
Di Baitul Maqdis/Beirut, mujahidin/pejuang Islam Lubnan, Hizbullah melancarkan roket ke arah bandar ketiga terbesar Israel Haifa pada lewat Isnin ketika tentera Israel meningkatkan pengeboman, selain bersedia untuk memperluaskan serbuan darat ke selatan Lubnan pada ulang tahun pertama genosid Gaza, yang telah menyebarkan konflik di seluruh Timur Tengah.

Hizbullah yang disokong Iran, sekutu Hamas, kumpulan pejuang Islam Palestin yang memerangi genosid Israel di Semenanjung Gaza, berkata ia menyasarkan pangkalan tentera di selatan Haifa dengan peluru berpandu Fadi 1,  dan melancarkan satu lagi serangan ke atas Tiberias, yang terletak 65 km (40 batu) dari Lubnan.

Hizbullah juga berkata ia menyasarkan kawasan di utara Haifa dengan peluru berpandu lewat pada hari itu, lapor Al Jazeera. 
Sementara, tentera Zionis Israel berkata kira-kira 135 peluru telah memasuki wilayah Israel pada hari Isnin setakat jam 5 petang (1400 GMT). 
Sepuluh orang dilaporkan cedera di kawasan Haifa dan dua lagi ke selatan di tengah Israel.
(iii) Tiada kompromi terhadap penghapusan kawasan Hutan Sungai Lembing.
Di Kuantan, “Kami tidak akan berkompromi terhadap isu kegiatan penghapusan hutan di kawasan Hutan Sungai Lembing ini.”

ADUN Sungai Lembing, telah menerima surat edaran mengenai perkara tersebut pada 27 September yang lalu daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengenai kegiatan penghapusan hutan di kawasan Hutan Sungai Lembing.  
Antaranya menyatakan terdapat aktiviti penebangan dan pembersihan hutan yang dikhuatiri dilakukan tanpa kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.

Sekian.

...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/10/gempar-2-jam-lalu-israel-kalah-di-gaza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bom Israel Terus Hujani Beirut Gaza Tebing Barat

Bom Israel Terus Hujani Beirut Gaza Tebing Barat

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 151 hits
HarapandailyLetupan kuat menggegarkan pinggir bandar selatan Beirut dalam beberapa serangan pengganas Israel yang paling dahsyat Beirut dihujani bom dengan imej dari ibu negara Lubnan itu memaparkan langit malam terang bercahaya di kawasan ...
Rampasan Jam Berunsur Lgbt Fadhli Mohon Maaf

Rampasan Jam Berunsur Lgbt Fadhli Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 94 hits
harakahdaily netOctober 7 2024Ahmad Fadhli ShaariKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari hari ini memohon maaf kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Kerajaan Malaysia kerana telah menguca...
Bila Kalah Guna Fitnag Pula

Bila Kalah Guna Fitnag Pula

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 98 hits
Bila tak boleh terima kekalahan dia buat firman pula Gambar pertama adalah apa yang PN sebarkan untuk fitnah kononnya Ada seorang pengguna X yang menggunakan nama cari video asal di TikTok dan ternyata is fitnah Yang sebenarnya seperti apa ...
Tokoh Terkemuka Aswaja Kalah Saman Dengan Menantu Ini Fakta Kes

Tokoh Terkemuka Aswaja Kalah Saman Dengan Menantu Ini Fakta Kes

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 399 hits
Mahkamah semalam telah memberi kemenangan kepada pelokon Syakila Saiful terhadap saman mentuanya yang juga tokoh ASWAJA Engku Fadzil Berikut merupakan fakta kes yang dijelaskan sendiri oleh peguam Syakila Tuan FAizal Rahman 1 Rentetan 2 kep...
Islam Sentiasa Menang Tapi Pas Kalah Abdul Hadi Kena Serang Lagi

Islam Sentiasa Menang Tapi Pas Kalah Abdul Hadi Kena Serang Lagi

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 162 hits
HarapandailyTan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengundang kecaman dan sindiran orang ramai apabila Presiden Pas berkenaan menegaskan tentang kebangkitan semula Islam Ahli Parlimen Marang itu mendakwa umat pada masa ini sedang menyaksikan ...
Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 211 hits
Wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan usahawan Jofliam tampil membuka mulut setelah namanya meniti di bibir netizen sejak kebelakangan ini
Patut Kalah Sib Baik Umno Tak Ikut Kelaku Mamat Ni

Patut Kalah Sib Baik Umno Tak Ikut Kelaku Mamat Ni

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 106 hits
Che Ibrahim Patut pun MCA kalah hampir di semua kerusi ketika lawan DAP sebab DAP tidak mahu belajar cara MCA yang bermuka muka dengan UMNO
Meroyan Bila Hilang Jawatan Lepas Tebuk Atap Kalah Hari Hari Nak Pilihanraya

Meroyan Bila Hilang Jawatan Lepas Tebuk Atap Kalah Hari Hari Nak Pilihanraya

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 138 hits
Kemaruk betul nak kuasa Sibuk nak pilihanraya Dia ingat pilihanraya tu murah macam ayam sekilo zaman Madani Woi PRU mahal la woi Lagi mahal dari harga ayam telur dan minyak masak zaman PN Lagipun berderetan PRK yang PN kalah Tempat yang asa...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik